f Secubit Garam: Jeruk Kundang

N3 Terkini

Wednesday, June 24, 2009

Jeruk Kundang

Jeruk Kundang a.k.a buah stor kalau org Ganu panggil. Asalnya akak yg menyapu/membersihkan sekitar bangunan perumahan ni yg offer buah kundang ni. K.Nor mmg tak makan buah masam2, tp org dah offer kita amik jer la.. Boleh gak buat jeruk utk Aisyah dan Cik Abg. Dia bg pd hari Sabtu baru2 ni, dan nak buat jeruk ni mmg amik masa skit, start dr membelah buah utk membuang biji dia yg berwarna purple/kundang tu, hingga lah ke siap menjadi jeruk. Tak payah nak mintak la ya.. dah finish pun, siap bg2 kat jiran2 kat sini. Kalau nak, kena wat sendiri, kat bawah nanti K.Nor ajar step by step nak buat jeruk ni. Itu pun kalau ada yg nak buat. Kaedah buat jeruk ni sama gak kalau nak buat jeruk mangga atau pauh.
Jeruk Kundang

buah kundang
garam kasar
------- # -------
3 sudu besar cili mesin
nisan/gula melaka
1/2 cawan gula pasir
1/2 sudu garam halus
2 sudu kicap manis
sedikit belacan ~ optional
3 cawan air

  • Belah buah kundang dan buang biji kaler purple dlm tu.
  • Basuh bersih buah kundang. Masukkan ke dalam besen dan isikan air menutupi keseluruhan buah.
  • Masukkan segenggam garam kasar dan kacau sebati. Rendam semalaman. (proses ni utk menghilangkan rasa masam buah)
  • Esoknya buang air td dan bilas lg. Ulang sekali lg proses merendam dan masukkan segenggam garam kasar lg.
  • Rendam semalaman lg. Dalam masa tu hendaklah dikacau/gaul sesekali buah tu.
  • Keesokkannya, toskan buah kundang. Kebiasaannya kulit buah kundang akan berubah kekuningan bila dah cukup tempoh merendam dgn air garam ni.
  • Masukkan kesemua bahan2 utk membuah kuah jeruk dan masaklah dgn api sederhana sehingga mendidih dan sedikit pekat.
  • Tak perlu masukkan air asam jawa, sbb nanti air buah kundang yg masih ada rasa masam2 tu akan turun gak dlm kuah tu.
  • Biarkan kuah sejuk sedikit dan curahkan ke atas buah kundang dan gaul hingga sebati.
  • Masukkan ke dalam bekas plastik atau botol kaca.
  • Simpan dlm peti ais semalaman utk mendapatkan rasa yg lebih sedap.
  • Sedap tau makan jeruk kundang ni dgn keropok keping/ikan..

6 comments:

  1. norrrrrrrrrrrrrrrr kak e terliur tengok jeruk kundang tu tau :P

    * isshhkkkkx3 pose2 ni bikin tergoda je :P

    ReplyDelete
  2. salam
    terliur tengok jeruk kundang tu,pernah juga buat jeruk mempelam tapi tak pernah pula cuba taruh sos begitu .Tentu lebih sedap ni

    ReplyDelete
  3. Kak Nor, tanpa disedari, terasa meleleh air liur di tepi bibir. Wiz ni memang hantu jeruk dan segala asam, tapi tak leh nak makan byk sebab mengah. Tapi tgk gambar Kak Nor ni pun dah memadai. Untung anak beranak Kak Nor, rajin mama dia masak2.

    ReplyDelete
  4. k.e.. yerrrrrrrr k.e.. hehe dah tirguda ek.. hehe..

    mawar berduri.. adeh.. pjgnnyer nick.. sedap tau jeruk pedas ni nak2 pd yg suka makan benda masam2

    wiz.. jaga2 menitik kat baju tu.. hehe.. dulu2 masa mudo2 dulu k.nor mmg antu jeruk dan asam,tp skrg ni dah tak leh nak makan benda yg masam2 la wiz, tak leh g. tp tetap buat utk suami dan anak2 yg mmg gemar makan jeruk2 ni... ooo wiz ada asma ya.. k.nor masa kecik dulu pun ada asma gak..dh mmg keturunan asma dr belah ayah k.nor

    ReplyDelete
  5. KAK NOR!!!! KENAPELAH KAK NOR LETAK ENTRI BUAH KUNDANG NEH???? ADEH.... TERLIURNYE.... SEDAPNYE.... NAKKKKKK!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  6. ijan >> dah abis la ijan, tak leh nak offer dah :)

    ReplyDelete