f Secubit Garam: Nasi Goreng Mentega

N3 Terkini

Friday, July 23, 2010

Nasi Goreng Mentega

Dah2 la tu ya cuci mata dgn roti jala kaler maler K.Nor tu. Kita tukar menu lain lak. Menu sempoi jer ni. Hari ni mmg rasa males nak masak. Tanak nasi dan buat nasi goreng... dah.. Ok gak kan sesekali makan nasi goreng ni. Nasi goreng yg K.Nor buat ni pun sgt2 simple dan mudah dibuat. Boleh dipanggil Nasi Goreng 10 Minit. Sbb dlm 10 minit jer dah siap nasi goreng ni. Tak termasuk tanak nasi la... hehe

Ni dia nasi goreng 10 minit tu.. Nasi Goreng Mentega, resipi Dayang Jack. Mudah sgt menyediakan nasi goreng ni. Kalau tak caya tengok resipi kat bawah ni. Dayang, akak letak resipi tu kat sini ya.. Tak marah kan.. Mekacih!! :)


NASI GORENG MENTEGA by Dayang Jack

Bahan-bahan
4 cawan nasi
2-3 sudu besar mentega (prefer buttercup)
1 biji telur
1 sudu kecil lada sulah
sedikit garam
50 gm ikan bilis (digoreng garing) - optional

Cara-cara
Panaskan mentega/marjerin sampai cair. Masukkan nasi dan kacau rata2 selama 3 minit.
Masukkan telur (x payah pukul), ladah sulah dan garam secukupnya. kacau selama 1 minit.
Hidangkan dengan ikan bilis goreng. Sedap dimakan ketika panas.



K.Nor gandingkan Nasi Goreng Mentega ni dgn Daging Merah Ala Thai.. 
syedap!!! Jom makan :)

4 comments:

  1. kak norrrrrrr.. laparrrrrr!!

    ReplyDelete
  2. jiya >> ish tengah malam buta ni lapar lg? ceduk ler nasi tu dgn lauk sekali.. g balik makan kat rumah sana! :P

    ReplyDelete
  3. salam kak nor...sedap dan sempoi je nasi goreng ni...agak2 klu makan tanpa lauk daging tu sedap ke tak....hehehe

    ReplyDelete