f Secubit Garam: Puding Gula Hangus Anis

N3 Terkini

Monday, July 26, 2010

Puding Gula Hangus Anis


Selamat berpuasa Nisfu Sya'ban buat semua yg berpuasa hari ni. Tak lama sgt lg dah nak puasa Ramadhan pulak. Pejam celik, pejam celik kejap jer rasanya.Alhamdulillah hutang puasa Ramadhan bg K.Nor dan Aisyah dah dibayar masa bulan Syawal lg. Memang amalan ni sentiasa K.Nor praktikkan dan Aisyah pun dah terikut sejak dia mula menjadi 'anak dara' :) Skrg ni pun dia selalu ikut berpuasa sunat kalau K.Nor dan suami berpuasa sunat. Alhamdulillah.. semoga dia terus mengamalkannya hingga ke akhir hayat.. amiin..


Berbalik pd menu hari ni, ternampak Anis buat Puding Gula Hangus a.k.a Puding Karamel. Terus plan utk buat hari ni sbg juadah berbuka puasa. So rasa tak tau lagi la camna ya..

Buat Anis, izinkan K.Nor share resipi Anis tu kat sini pulak ya. Mekasih..


PUDING GULA HANGUS by Anis

Bahan-bahannya:
5 biji telur gred A
1 sudu besar tepung kastard
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
1 sudu kecil esen vanilla
secubit garam
1/2 cawan gula pasir - dijadikan gula hangus




Cara-caranya:
1. Panaskan kukusan.
2. Sediakan gula hangus dan tuang ke dalam acuan yang digunakan.
3. Masukkan semua bahan dalam jug pengisar dan kisar sebati.
4. Masukkan bahan-bahan kisar tadi ke dalam acuan yang telah sedia dengan gula hangus di dalamnya.
5. Tutup acuan dengan aluminium foil.
6. Kukus puding tadi selama 45 minit dengan api sederhana kuat.
7. Sejukkan dan keluarkan dari acuan.


updated: teksture puding agak pejal sket.rasanya kalau yg suka lembut sket tu boleh la tambahkan air sket.
ni utk ingatan k.nor di kemudian hari: (sori ya Anis..tak berniat nak ngejas2 resipi Anis ya..)
tambah air dlm 1 1/2 - 2 cawan
gula utk karamel kurangkan menjadi 1/3 cawan jer.. sbb rasa manis jer td..

4 comments:

  1. salam kaknor.
    selamat berpuasa sunat, berbuka dan menyambut nisfu syaaban. t.kasih sudi mencuba resepi saya. mudah2an kena dgn selera kaknor.:))

    ReplyDelete
  2. kak noooooooorrr!!! *pelok2 kak nor..

    huh! tayang puding gula hangus.. lama tak wat!

    ReplyDelete
  3. fuh lama tak pekena ni..cadang nak buat la dlm masa terdekat ni..tapi Sally punya versi tak letak kastard..:p

    ReplyDelete
  4. Salam Kak Nor, Nampak suuungguh sedap, mintak kebenaran nak cuba resepi kak nor yer....

    ReplyDelete