f Secubit Garam: Sausage Rolls

Monday, June 29, 2009

Sausage Rolls


Sesi memanaskan dapur kini bermula kembali setelah 4 hari bercuti rehat. Sejak tengok Noreen meroti kat blog dia, eeeeeiiiiiiiiiii...... geramnyer nak buat. Membuak2, tp disebabkan minggu lepas plan nak puasa, tu yg tertangguh dulu hasrat. Tambah lg dgn kematian FIL, terpaksa amik MC dr memasak.

Ptg smlm K.Nor melaksanakan projek Sausage Rolls by Noreen. Terpikat dgn cara dia membentuk sausage rolls tu. Biasanya org panggil tocang kan, tp kat Ganu ni org panggil jalin. (tocang rambut = jalin rambut).

Yang ditocang tu K.Nor letak cheese kat dalam dia. Dah sosej ada hanya 10 btg sepeket, jd ada lebihan doh lg. K.Nor buat la bentuk bun dan letak dlm papercup. Kat dalam bun tu K.Nor mulanya nak letak inti kacang merah, tp terlupa keluarkan awal2 dr freezer. Cari dlm peti ais, ada kepingan coklat bulat2 sebesar syiling 20sen. Letak aje la dlm tu, bila dah masak, sedapp!!


Tq to Noreen, sedap, lembut dan gebus roti ni, tp sedikit lembik. Jd terpaksa ditambah sedikit demi sedikit tepung. Biasalah, kualiti tepung tak sama antara satu sama lain kan. So kena la pandai ejjas mengejjas.

Sausage Rolls

300gm tepung roti ~ kalau lembik kena tambah skit2
5gm (1 1/2 sudu teh) yis kering ~ k.nor guna mauripan
10gm gula castor ~ k.nor letak 20gm :)
30gm butter
220gm campuran 1 bj telur dan air utk menyukupkan sukatan

egg wash:
1bj telur + 2sudu air ~ k.nor guna fresh milk aje
12 btg sosej
slice cheese ~ optional
bijan ~ optional
minyak zaitun utk disapu atas roti selepas dibakar ~ k.nor guna butter jer

  • Masukkan semua bahan dlm breadmaker dan setkan utk doh dan on kan.
  • Setelah cukup tempoh menguli, keluarkan dan tumbuk2 utk mengeluarkan angin dlm doh.
  • Bahagikan doh pd 12 biji dan bulat2kan. Biarkan doh rehat lebihkurang 10 min.
  • Ambil sebiji doh dan canaikan dlm bentuk oval. Letakkan sebtg sosej diatasnya.
  • Potong bahagian tepi doh, terpulanglah nak potong 5 atau 6. (k.nor potong 6)
  • Kalau nak letak slice cheese, boleh la letak sebelum ditocangkan doh td. (cheese tu k.nor potong kpd 3)
  • Tocangkan doh pd sosej dan kemaskan bahagian hujung supaya tidak terbuka nanti.
  • Susun atas loyang yg telah digriskan. (k.nor tabur gandum jer)
  • Buat hingga habis dan biarkan naik lebih kurang 45 min - 1 jam.
  • Tutup doh dgn towel lembab utk mengekalkan kelembapan doh supaya tidak kekeringan.
  • Sapu dgn eggwash/fresh milk dan tabur bijan. Kalau tak sapu fresh milk nanti bijan tak melekat.
  • Bakar dlm oven dgn suhu 200C selama 8 min dan turunkan kpd 190C dan bakar lg selama 5 min. (k.nor bakar dgn suhu 200c selama 10 min) Atau bakar sehingga masak dan keperangan.
  • Keluarkan dr oven dan sapu dgn minyak zaitun/butter.

Utk melihat kaedah membuat roti ni dgn lebih detail sila ke rumah Noreen ya.. Tq Noreen..