f Secubit Garam: Al Fatihah...

N3 Terkini

Thursday, June 25, 2009

Al Fatihah...


Hari ni tanggal 2 Rejab 1430 bersamaan 25 Jun 2009, pd pukul 3.30pg bertempat di Wad 7ef, Hospital Nur Zahirah, ayah mertua K.Nor telah menghembuskan nafasnya yg terakhir. Sememangnya arwah sudah teramat uzur tambah lg kebelakangan ini dia dah tak makan apa2 dan air yg disuapkan ke mulutnya pun dah meleleh keluar. Jenazah tiba di rumah arwah setelah org selesaikan azan Subuh. Proses memandikan dan mengkafankan jenazah selesai pd pukul 11pg dan terus disembahyangkan diruang tamu rumah. Semua adik2 beradik suami K.Nor ada bersama2 begitu jugak cucu2 dan cicit2 arwah, kecuali anak K.Nor yg sulung yg berada jauh di Jordan ketika ini. Kesian dia, nak bersama2 dgn arwah utk kali terakhir tp tak terlaksana hajat tu. Banyakkan bersabar ya Along..Naim pulak tiba dr Kota Bharu pd pukul 11 lebih, tak sempat nak solat jenazah tp sempat menatap dan mencium muka arwah utk kali terakhir. Alahmdulillah, semuanya dipermudahkan dan jenazah telah dikebumikan di perkuburan, bersebelahan dgn anak arwah yg sulong (abg hb K.Nor) dan berdekatan dgn ahli keluarga arwah.

Sayu sungguh ketika K.Nor melakukan penyiraman mandian terakhir arwah begitu juga saat mengucup arwah. Mana tak sebak kan, dah 21 tahun lebih dia menjadi ayah mertua K.Nor..... Tak leh laa nak cakap panjang2 hal ni.. :(

Di kesempatan ini, K.Nor dan suami ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas ucapan takziah dan doa2 yg diucapkan. Samada melalui sms, telefon atau meninggalkan komen kat shoutbox. Mudah2an tuhan makbulkan semua doa2 tersebut.. amiinn..

23 comments:

  1. Salam Takziah buat Kak Nor dan suami. Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang² yang soleh.. Amin

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Salam kak nor..sue baru tau berita sedih ni.Takziah atas pemergian ayah mertua k nor ye.Semoga roh ayahanda mertua k nor ditempatkan di kalangan org2 yg beriman dan soleh.

    Sue faham sgt situasi k nor tu..sue dah alaminya 2 thn lepas..
    Ayah mertua dah macam ayah sendiri dah..sedihh sgt ms tu.
    Harap kak nor banyak bersabar yer..

    *Nanti bila dah boleh blogging balik sila amik award kat umah sue yer kak..

    ReplyDelete
  4. Takziah dari kak e dan keluarga... Al-fatiha... semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah SWT...

    ReplyDelete
  5. salam nor..takziah dari akak sekeluarga...semuga rohnya di tempatkan bersama-sama orang yang beriman..amin..al fatihah..

    ReplyDelete
  6. Salam. Takziah dari kami sekeluarga. Semuga roh beliau di tempatkan di tempat org2 yg beriman. AL-FATIHAH. AMIN

    ReplyDelete
  7. Semoga roh arwah ditempatkan di kalangan org beriman, insyaallah...

    ReplyDelete
  8. Takziah k nor & sabarlah ye... semoga roh arwah ditempatkan di tempat org2 yg beriman...amin...

    ReplyDelete
  9. takziah lg skali dr ina skluarga! alfatihah!

    ReplyDelete
  10. salam k.nor,
    inalillah...
    takziah buat akak sekeluarga...moga roh arwah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman...amin.

    ReplyDelete
  11. Salam takziah untuk kak nor n family. Al Fatihah untuk arwah, semoga roh nya ditempatkan bersama golongan orang2 beriman.

    ReplyDelete
  12. Takziah buat keluarga Kak Nor dari saya dan suami. Moga rohnya dicucuri rahmat. AMIN.

    ReplyDelete
  13. Salam Kak Nor, takziah utk Kak Nor & familiy, semoga tabah menghadapi dugaan ini. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman. Amin...

    ReplyDelete
  14. Salam taziah buat kak Nor sekeluarga... semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman..amin.

    ReplyDelete
  15. takziah utk k nor sekeluarga.. moga roh nya dicucuri rahmat

    ReplyDelete
  16. salam takziah buat kak nor sekeluarga.

    ReplyDelete
  17. Salam takziah kepada k.nor suami isteri. Semoga rohnya dicucuri rahmat, diberkati dan digolongkan dikalangan orang2 yang beriman dan soleh.Semoga K.Nor dan suami tabah dan redha dengan pemergian orang yang tersayang.
    Al-Fatihah untuk arwah dari kami suami isteri.

    ReplyDelete
  18. Salam takziah..untuk k.nor dan keluarga.

    ReplyDelete
  19. Innalillahi wainna illaihiraaji'un. Takziah buat Kak Nor sekeluarga. Semoga Allahyarham ditempatkan di kalangan para solihin.

    ReplyDelete
  20. Takziah buat k.nor sekeluarga. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dlm kalangan org2 beriman...Al-Fatihah. Semoga k.nor tabah menghadapi situasi ini...

    ReplyDelete
  21. Salam Kak Nor, Takziah buak Kak Nor & keluarga, semoga tabah menghadapi dugaan ini. Alfatihah buat Allahyarham semoga rohnya ditempatkan dikalangan org2 beriman dan beramal soleh.. Amin..

    ReplyDelete
  22. alhamdulillah.. dan terima kasih semua k.nor ucapkan atas doa2 dan ucapan takziah atas kepulangan ke rahmatullah arwah ayah mertua K.Nor. Mudah2an doa2 tersebut dimakbulkan oleh Allah Taala hendaknya.. amiinnn...

    ReplyDelete