f Secubit Garam: Roti Jala Kaler Maler ^__^

Thursday, July 22, 2010

Roti Jala Kaler Maler ^__^


Salam di petang Khamis.. ada yg berpuasa arini? Insyaallah ada kan.. meh kita layan menu berbuka K.Nor sekeluarga utk hari ni...bersempena memecah dara toy baru :)

Oyeahh.. udah kehilangan daranya... hihii

Tu dia... roti jala kawin campur.. hihihi.. dimasak atas pan yg baru diterima. Memang best sungguh guna pan ni. Langsung tak melekat. Panas dia pun sekata jer. Berbaloi2 membeli, kan Mimi kan.. Mekasih buat Mimi yg bersusah payah membeli dan mengepos utk K.Nor. Yg wok tu tunggu lain hari lak baru ku pecah daranya :)


Ni nak tayang cara atau alat yg digunakan utk membuat roti jala kaler maler ni. Biasanya K.Nor guna acu muncung 3 yg dibuat dr tembaga tu tp kali ni tak guna tu dah. Sebaliknya guna botol mayo yg didatangkan khas dr Shah Alam. ehhh bukan, aritu gi amik kat Puchong. Yg ni pun sesi memecah dara gak tau. 1st time guna tu.. wahhhh.. betul2 sesi memecah dara arini.. ngeeeeeeee.... Botol mayo ni K.Nor kirim kat sorang sahabat baik yg duk Shah Alam. Cakap jer apa yg termengidam atau di meroyankan, insyaallah dia sentiasa sudi menolong memenuhi permintaan K.Nor ni. Ni utk K.Nor dan utk member2 yg rapat jer kan.. mdm kan.. hehehe Macehhhh mmmmmmuah!


Ni hasilnya dr kawin campur tu ^___*

Spt biasa adunan roti jala yg K.Nor buat ni menggunakan resipi Roti Jala Ummi Kuantan. Memang dah tak tukar haluan dah rasanya. Stick dgn resipi tu jer. Mudah dan simple jer bahan2nya. Hasilnya pun sgt memuaskan. Sedang elok jer, tak cair sgt dan tak pekat sgt. Ummi, cam biasa Nor nak letak sekali lg resipi tu kat sini ya.. Meh makan roti jala ni.. kang kalau tak ajak ada yg marah2 lak :)

ROTI JALA by Ummi

2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 bj telur
1 sudu kecik garam halus
beberapa titik pewarna kuning


Masukkan semua bahan ke dalam blender dan blend hingga semua sabati.
Perapkan selama 1/2 jam .
Panaskan kuali dgn api sederhana.
Sediakan kuali leper non-stick dan masukkan kedalam acuan roti jala.
Tebar/kirai adunan atas kuali.
Biarkan hingga roti jala tu masak.
Angkat dan gulung/lipat ikut citarasa masing2.


Roti jala kena berpartner dgn kuah kari kan, baru mengancam! Kali ni K.Nor partnerkan dia dgn Kari Ikan Tanpa Santan yg dah dimasukkan N3 tadi. Jom kita berbuka dgn roti jala hari ni ya...


updated: Disebabkan ramai yg berkenan kat botol mayo tu, meh nak kasi tau kat mana sahabat K.Nor beli tu ya. Dia beli kat Daiso dan katanya kat kedai 100yen biasanya ada gak (melainkan habis stok laa)

updated lg..... hehe
pd sesiapa yg nak merembat botol mayo ni dan tak tau kat mana Daiso ni, klik kat sini ya.. harap2 ketemu la tu nanti dgn botol idaman hihi

dan sedikit pembetulan.. sahabat K.Nor tu beli kat Daiso Petaling Jaya ya..