f Secubit Garam: Daging Merah/Pedas

N3 Terkini

Monday, June 8, 2009

Daging Merah/Pedas

Ni satu lagi, edisi masak apa aje yg kat dalam peti ais, selain telur dadar kat atas tu dan sayur kobis bersuhun utk lauk yg ada kuah. Kalau tak ada kuah, kang tercekik lak bila makan nasi, kan..


Untuk Geraugebang...

bahan: 1/2 kg daging ~ dipotong lawan urat
2 sudu besar cili mesin
3 labu bawang besar (sederhana besar)
5 ulas bawang putih
1/2in halia
air asam jawa
2 sudu kicap manis
garam dan gula secukup rasa
air secukupnya
minyak

Bawang besar, bawang putih dan halia di blend.
Panaskan minyak dan masukkan cili mesin.
Goreng hingga garing sket dan masukkan bahan2 yg diblend.
Goreng lg hingga garing dan masukkan 1/2 cawan air.
Tujuan letak air ni nak bg bahan tumisan pecah minyak dgn elok.
Masukkan garam dan gula dan kacau hingga pecah minyak dan masukkan daging.
Kalau menumis/memasak jgn buka api besar/kuat, nanti kuah menjadi pekat, tp rempah rasa kurang sedap ( rasa rempah hidup2 jer), gunakan api sederhana.
Biarkan sehingga daging mengecut sikit baru masukkan air, separas daging.
Biarkan merenih dan masukkan kicap.
Bila kuah dah tinggal separuh, masukkan jus asam jawa.( kalau nak guna sos tomato pun boleh, nak guna asam keping pun boleh, terpulang la ya)
Goreng hingga kuah kering skit dan sehingga daging empuk.
Ejjas la rasa masin dan manis kuah/daging tu..
Padamkan api dan boleh la dihidangkan dgn nasi panas2..
Slmt mencuba..

# kalau nak letak sedikit belacan pun boleh

5 comments:

  1. Sedapnye daging..sedapnye bihun goreng tomyam... lapar pulak ni.

    ReplyDelete
  2. ijan.. tak makan lg ke.. sian plak..

    ReplyDelete
  3. Bestnya nampak daging pedas ni.Mesti sedap.Kecuh gerau.

    ReplyDelete
  4. Salam Cik Nor,boleh kasi gerau resepinya.Boleh gerau test power kesedapanya.Lepas tu gebang ngan gerau lain.

    ReplyDelete
  5. w'salam... hehehe funny ayat tu.. nanti saya letak, tp biasanya saya main campak2 jer bahan2, tak ikut sukatan yg tepat pun.. :D selamat mecuba dan selamat gebang ya.. :D

    ReplyDelete