f Secubit Garam: Telur Dadar Udang Bercampur

N3 Terkini

Monday, June 8, 2009

Telur Dadar Udang Bercampur

Letih ke, malessss ke, kena gak masak kan.. Aisyah dah cakap dr semalam, rindu nak makan masakan mak. Tau aje la makan kat camp bukannya sama cam masakan kat rumah, walau mak masak tak sedap ke, simple2 jer ke. Pagi td masa dia makan mihun goreng tomyam tu pun dah tambah 2 kali.


Dah lama plan nak wat telur dadar berudang ni. Kebetulan semua bahan2 ada dlm peti ais tu, K.Nor buat aje la. Ni salah satu lg resipi dlm buku Masakan Thai yg K.Nor beli dulu tu.

Khai-jiaw Koong Sub @ Telur Dadar Udang Bercampur

3 biji telur
1/2 cawan udang yg dicincang/potong kecik2
2 sudu teh sos ikan
1/2 cawan minyak
daun ketumbar dan cili merah yg dihiris
boleh gak nak letak bawang besar/daun saderi/daun bawang

Pecahkan telur dlm mangkuk dan pukul hingga sebati dgn garfu.
Masukkan kesemua bahan2 lain kecuali minyak.
Panaskan minyak dlm frying pan dan goreng telur hingga masak.

#tips dr chef buku tersebut: boleh gantikan udang dgn daging bahan2 lain boleh guna daun selasih/daun limau purut

No comments:

Post a Comment