f Secubit Garam: Phad Ka-prow Pla Tu-na

N3 Terkini

Tuesday, June 16, 2009

Phad Ka-prow Pla Tu-na

Jom kita belajar bahasa Siam.. :)

Terbelit ya lidah nak sebut.. ok kita alihbahasakan dlm bahasa yg lebih mudah. Maknanya Tuna Pedas Goreng dgn Kemangi. Salah satu lg resipi dr buku masakan Thai yg dulu2 tu.. Lauk yg simple, mudah disediakan dan menyelerakan bila dimakan dgn nasi panas2..

Tuna Pedas Goreng dgn Kemangi

1 tin tuna ~ ditoskan
3 ulas bawang putih ~ ditumbuk/cincang
2 bj cili merah ~ ditumbuk
1 cawan daun kemangi
2 sudu besar minyak sayuran
2 sudu besar kicap
1 sudu besar sos tiram
1 sudu teh gula
3 bj cili padi hijau ~ dipotong serong
2 sudu besar sos ikan ~ yg ni K.Nor tambah
limau nipis ~ yg ni pun K.Nor tambah

Panaskan minyak dan tumis bawang putih serta cili merah hingga wangi.
Masukkan tuna dan kacau goreng.
Masukkan kicap, sos tiram, sos ikan, gula, cili padi potong dan daun kemangi.
Goreng sekejap dan letakkan dlm pinggan.
Perahkan sedikit jus limau nipis keatasnya dan bolehlah dihidangkan.

2 comments:

  1. Salam Nor....Nor daun kemangi tu rupa dia macam mana?? nak buat ni...sebab tuna dah ada...kalau tak letak daun tu....jadi tuna pedas goreng je kan???or...Tuna pedas goreng dengan daun kari...What do you say????

    ReplyDelete
  2. w'salam watie.. kemangi ni anak beranak daun selasih.. ada yg panggil thai basil kalau tak silap. kalau tak ada rasanya boleh guna daun pudina, mungkin daun kari pun boleh gak.. cuba la dulu

    ReplyDelete