f Secubit Garam: Dadar Lauk Samarinda

N3 Terkini

Tuesday, July 27, 2010

Dadar Lauk Samarinda

tak berapa nampak sgt kan stripe tu sbb silap colour combination 
lain kali kena guna colour lain lak :)


Ni sebenarnya satu lg menu berbuka K.Nor semalam. Tak sempat nak post N3 sebelum Maghrib tu yg jd siaran tertunda nih. Mana nak sempat, projek start pukul 6ptg. Mulanya tak terpikir nak buat tp last minute buat gak sbb anak tekak tukang masak terasa sgt nak makan. Ngam2 bila abis melenggang, letak atas plate, snap sekeping dua.. clearkan yg dlm sink... terdengar la org azan.. Pastu bila dah malam, malas la pulak nak masukkan N3. Tak per la ek.. kita tunda show ke pagi ni. Tak leh nak offer dah..semua dah selamat :) K.Nor berbuka dgn kuih ni jer, tak makan nasi pun. Tu pun sendat dah perut.. tangki kecik jer nih...  myvi jer kut :)

Resipi diambil kat rumah Izah tp sebelum tu dah tengok kat rumah Mek Jepun. Mek Jepun tak ada stok sardin, dia tukar ke inti daging.. kesian mek tu.. Sampai abis kopak pintu rumah K.Nor dia tendang aritu. Tu dah ganti pintu baru, tak tau la kena tendang ke tak kali ni..hihihihi..

Izah, K.Nor letak resipi tu kat sini lak ya.. Kita panjang2kan resipi yg sedap nih. Insyaallah bulan Ramadhan nanti boleh buat lagi. Thanks ya Izah..

Kita potong sket tengok inti kat dalam...
Eh Ina, inti sardin la.. ^_____^


DADAR LAUK SAMARINDA
copy dr rumah Izah Muffin
Source: Buku aneka Hidangan SARAPAN

Bahan-bahan:
610 gm air
300 gm tepung gandum
1 biji telur
1 sudu makan tepung jagung
1 sudu makan minyak jagung (saya guna minyak masak biasa je)
1 sudu teh garam
Sedikit pewarna kuning (saya letak 1/2 susu kecil kunyit serbuk)

Bahan inti:
20 gm rempah kari ikan
1 tin sardin - dihancurkan (saya guna tin kecil)
1/2 biji kentang- yang ni saya tambah
100 ml air
4 biji cili merah hiris (saya tumbuk cili padi)
2 biji bawang besar
5 sudu makan minyak masak
5 ulas bawang putih cincang
garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya:
1. Campurkan semua adunan hingga menjadi seperti adunan goreng pisang.
2. Kemudian masak di atas kuali dan leperkan secara membulat satu persatu hingga habis. Ketepikan.
3. Untuk membuat inti, panaskan minyak, dan tumis bawang besar dan putih hingga naik bau.
4. Masukkan rempah kari dan sikit air dan masak hingga terbit minyak.
5. Masukkan kentang, sardin, cili, garam dan gula dan tunggu hingga masak.
6. Ambil dadar tadi, letakkan inti di atasnya dan gulung. Sedia untuk di hidang.


**  K.Nor guna botol mayo yg aritu utk buat stripe kat atas dadar tu
Kalau sapa2 nak buat gitu, asingkan sket adunan dan warnakan dgn warna yg kontra dgn warna asas dadar.
Lepas dah lenggang dadar tu dan dah kering permukaan atasnya, picit adunan yg dlm botol mayo tu. 
Biarkan hingga adunan strip masak baru la diangkat
Terbalikkan atas dulang, isikan inti dan baru la digulung.
Sebaiknya sejukkan sekejap dadar sebelum mulakan proses meletak inti dan menggulung supaya dadar kita tak pecah.


4 comments:

  1. ayookk..lawoo nye dadar samarindah kak nor nehhh.. adeehh..makan tahun nk blajo jadi lawo cam nih..

    ReplyDelete
  2. betul cakap izah..cantikk la dadar samarindah kak nor ...memang kretif ....

    ReplyDelete
  3. eh..kak tersamalah kita bersamarinda. siyesli, akak mmg kreatiflah..siap dgn stripe lagi tu. tak terpikir akal ku..

    ReplyDelete
  4. izah >> ishh tak payah mana la.. cuma buat dadar cam biasa, pastu bila nampak dah kering bahagian atas tu, baru la picitkan adunan dadar yg kaler lain (letak dlm botol mayo) atas tu.. insyaallah jadi.. mudah jer tu

    mas >> hehe.. dh lama teringin wat stail tu mas.. bila dah ada botol mayo tu, baru la boleh praktikkan..

    eliza >> tu la.. serentak jer kan.. tak per, dah ada idea ni boleh la buat lain kali lak :)

    ReplyDelete