f Secubit Garam: Tragedi Stadium Sultan Mizan...

N3 Terkini

Wednesday, June 3, 2009

Tragedi Stadium Sultan Mizan...

Semalam negara atau dunia dikejutkan dgn keruntuhan bumbung Stadium Sultan Mizan, di Ganu Kiter ni. Stadium ni baru jer setahun jagung, dah pun runtuh. Dengan belanja yg cukup tinggi, akhirnya tak leh melawan kuasa tuhan. Runtuhnya satu mercu tanda yg dibangga2kan oleh pemerintah negeri Terengganu dan rakyat Terengganu sebahagiannya. Mmg dah banyak soksek2 berkaitan pembinaan dan keadaan stadium sebelum ni. Tp cam biasalah, bila dah terjadi sesuatu baru la pahat nak berbunyi kan.. Nak tau berita lebih detail tentang stadium ni sila ke sini.

Ni gambar stadium yg penuh warna warni masa pelancaran Kejohanan Kuda FEI 2008.

Ni gambar terbaru, lewat petang semalam setelah runtuhan bumbung tu berlaku.


Ni dr posisi berlainan, yg memaparkan runtuhan tu. Gambar dr arah tepi stadium. Dalam berita dipaparkan arah depan jer, jd yg nampak hanya dr luar stadium. Dr posisi ni boleh nampak dgn jelas bumbung yg runtuh.

Hari ni sepatutnya berlangsung sukan antara IPTA seluruh M'sia. Kalau la terjadinya runtuhan ni ketika berlangsungnya sukan tu, masyaallah, banyak mana la nyawa yg terkorban dan yg tercedera. Maha suci Allah yg telah memelihara dan melindungi nyawa manusia yg tak berdosa. Alhamdulillah.. segala pujian milik Mu jua ya Rahman ya Rahim..

2 comments:

  1. mudah-mudahan kiter semua sentiasa di lindungi yang maha esa kan..
    ...........

    ReplyDelete