f Secubit Garam: Daging Merah 3 Rasa

N3 Terkini

Tuesday, June 23, 2009

Daging Merah 3 Rasa

Menu hari ni, daging merah tiga rasa resipi asal oleh Footscray MyR. Komen?? Sedaaaaaaap, dgn rasa tomyam, masam2 dan pedas.. Tp K.Nor edit skit kaedah memasak, K.Nor rebus dulu daging tu, supaya cepat empuk dan tambah sedikit lg paste tomyam utk lg kick rasa dia..
ermm kena letak la resipi kat sini, kalau myr demam lg senang skit nak jdkan panduan..

Daging Merah Tiga Rasa resipi asal oleh footscray

1/2kg daging dipotong kiub ~ K.Nor potong nipis lawan urat
3 btg serai ~ diblend halus
1/2 in lengkuas ~ diblend halus
2 helai daun limau purut ~ diracik halus
2 sudu besar tomyam paste yg pedas ~ k.nor guna 2 pack maggi tomyam paste
1 sudu besar gula
garam

minyak
1 biji bawang besar ~ dipotong bulat
1 biji cili merah ~ dipotong serong
1 biji cili hijau ~ dipotong serong

Rebus daging yg dah dipotong hingga empuk. Simpan air rebusan daging.
Panaskan minyak dan tumis paste tomyam hingga wangi dan masukkan bahan yg diblend.
Kacau goreng hingga sehingga pecah minyak dan masukkan daging berserta air rebusan dan daun limau purut.
Masukkan garam dan gula.
Masaklah hingga hampir kering dan masukkan cili2 dan bawang besar yg dah dipotong.
Angkat dan hidangkan dgn nasi panas.. sedap!!

# kalau paste tomyam yg digunakan tidak pedas, tambahkan cili padi masa blend serai dan lengkuas.

5 comments:

  1. Sedap tu Nor...kumpul siap2 resepi untuk bulan puasa memang sesuai sgt yang rasa cam ni....betul tak!

    ReplyDelete
  2. wah akak...sedap nih....kombinasi rasa yg ummmphhh

    ReplyDelete
  3. watie.. betul3..

    aisyah.. mmg ummmphhh!

    ReplyDelete
  4. Adoii Kak Nor..sedapnye daging tiga rasa nie...nak rasa terus je.. boleh tak? hehehe

    ReplyDelete
  5. ijan.. boleh2.. silakan :)

    ReplyDelete