f Secubit Garam: Marble Cheese Cake

N3 Terkini

Friday, July 30, 2010

Marble Cheese Cake


Semalam dua buah rumah tayang kek marble cheese ni tp dlm nama yg berlainan rasanya. Rumah Ummi Kuantan dan Rumah Ayu S'pore. Bila ditilik2, renung2 bahan2 yg digunakan sama jer cuma dlm sukatan yg berbeza. Tak kisah la sbb rasanya taste kek ni sama jer insyaallah... K.Nor mmg stick dgn resipi ni, dah banyak kali buat dan dah banyak kali duk ulang tayang kat rumah ni. Tak per la ek.. yg sedap tak kisah la diulang tayang pun kan..

Buat kek ni sbb nak perabiskan stok creamcheese yg dah lama bertapa dlm esbok. Tu pun ada seketul lg, duk pikir2 nak buat apa lak lepas ni.. Apakah kek setan? haha... Tak puas ler makan kek setan hari tu. Kena buat lg sebelum bulan puasa ni.. insyaallah.

Ok jom tengok resipi Kek Marble Cheese oleh Ummi Feeza MyR ni. Rasanya dia copy resipi ni dr buku kalau tak silap. Tak boleh nak letak link, MyR under construction at this moment..


KEK MARBLE CHEESE by Umi Feeza MyR

* Bahan A
* 185gm butter
* 1/4 cwn serbuk koko
* 1/2 cwn gula halus
* 1 cwn tepung naik sendiri
* 2 biji telur
* k.nor tambah 1/3 cawan susu fresh sbb adunan agak pekat

* Bahan B
* 250gm cream cheese
* 1/2 cwn gula halus
* 1/4 cwn fresh milk
* 1 biji telur
* 1 sudu teh esen vanila



1. Cairkan butter,masukkan serbuk koko dan kacau sebati. Biarkan sejuk.
2. Pukul gula dengan bancuhan butter dan masukkan telur sebiji demi sebiji. Bila sebati, masukkan tepung dan gaulkan. Ketepikan dulu.
3. Dalam bekas lain, pukul cheese ngan gula dan esen hingga sebati. Then masukkan telur dan fresh milk, sebatikan.
4.
Tuangkan adunan koko berselang seli ngan adunan cheese ke dalam acuan yg telah dilengser ngan butter. Kemudian lorekkan ngan lidi untuk hasilkan marble.
5. Bakar hingga masak. Biarkan kek semalaman dahulu baru potong. Kek ni agak moist. Yang saya buat tu cheesenya terlebih kat tengah acuan. Tak sabar tunggu, potong awal...tu yg sememeh sket kat tengah tu, cheese xdan sejuk.

5 comments:

  1. salam, kalau yg bercheese ni anak2 memang suka betul....

    ReplyDelete
  2. wah!!..itu dia yang kita tunggu2..dah pun keluar..hehe tulah sukatanya bila kita tengok dgn kak ummi, macam lebih kurang samakan Nor, mungkin asal usul sama cuma my friend tu mungkin dah meng adjust mana2 kot....heheh..tak apalah asal masuk telan sedap sudahkan Nor..hehe

    ReplyDelete
  3. azian >> salam.. bukan kata anak jer, emak2 sekali suka nih :)

    ayu >> kan.. mmg lebih kurang jer bahan2 dia kan ayu..yep, mmg sodap :)

    ReplyDelete
  4. saya buat cuba resipi kak ummi jugak..klu semus coklat dia kat bawah cis kat atas tu kira jadi ke tak tu?tgu akak punye mcm tu kira jadi la yek saya punye..mcm tu apa yang kurang tu kak?

    ReplyDelete
  5. yaati >> salam yaati, tak kisah la semua atas ke tidak, janji boleh dimakan. adunan cheese mmg lebih ringan, sbb tu ia naik ke atas. yaati boleh letak selang seli atau boleh amik chopstick dan putar2 sket utk hasilkan corak marble.rasanya kek yaati tu dah menjadi..

    ReplyDelete