f Secubit Garam: Puding Kastard Jagung

N3 Terkini

Wednesday, June 24, 2009

Puding Kastard Jagung

Resipi asal tuan dia bg Custard Puding, tp memandai jer K.Nor tukar nama jd Puding Kastard Jagung. Bukan apa, sbb Lia tak sebut jagung kat nama tu, sedangkan ada letak jagung. Sori ya Lia.. ampun.. pandai2 jer tukar nama. Tp kredit nak bg kat Lia gak, sbb sedap tau puding ni. Tengok kat rumah Lia smlm, dia buat puding ni menggunakan jagung fresh. Kebetulan kat dapur ada lg stok jagung yg belum direbus, tu yg berdesup jer g buat puding ni. Dah tak tunggu Lia jawab berapa sukatan air yg digunakan, K.Nor buat jugak la, pandai2 sendiri mengejjas. Lia guna sukatan mug, tp mug ni banyak saiz kan. K.Nor try aje la guna mug kat rumah ni, tp dah K.Nor sukat. Senang lain kali bila2 nak buat lg, sbb anak2 suka puding jagung ni. Dia org lebih suka puding jagung yg lembik2, tak spt biasa yg boleh dipotong tu. Just scoop direct dlm bekas.

Puding Kastard Jagung

3 bj jagung fresh
600ml air
300ml santan fresh
1 bj telur
4 sudu besar tepung kastard
7 sudu besar gula ~ mengikut kemanisan sendiri ya..
1/2 sudu teh garam

Blend hingga halus isi jagung bersama sebahagian air.
Campurkan kesemua bahan2 dan masak hingga pekat dan berkilat
Hendaklah sentiasa mengacau adunan ni supaya tidak hangus dan bergentel.

* yang K.Nor buat ni bentuk puding tu lembik2 skit ya..

Outlook puding ni tak berapa cun, sbb kes terleka duk ngadap PC. Mula2 tu dah letak semua bahan2 atas dapur, tp tak konfiden, g smula rumah Lia nak tengok sukatan air yg dia guna. Alih2 ralit la pulak duk ngendap rumah org lain, tak teringat yg K.Nor dah bukak api masa letak periuk tu. Bila berbau ajer kat dapur, baru la sedar, bahagian bawah puding tu dah mula hangus. Cepat2 curah dlm periuk lain. Lepas tu letak balik atas dapur. Bila tengok kaler dia cam suram jer, K.Nor nak masukkan sedikit pewarna kuning, tp tak perasan g amik pewarna oren. Bila dah masukkan baru sedar tu warna oren. Adehhhh dah la ada kesan2 hitam campur lak warna oren.. cam buruk sket kaler dia kan.. tak per la, janji rasa dia sedap. Lain kali insyaallah nak wat lagi.. hehe tak leh lalai dah kali ni.. TQ Lia, atas resipi yg mabeles ni..

No comments:

Post a Comment