f Secubit Garam: Ikan Goreng Bersambal Istimewa

Tuesday, July 6, 2010

Ikan Goreng Bersambal Istimewa


Nampak menu ni kat rumah Along minggu lepas rasanya, terus masuk list. Yer la, yg simple2 gini la mudah nak buat. Tak pasti Along guna ikan apa utk menu ni tp nampak cam ikan kerisi. K.Nor pulak guna ikan selar jer ni. Yang pastinya......... best!! Simple aje bahan2 dan penyediaannya. Sampaikan Luqman dan Aishah duk cakap, sedapnyer lauk ikan hari ni dan Luqman lak bertambah2 makan nasi. Tapi Along kan.. kena mintak maaf awal2 nih.. jgn marah ya, Nor dah derhaka sket kat bahan2 yg digunakan. Bukan apa, utk menambah kesedapan lauk ikan sambal Along ni jer.. hehe. Disebabkan tak ada bunga kantan jadi Nor gantikan dgn daun limau purut. Pastu Nor tambah sket sos ikan dan last sekali sebelum padamkan api Nor perahkan limau nipis kat dlm sambal tu.. perghhhhhh..makin enak Along.. ampun ya.. tp kredit tetap buat Along yg menghasilkan resipi ni.. Mintak izin ya, nak share resipi tu kat sini pulak.. TQ!

#kalau nak tengok resipi asal Along, sila klik kat sini ya....





IKAN GORENG BERSAMBAL ISTIMEWA by AlongRoz
3 ekor ikan
garam
serbuk kunyit
utk sambal:
4 bj cili hijau
1 bj cili merah
beberapa bj cili padi
1 btg serai
1/2 kuntum bunga kantan ~ k.nor ganti dgn daun limau purut
5 bj bawah merah
4 ulas bawang putih
daun ketumbar ~ dihiris halusgaram
tambahan oleh k.nor:

2 sudu besar sos ikan
sedikit gula
1 sudu besar perahan limau nipis

1. Lumurkan ikan dgn garam dan serbuk kunyit.
2. Goreng hingga garing dan ketepikan.
3. Blend kesemua bahan2 utk sambal kecuali daun ketumbar dan garam.
4. Panaskan minyak dan masukkan bahan2 yg diblend.
5. Goreng hingga garing dan pecah minyak.
6. Masukkan daun limau purut dan daun ketumbar.
7. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
8. Padamkan api dan masukkan jus limau nipis.
9. Kacau rata dan tuangkan sambal atas ikan yg dah siap digoreng.


** Nak maklumkan sket ni ya, pd sapa2 yg dah komen kat N3 tp tiba2 komen anda hilang, bukan salah K.Nor tau.. K.Nor tak delete mana2 komen tp hari ni blog mengong sket. Dr pagi td lagi tak dpt nak tinggalkan komen dan reply komen kat blog2 lain juga blog ni.. harap maklum ya..**