f Secubit Garam: Eskrim... Sapo Nak Makan Eskrim.. Jom.....

Monday, June 22, 2009

Eskrim... Sapo Nak Makan Eskrim.. Jom.....

Salam... N3 terakhir utk hari ni..

Tau tak apa perisa eskrim ni, bukan stoberi ya. Cuba tengok kaler dia yg cun melecun tu.. tak campur pewarna sedikit pun. Original colour tu tau. Ni atas permintaan Luqman yg dah jd peminat dragon fruit atau buah naga. Hari tu pernah dia mintak K.Nor buatkan eskrim dgn buah naga, jd ni la hasilnya. Alhamdulillah.. menjadi dan sedap lak tu.. angkat bakul nih.. hehe

K.Nor mengolah eskrim buah naga ni dr resipi eskrim CMGebu, iaitu Ais Krim Kacang Merah. Memang K.Nor suka dgn resipi ni dan selalu mengolah dgn menggunakan bahan lain spt durian dan jagung. Bahan2nya senang dan menjadi lak tu bila dibuat. Che Mat, mintak izin nak copy resipi eskrim tu kat sini ya..

Aiskrim Buah Naga/Dragon Fruit

270gm tepung krimer ( spt. coffemate)
500ml fresh milk
120gm gula castor
300gm buah naga

  1. Blend buah naga bersama sebahagian fresh milk.
  2. Campurkan kesemua bahan dgn balloon wisk hingga sebati.
  3. Sejukkan dlm freezer hingga 3/4 beku.
  4. Keluarkan dan pukul dgn mixer dgn kelajuan tinggi hingga kembang dan gebu lebih kurang 10 ~ 15 minit.
  5. Masukkan dlm bekas dan simpan dlm freezer sekali lg sehingga aiskrim beku.
  6. Bila dah beku boleh la dihidangkan.
  7. Selamat mencuba.
* untuk mendapatkan hasil aiskrim yg betul2 halus dan cantik serta gebu, boleh la diulang sekali lg proses no 3 dan 4
* kalau ada icecream maker, boleh la ikut step cam arahan icecream maker tu.
  • biarkan icecream maker tu bermalam dlm freezer selama 24jam
  • keluarkan dan masukkan sebahagian jer dr adunan aiskrim (lebih kurang 1/2 bekas icecream maker tu.. sbb nanti adunan akan naik )
  • disebabkan adunan ni banyak kena la repeat lg proses mengadun dgn iceream maker, sbb kapasiti icecream maker ni kecik jer kan..