f Secubit Garam: Mengambil Anak2 Kat Survival Camp, Hulu Langat

N3 Terkini

Wednesday, June 10, 2009

Mengambil Anak2 Kat Survival Camp, Hulu Langat

Kali ni kita layan gambar2 kat Survival Camp yg K.Nor hantar Naim dan Aisyah minggu lepas. Camp ni bertempat di Sg. Chongkak, Hulu Langat, Selangor. Menurut Ust Ahmadi, tuan punya Survival Camp ni, seramai 113 org pelajar yg telah mengikuti kem pd kali ni.

Pada hari Sabtu tu, diadakan satu sesi ceramah utk parents sebelum sesi mengambil anak2 pulang. Bermula pd pukul 9.00pg hingga pukul 12.00tgh. Bagus tau ceramah ni, cukup bermanafaat dan memberi kesan positif. Si penceramah tu kalau tak silap namanya Ustaz Hanafi bin Abd Malek. Ust Hanafi ni yg terlibat secara langsung membawa keluar/pulang Sufiah (gadis genius yg femes dulu tu) dr terus terjebak dlm maksiat di UK .

Ust Ahmadi Hj Din sedang memberi sedikit ucapan sebelum sesi menyerahkan anak2 kepada pangkuan ibubapa

Dari kejauhan.. kepiluan terbayang di wajah anak dara..

Suasana yg amat mengharukan, bila nama anak2 disebut dan dipanggil pula
ibubapa utk keluar ketengah ruangan.
Anak2 mula meminta ampun dan maaf atas segala kesilapan yg pernah dilakukan..

Tak dapat la nak tengok adegan K.Nor dan hb bersama anak2, sbb tak ada sapa yg nak tolong amik gambar dgn kamera kita org masa tu.. Kena tunggu CD yg kita tempah dr pihak pengurusan sampai la nampaknya.

Alhamdulillah.. setelah 2 hari keluar dr kem tu, dah nampak kesan2 perubahan pd diri anak2 terutamanya Naim (Aisyah mmg tak banyak wat perangai sebelum ni tp K.Nor hantar gak sekali dia bersama Naim, senang hantar 2 org sekali gus, kan..) Mudah2an dia akan terus berubah kearah kebaikan dan menjadi anak yg soleh dan beriman serta bertaqwa. dan mudah2an dia dpt mengekalkan 30 juz Al-Quran yg telah dia hafaz hingga ke akhir hayatnya.. amin...
Begitu juga buat anak2 K.Nor yg lain, Along, Aisyah dan Luqman, semoga menjadi anak2 yg soleh dan solehah, bertaqwa dan menjadi hambanya yg beruntung dan memperolehi kebahagian di dunia dah akhirat.. amiin....

6 comments:

  1. sejuk hati kan bila anak2 berubah ke arah kebaikan.. mudah2an anak sy pun dapat khatam 30juz cm anak akak..nanti

    ReplyDelete
  2. saya dan suami pun suka dengan aktiviti2 anak2 macam ni.kami pun ada cadangan bila sampai usia yang sepatutnya kami nak hantar anak2 ke kem motivasi macam ni.skrg ni terlalu banyak
    dugaan.risau dan takut klu anak2 terjebak secara sedar mahu pun tidak, secara sengaja mahu pun tidak sengaja.

    tahniah utk naim...semoga doa dan harapan utk nya terus kekal...

    ReplyDelete
  3. zai.. pasangkan niat yg baik utk anak2.. mudah2an Allah makbulkan satu masa nanti. mmg dia dah menjadi hafiz tak sampai 3 tahun menghafal, bukan senang nak menghafaz tp lagi payah nak mengikat/mengekalkan hafazan kerana ia/al quran agak liar kalau tak diikat dgn baik dlm dada

    fiza.. tunggu anak2 masuk sek men dulu.. kalau kecik2 sgt penerimaan dia org kurang skit. dan nak mengekalkan tu pun sukar sbb masih kecik lg. alhamdulillah.. tq.. amiin...

    ReplyDelete
  4. salam kak nor... saya pemerhati dari jauh jer... salam kenal ekk..
    memang sejuk perut ibu bila baca yg anak2 nor ade yg hafaz 30 juzuk alquran... boleh jadi panduan cara didikan kak nor dan suami kepada anak2. tabik sungguh ni..

    ReplyDelete
  5. mama nazhan.. alhamdulillah semua atas izin dan kehendak Allah jua.. tiada daya kita, hambaNYA ni kan.. salam kenal2 jugak dr k.nor.. tq kerana sudi berkunjung.. :)

    ReplyDelete
  6. salam... kak e nak hantar BABY gi kem tu TAPI dia tak mahu... iskhhx3 geram betul...

    * Insyaallah kalau ada cuti sekolah bulan Ogos ni, nak cuba hantar lah...

    ReplyDelete