f Secubit Garam: Bulan Rejab Datang Lagi

Tuesday, June 23, 2009

Bulan Rejab Datang Lagi

Salam semua..


Hadis Rasulullah s.a.w yg diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a bermaksud:
"Rejab adalah bulan ALLAH, Syaaban adalah bulanku (Rasulullah) dan Ramadhan adalah bulan umatku"

Esok tanggal 1 Rejab 1430H.. Alahmdulillah, dgn limpah kurnia dan rahmatNYA, kita dipanjangkan umur untuk bersua lg dgn bulan ALLAH. Mudah2an kita juga dipanjangkan umur utk bertemu juga dgn bulan yg penuh berkat, bulan Ramadhan 1430H. Bersempena dgn kedatangan bulan Rejab ni, jom kita ramai2 berpuasa sunat pd 1 Rejab (Rabu) dan teruskan dgn satu lg pada hari Khamis.

Marilah kita bersama2 melakukan ibadat puasa dan ibadat2 lain tanpa memikirkan atau menghitung berapa hari kita berpuasa di bulan ini, kita dpt sekian2.. berpuasa pd tarikh ini, kita dpt sekian2.. Adalah lebih baik kita melakukan ibadat dgn seikhlas hati dan bila dah buat tu , jgn la pula kita berasa riak dan sombong.
  • Kemulian Rejab dengan malam Israk Mikrajnya, Syaaban dgn malam Nisfunya dan Ramadhan dgn Lailatul Qadarnya..
  • Rejab bulan menabur benih, Syaaban bulan menyiram tanaman dan Ramadhan bulan menuai hasil..
  • Rejab menyucikan badannya, Syaaban menyucikan hatinya dan Ramadhan menyucikan rohnya..
Beramallah kita mengikut kadar kemampuan kita masing2... Selamat berpuasa dan melakukan ibadat sebaik dan sebanyak mungkin. Mudah2an segala yg kita lakukan diterima Allah dan mendapat ganjaran untuk dijadikan bekalan kita di akhirat kelak.. amiin....