f Secubit Garam: Jom Berbuka Dgn Bone Steak

N3 Terkini

Monday, July 12, 2010

Jom Berbuka Dgn Bone Steak


Tak nak pot pet panjang2, dah dekat nak masuk waktu Maghrib ni. Jom kita berbuka dgn Bone Steak resipi K.Fida MyR yg dah laaaaaaaaaaama sgt teringin nak makan.


Dah letak dlm mangkuk tambah tu, kalau tak cukup ceduk sendiri ya...


Ok jom kita tengok resipi Bone Steak ni. Mintak izin ya K.Fida nak share resipi tu kat sini. Mekasih ya..

BONE STEAK by K.Fida Myr
Bahan-bahan ( 2-3 orang )

1 kilo tulang *- cuci bersih
3 helai daun pandan*
1 btg serai*
4 ulas bwg putih* -diketuk
1 ibu jari halia* -diketuk
(Bahan2 * di atas disatukan di dlm periuk besar dan masukkan air secukupnya hingga tulang tenggelam dan rebus.
2 sb ketumbar biji*
1 sb jintan kasar*
3/4 sb jintan halus*
1/2 sb lada hitam/putih*
(4 bahan * di atas disangar dan dikisar halus )
10-15 tangkai cili kering
10 ulas bwg merah
5 ulas bwh putih
1 botol tomato sos (k.nor letak 1/2 botol aje)
2 sb kicap manis
kobis,carrot,kentang -dipotong ikut suka
1-2 biji bwg besar - dibelah
cili hijau - dipotong
2 biji telur - di kocok (k.nor letak 1bj aje)
Daun sop/daun bawang atau daun ketumbar
1/2 cwn bawang goreng
1/2 cwn kacang peas -utk tabur

Rempah yg disangar dan dikisar di masukkan ke dlm rebusan tulang dan rebus hingga daging pd tulang empuk.
Cili kering,bwg merah,bwg putih dan sehiris halia dikisar dan ditumis hingga garing.
Tuangkan(2) ke dlm rebusan tulang dan gaul rata.Masukkan kobis,cili hijau,carrot, kentang,bawang hiris,sos tomato,kicap,garam dan gula secukup rasa dan gaul rata dan masak hingga sayuran empuk.
Tambahkan 1/2 bhgian daun sop,daun bwg(daun ketumbar) dan bwg goreng dan gaul rata lagi.
Akhir sekali tuangkan telur keatas tulang dan tutup periuk dan masak hingga telur pekat.
Ketika menghidang, tabur kcg peas dan lebihan daun2 dan bwg goreng.
Rempah2 yang disangar juga boleh digantikan dgn rempah steak yg sedia ade dijual.

oppss.. lupa nak letak roti td..
ok2.. dah letak dah... jom makan!


No comments:

Post a Comment