f Secubit Garam: Kek Chiffon Keju

N3 Terkini

Wednesday, July 7, 2010

Kek Chiffon Keju


Sebenarnya ptg duk tengah nak masukkan N3 kek chiffon ni masa dpt kabar gembira dr Yani tu. Bila dah excited sgt yg MyR dah boleh masuk balik, terus terlupa tang n3 ni hehe punya la happy sgt tuh.. Mana tak happy, dah lama benor tunggu MyR kebah demam. Tambah lagi bulan puasa dah dekat ni.. lagiiiiiiiiiii la perlukan MyR kan.. rasanya semua org gitu kan.. MyResipi is the best!! Mudah2an terus beroperasi tanpa ada penghujungnya.. amiin....

Berbalik pd kek cipon keju ni.. Duk nak buat dr minggu lepas lg tp telur baru yillek! Nak buat kek cipon seeloknya guna telur baru baru cantik putih telur kita kembang. Akhirnya pg td gi beli beras, terus rembat telur utk wat kek cipon nih.. Dan projek kek cipon telah menjadi petang ni.. sedap ni tau.. lemak2 berkrim gitu. Yer la dah ada keju kat dlm tu kan.. tambah lak ada susu cair.. ermmmm enak!! Dah pernah buat dulu tp cam biasa kena kurangkan gula. K.Nor ni kurang sket suka manis2, ahli2 dlm rumah ni pun gitu gak.

Resipi Kek Chiffon ni cam biasa la.. amik kat rumah Che Mat Gebu, yg mana Che Mat dpt dr buku Alex Goh. Mintak izin ya.. nak share kat sini pulak.. TQ


KEK CHIFFON KEJU by Alex Goh
sumber: Che Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
60 ml susu cair
40 g cream cheese
25 g mentega
1/2 camca teh esen vanilla
65 g tepung gandum
4 kuning telur
4 putih telur
100 g gula halus
Secubit garam halus
1/4 camca teh cream of tartar ~ k.nor tak letak

Satukan cream cheese, susu cair dan mentega dalam bekas tahan panas, cairkan menggunakan kaedah double-boiler (seperti dalam gambar) hingga semua sebati dan bersatu. Alihkan dan biar sejuk sedikit.
Masukkan tepung, gaul rata. Tambah kuning telur dan esen vanilla, kacau hingga sebati. Ketepikan sebentar.
Putar putih telur hingga berbuih, masukkan gula halus sedikit demi sedikit hingga habis, tambah garam halus dan cream of tartar. Putar hingga kental.
Gaul no.3 ke dalam no. 2 secara kaedah kaup balik hingga rata. Tuang dalam tin chiffon berukuran 23cm (tin tak payah sapu mentega).
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 175C selama 35 - 40 minit, bergantung pada oven masing2. Bila kek masak, keluarkan dan terbalikkan tin, biar dalam keadaan begini sehingga sejuk.
Sisip tepi tin dan dasarnya untuk mengeluarkan kek chiffon, potong dan boleh dihidangkan. Kek akan sedikit mengecut bila masak...


## k.nor letak gula 80gm jer



4 comments:

  1. wahhh...sana sini tgh mencipon. td nmpak kat umah kak ummi, cipon pandan. kat umah akak, cipon keju pulak. adehh..meleleh air liur.

    ReplyDelete
  2. musim mencipon nighhh! hehehehe

    ReplyDelete
  3. ain >> cipon jgn tak cipon.. cedap nih.. :)

    jiya >> abes takkan bola jer ada musim.. eheee

    ReplyDelete
  4. salam kak, mtk izin nk try resepi akk ni yer...tq

    ReplyDelete