f Secubit Garam: Cuppies Untuk Aisyah

Sunday, June 21, 2009

Cuppies Untuk Aisyah

Dah seminggu berlalu, baru nak raikan besday puteri nan satu yg ke 13 ni. Kesian dia, masa harijadinya pd 12 Jun tu, si emak duk sibuk dgn projek wedding cake Izah. Dah cakap awal2 kat dia, akan buat gak something utk dia raikan bersama kawan2 dia kat sekolah, tp bukan pd hari tu la. Nak buat cuppies ni pd hari sekolah, tak best pulak sbb dia biasanya balik sekolah dah petang2 hari. So dia kata ok jer bila K.Nor ajak buat hari Sabtu, boleh la dia bawak ke sekolah pd pg hari Ahad.

Mula2nya plan nak buat sebiji kek tp dia kata susah nak bahagi2kan kat kawan2, so K.Nor buat la cuppies ni. Senang skit kan, bg jer sebiji tiap sorang. Semuanya dia yg pilih, dr cupcake coklat, ke warna2 yg digunakan utk menghias buttercream. Cuma design jer si amatur ni yg reka2. Mula2 buat lakaran love tu, dgn tangan yg terketar2, terhasil la love dgn pelbagai rupa.. senget benget hehe.. almaklum ler org yg terrrrrrramat terror mendeco :) .. Cik Abg komplen, tak sharp line tu.. yer la tangan tak biasa main kan, lain la dgn tangan dia yg mmg terror bab design .. Mula2 tu dah frust tengok love yg semacam jer, pastu dtg idea letak rossette kuning sekuntum dan hias dgn daun2 di tepi bunga tu.. wallaaa cantik la pulak.. cantik kat mata K.Nor laa.. kalau sendiri tak puji sapooo lg nak puji kan.. heheh.. bila dah ada bunga dan daun2 tu, baru la cik abg kata cantik.. ermm ... baru nak puji ya...

Ini la hasil keras tangan org yg tak biasa main BC nih.. jadi la ya Kak Teh.. setakat tu jer mak boleh buat.. kena banyak kali praktik lagi baru boleh buat yg lebih cantik. Rasanya dia dah cukup kembang tu bila bg kat kawan2 dia, yer la hasil tangan emak sendiri kan.. ermmmmm.. maszzzzzz mana cuppies utk menantu? ish3 mertua ni.. duk tunggu la yg dia, last2 emak sendiri yg kena buat. Tak leh harap mertua nih. Duk terima order org lain jer ya, order dr menantu tak nak layan ya... :P