f Secubit Garam: Kabar Gumbira!!!

N3 Terkini

Thursday, July 8, 2010

Kabar Gumbira!!!


k.nor dah mintak izin dr Yani nak guna logo MyR ni ya... :)


Mesti ramai yg maklum logo apakah ini kan.. Seperti yg diketahui ramai, MyResipi tak boleh nak masuk agak lama dah kan.. Atas masalah2 yg tertentu yg tak dapat dielakkan, MyR pada mulanya terpaksa ditutup dan dikunci terus oleh pemiliknya. K.Nor terpanggil utk call Yani utk tau cerita disebaliknya tp tak perlu la K.Nor uar2kan kat sini ya.. Cukup la kalau dikatakan yg memang Yani dan suaminya dah buat keputusan utk mengunci terus MyR kesayangan ramai ni. Tak dinafikan betapa besarnya jasa MyR dlm kehidupan raaaaaamai org termasuk K.Nor sendiri. Bagi K.Nor disitu lah bermula segala2nya. Bermula dgn cuba mencari biskut cornflakes utk memenuhi permintaan si anak dara 3 tahun lepas (bulan Okt 1997) hingga la dpt mencuba bermacam2 resipi yg sedap2 kat sana. Dah 300 lebih resipi yg pernah K.Nor try, alhamdulillah.. kebanyakkannya menjadi dan sedap. Dan dr ruang depan, akhirnya berjinak2 pulak kat forum MyR. Haa... kat situ la tempat yg paling ngetop.. tempat lepak, tempat merempit, tempat menambah kenalan dan tempat menceduk dan berkongsi ilmu. Ramai betul kenalan yg diperolehi masa meluangkan masa kat sana. Dari hanya kenal secara alam maya akhirnya dpt bertentang mata, berpeluk2an dan geder2 ... fuhhhh semuannya memori yg cukup indah.. Dari teman2 forum la akhirnya terbuka hati K.Nor utk membina sebuah rumah yg tak seberapa ni. Dengan niat yang satu .. utk berkongsi ilmu yg tuhan pinjamkan kepada K.Nor dan juga utk meninggalkan kenangan buat tatapan anak2 K.Nor bila usia dia org dah makin meningkat nanti.

uishh... panjang la pulak muqaddimah... ok2 berbalik pd MyResipi. Tadi K.Nor teima sms dari Yani yg memberitau MyR dah dibuka kuncinya. Meaning..... MyR dah beroperasi kembali!!!! Alhamdulillah... happy sungguh bila baca sms dr Yani tu, terus call Yani. Dia maklumkan MyR dah boleh dimasuki. Tapi tak lama lagi MyR akan bertukar pengurusan, maknanya Yani dan suaminya tak lagi menguruskan MyR. Kisah disebalik tu K.Nor tak nak korek la, tunggu aje penjelasan sepenuhnya dari Yani. Apa yg penting, MYRESIPI IS BACK!!!!! Jutaan terima kasih buat Yani dan suami yg mendengar rayuan K.Nor dan teman2 kat FB.. hehehe Besar tau jasa Yani dan suami nya tu, menghasilkan satu tempat utk menceduk dan berkongsi ilmu, juga menjalinkan ikatan silaturrahim antara member dan forumer MyR.. semoga Allah membalas segala jasa dan budi baik kalian berdua... amiin..

Ok dah buat pengumuman ni.. boleh la terjah MyResipi ya.... yeeeehaaaaaaaa!!!! ^___^

9 comments:

  1. YEAYYYYYY~~~ MyR is on again!!! Me too kak...there's where my passion in cooking started off! MyResipi, unforgettable one! Thanks for such a good news...;)

    ReplyDelete
  2. gua suami isteri secara peribadi rate kan MYR the best in the whole world,,,, senang, mudah dan semua nya menjadi !!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  3. alhamdulillahhhhhhh..... terima kasih kak nor... yani n suami.....

    ReplyDelete
  4. dari sini juga kak rose baaaaanyak belajar tentang masakan, resepinya... yg paling best resepinya simple2 dan menjadi bila kita buat... Tq Yani n MyR... sekarang jugak nak merempit kat MyR...

    ReplyDelete
  5. salam kak nor. rasanya 1st time tinggalkan komen kat blog kak nor ni. patut la nadiah duk bukak MyR asyik tak boleh je, rupanya nak ditutup ye? mujur la akan dibuka balik. nadiah pun suka juga cari resipi kat MyR, sekadar cari resipi je la..tak aktif pun dan tak join pun forum. cuma bbrp nama tu nadiah ingat la :)

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah nor..MyR tu penting dibulan ramadahan nanti.nak ubah2 selera..

    ReplyDelete
  7. salam kak nor...wlupun sy bukanlah kaki masak tp selalu gak sy jdkan MyR sebagai rujukan. Alhamdulillah, sekrg dah beroperasi balik MyR, so snglah utk saya intai resipi.

    ReplyDelete
  8. ooooo...ni ke khabar gumbira tu kak nor!!! Alhamdulillah..lega dengar, w/pun la ni dah jarang melepak kat Forum tp MYR tetap di hatiku...to Yani & Mr Fendi..Thank you so much..jasa kalian berdua sangat2 dihargai...

    ReplyDelete
  9. love >> yr welcome dear :)

    pak oncu >> yer betul!! tepat sekali :)

    fatin >> sama2 kaseh :)

    k.rose >> arini myr dah jam la pulak k.rose.. ramai la tu yg berlumba2 nak masuk :(

    nadiah >> salam nadiah.. lepas ni jgn segan2 nak tinggal jejak ya.. mekasih sudi bertandang kat rumah tak seberapa ni.. ermm biasa gak ya masuk forum.. maaf k.nor tak perasan pulak sbb ramai forumer baru.. slmt berkenalan ya..

    k.erna >> tu la kan mmg penting bila dh dkt ramadhan ni

    ain >> bukan ain sorang jer yg suka intai resipi kat situ.. akak pun ya jugak :)

    bee >> mmg berita gembira ni kan B.. hehe meh la masuk balik forum B, forum dah nak ceria balik tu :)

    ReplyDelete