f Secubit Garam: Jalan2 ke KL 31.05.09

Tuesday, June 2, 2009

Jalan2 ke KL 31.05.09

Ok, jom layan gambar2 semasa berada kat KL selama 2 hari ni..

Ni gambar2 kita org lunch kat restoran saudara baru, omar ke apa namanya, terletak di Taman Melawati.. Nak kata sedap sgt tak la jugak. Masing2 order nasi goreng jer, sbb nak order nasi ayam tak ada lak hari tu.. Nasi goreng dia lebih kurang jer taste antara satu sama lain, padahal, masing2 order nasi goreng yg berlainan.. Banyak lak tu, sampai tak habis makan pun..




Dan ni la penyebab utama K.Nor ke KL. Untuk memasukkan anak2, Naim dan Aisyah ke Survival Camp di Sg. Chongkak, Hulu Selangor. Camp ni selama seminggu, bermakna minggu depan K.Nor akan ke KL lagi utk mengambil dia org nih.. eh bukan minggu depan, hari Jumaat ni la.. Pergi pun 3 hari jer, insyaallah hari Ahad K.Nor balik semula.



Masz, ni spesel posing utk Masz ya.. senyum... jgn tak senyum... hehehe

Gambar2 kat atas ni, bertempat di camp tu, jauh nuuuuunnnnnnnn di pendalaman.. Punya laa jauh nak sampai.. Tempat tu cantik gak, tapi K.Nor dan Cik Abe rasa, Air Terjun Sekayu kat Ganu ni jauh lebih cantik.. hehe ampun ya org Selangor :)



Yang ni pulak, masa BF kat Hotel Vistana. Lepas BF, kita org ronda2 cuci mata jap kat Sogo, pastu bertolak balik ke Ganu.. Tak shopping pong, so tak ada la ole2 utk adik2 ya... jangan marah.. :D