f Secubit Garam: Udang 4S.. Dayang, jgn marah ya.. :)

N3 Terkini

Sunday, July 18, 2010

Udang 4S.. Dayang, jgn marah ya.. :)


Resipi asal Ketam 4S @ 4 Rasa telah diolah menjadi Udang 4S disebabkan K.Nor tukar penggunaan ketam ke udang. Bukan tak suka ketam, sukerrrrrr sgt dan anak2 pun suka jugak. Cuma leceh ler nak makan ketam ni sbb anak2 tak reti nak mengambil isi ketam. Banyak yg membazir kalau dibiarkan anak2 makan sendiri ketam ni. So lebih baik amik jalan mudah, guna jer udang. Ternyata menu ni tetap sedap!! psst Dayang.. K.Nor tambah sket perahan limau nipis last minute sebelum padamkan api... lagi best ermm.. ampun ya.. dah derhaka banyak kat resipi nih.. apa pun tq sudi berkongsi resipi tu dan kali ni K.Nor nak panjang2kan pulak resipi tu kat sini.. boleh kan.. mekasih :)

KETAM 4S @ 4 RASA by Dayang Jack

Bahan-bahan :
4 ekor ketam segar (dipotong ikut suka)
sedikit serbuk kunyit
1 keping asam gelugur ~ k.nor skip sbb guna udang
sedikit garam
1 biji cili benggala (dihiris kiub)
1 biji tomato (dihiris kiub)
1/ biji timun (dihiris kiub)
sedikit nanas (dihiris kiub)
1 biji cili merah (dihiris)
2 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tomato
1 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap manis
2 sudu makan sos cili Thai
2 helai daun limau purut
Bahan-bahan kisar :
1 labu bawang besar
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
1 batang serai
10-12 biji cili api




Cara-cara :
Gaulkan ketam bersama serbuk kunyit dan garam. Kemudian direbus bersama asam keping hingga masak. Tuskan. (Boleh juga digoreng jika suka tetapi tidak perlu letak asam keping)
Tumis bahan-bahan kisar hingga terbit bau. Kemudian masukkan sos tiram, kicap, sos cili, sos tomato, sos cili Thai dan sedikit air. Biarkan ia mendidih sebentar.
Masukkan bahan-bahan selebihnya dan akhir sekali ketam yg sudah direbus/digoreng tadi. Gaulkan rata2. Perasakan dgn garam dan gula jika perlu.
Setelah kuah kelihatan pekat, bolehlah ditutupkan api dan dihidangkan bersama nasi panas.


utk peringatan K.Nor dikemudian hari:
# tambah sedikit perahan limau nipissebelum padamkan api.

4 comments:

  1. Salam Kak Nor,

    Lama tak masuk dapur kak nor... harap2 kak nor sihat2 ye :)

    Kite dulu pun tak suka makan ketam. rasa payahnye nak korek isi dia...hehe..sekarang baru minat dengan ketam ni. :)

    Ijan

    ReplyDelete
  2. kak!! masok list dulu...
    sedapnyeeeee ketamm..lama xmkn!! ni pon br try2 mkn udang...so far tinga dah xdengung..kikikih

    ReplyDelete
  3. bestnya..boleh cuba ni lama gak tak pekena ketam or udang ni..thanks for sharing the recipe Kak Nor.

    ReplyDelete
  4. ijan >> alhamdulillah.. masih ingat kat k.nor ya.. :) mudah2an ijan 3 beranak sihat gak hendaknya..
    k.nor suka makan ketam tp bila nak mengopek utk anak2 tu yg bercinta sungguh :)

    fmina >> haa.. makan lg, nanti sakit balik idung tu kang. masak jer, tp jgn makan, hantar kat rumah akak ya.. :)

    sally >> yr welcome sally :)

    ReplyDelete