f Secubit Garam: the making
Showing posts with label the making. Show all posts
Showing posts with label the making. Show all posts

Wednesday, February 6, 2013

ROTI BUNGA BERINTI KACANG MERAH & the making..

ASSALAMUALAIKUM..

Lama tak buat adegan 'the making ... ' kan.. Bila kerajinan datang dgn mood yg meninggi, baru la rajin buat the making atau step by step ni.. Tambah lg bila mood cameraman pun elok , boleh la bodek mintak dia shoot step by step tu.. hehe 

Kali ni K.Nor nak kongsikan cara2 membentuk ROTI BUNGA BERINTI KACANG MERAH yg masih menggunakan resipi roti kegemaran K.Nor BASIC DOUGH. Tapi kaedah membentuk tu, idea dtgnya dr satu page di fb, iaitu page BUKU RESEPI. Banyak info, tip dan idea yg boleh kita dpt dr page ni.. mmg bermanafaat... Sila la selongkar album gambar kat page tu dan lihat sendiri kelebihan yg terdapat di situ. Mekasih pd admin BUKU RESEPI yg sentiasa post pelbagai info dan ilmu yg berguna di page tu.. Kalau nak order buku masakan pun boleh, mmg dia menjual secara online.. (promote baekkk punya nih.. hehehe.. )
huhu.. roti ku terireng.. 

Idea membentuk Roti Bunga Berinti Kacang Merah ni dtgnya dr SINI, tp K.Nor tak ikut spt dlm gambar tu, yg menggunakan inti cincangan kekacang sbg intinya. Sebaliknya K.Nor guna inti kacang merah sbb my Che Abe penggemar roti berintikan kacang merah..

Ok jom layan the making of ROTI BUNGA BERINTI KACANG MERAH (K.Nor gunakan separuh dr doh yg dihasilkan menggunakan resipi BASIC DOUGH dibawah).  Semoga memberi semangat pd yg nak mencuba bila lihat pd gambar2 step by step ni..  Selamat mencuba :)

Click to enlarge

BASIC DOUGH 
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
380gm tepung high protein (tpg roti)
3 sudu besar susu tepung
80gm gula castor
3 sudu kecil yis segera
1 bj telur A ~ dikocok sket dgn garfu
100ml air
100gm water roux*
1/2 sudu kecil garam
30gm butter
30gm shortening

Cara:
Masukkan bahan air, telur dan water roux ke dalam bread maker (BM) dan lepas tu masukkan bahan2 kering spt tepung dan susu tepung.
Letakkan gula dan yis di satu penjuru manakala garam di penjuru yg lain.
Tekan suis on pd BM dan setkan pd mode dough.
Tekan start dan biarkan ia menguli utk seketika.
Bila dah membentuk sebiji doh boleh la dimasukkan butter dan shortening.
Biarkan sehingga proses menguli selesai.
Biarkan ia naik hingga 2x ganda atau BM berbunyi menandakan proses sudah tamat.
Boleh la dibentukkan doh td mengikut citarasa anda.

#kalau nak doh yg lebih lembut dan gebu boleh la diulang proses menguli tu sekali lagi.


WATER ROUX*  : (menggunakan kaedah 1:5 .. 1 utk tepung, 5 utk air.. )
30gm tepung gandum
150ml air

Masukkan dlm kuali/pan dan panaskan dgn api sederhana.
Hendaklah sentiasa dikacau supaya tak berketul.
Kacau hingga pekat dan padamkan api ( dlm 2 minit jer)
Bila sejuk masukkan dlm bekas bertutup dan simpan dlm peti ais sehingga nak digunakan.
Keluarkan dr peti ais, biarkan hingga pd suhu bilik baru lah digunakan.


Sunday, August 7, 2011

ROTI LAPIS DAGING BERKEJU & The Making

ASSALAMUALAIKUM...


ROTI LAPIS DAGING BERKEJU
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan :
Utk Inti:
300gm daging ayam cincang @4 keping daging burger ayam (dihancurkan)
2 bj bawang putih ~ diketuk dan dicincang
1 labu bawang besar ~ dipotong dadu
2 sudu besar paste tomyam
1/4 cawan air
1 helai daun limau purut ~ dihiris halus
1 biji cili merah ~ dihiris halus
sedikit garam dan gula
minyak

12kpg roti
3 biji telur
200ml susu fresh
daun saderi ~ dihiris
8 kpg slice chee
cheddar cheese ~ diparut

Cara:
Utk membuat inti
Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih hingga wangi dan masukkan bawang besar.
Goreng hingga bawang layu dan masukkan paste tomyam.
Goreng hingga wangi dan masukkan air.
Goreng sekejap dan masukkan daging ayam dan goreng sambil tekan supaya daging ayam tidak berketul.
Masukkan daun limau purut dan cili merah.
Perasakan dgn garam dan gula secukup rasa (jgn terlalu banyak garam sbb biasanya paste tomyam dah masin)
Goreng hingga kering dan padamkan api.
Buangkan lebihan minyak dlm inti dan biarkan inti sejuk.

Utk membuat Roti Lapis Daging Berkeju:
Sapukan keseluruhan bekas tahan panas dgn butter (kalau guna loyang biasa, alaskan loyang dgn aluminium foil dan lebihkan sedikit bahagian tepi utk mudah nak keluarkan masa nak makan. Jgn lupa sapu keseluruhan loyang dan aluminium foil dgn butter.
Bancuh telur dgn susu fresh dlm sebuah mangkuk hingga sebati.
Celup sekeping roti ke dalam bancuhan susu td dan susun didlm loyang. Buat sehingga memenuhi ruang dalam loyang.
Tuangkan 1/2 dari inti daging tadi dan ratakan.
Tabur dgn daun saderi ke atas daging tadi.
Susun slice cheese ke atasnya.
Ulang sekali lg proses dr awal tadi dan tutup dgn 1 lagi lapisan roti yg dicelup kedalam bancuhan susu (sekiranya ada lebihan bancuhan susu boleh dicurahkan keatas roti atau dicelah2nya supaya tidak membazir.
Kemudian tabur dgn parutan cheddar cheese.
Bakar dalam oven yg dah dipanaskan pada suhu 180C lebih kurang 35 - 40 min (sehingga masak).
Keluarkan dari oven dan biarkan seketika.
Potong dan hidangkan dgn sos cili.







 SOOOOOO.. YUMMY!! ^__^

Friday, July 29, 2011

SARDINE ROLLS & The Making..

ASSALAMUALAIKUM...

Dah breakfast belum? Kalau belum meh bf dgn roti yg menjadi pojaan hati K.Nor ni. Eh semua yg lain suka gak kecuali Luqman.. Kalau si anak dara, mmg duk tunggu jer roti ni masak, mmg pebret dia gak. Roti2 yg ada letak sardin mmg kita org suka sangat, tambah lagi bila dibuat rolls gini dan dimakan panas2. Kalau menggunakan resipi BASIC DOH yg selalu K.Nor guna ni, dah sejuk pun (walau the next day) roti tetap lembut. Dengan syarat la, kena letak dlm bekas bertutup atau letak dlm plastik bag supaya tak terdedah pada udara. Roti mana2 pun kalau letak secara open air pun akan kering dan keras kan.


Meh layan sedikit gambar The Making yg sempat di shoot semalam.





Twin Sardine Rolls

Yg ni K.Nor letak 2 gulungan yg hujung2 tu dlm 1 papercup sbb yg hujung biasanya kecik sket. Kalau letak 1 jer rasanya tak sesuai sbb cup tu agak besar. Bila makan yg ni seketul pun dah sendat perut.. hehe

INTI SARDIN

Bahan: 
1tin sardin (saiz besar) ~ k.nor guna brand Pertima/Agromas
2 ulas bawang putih ~ diketuk & dicincang
2 biji bawang besar ~ dihiris
2 biji ubi kentang  ~ dipotong dadu kecil
3 biji cili merah ~ dipotong dadu/kecil2
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
garam & gula secukup rasa
1 sudu besar jus limau nipis/kasturi
sedikit minyak

Cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga wangi dan masukkan bawang besar.
Goreng hingga bawang menjadi layu dan kekuningan dan masukkan sos dlm tin sardin.
Kacau seketika dan masukkan ubi kentang.
Sementara itu keluakan isi ikan sardin dan lenyek hingga hancur.
Masukkan sedikit air kedalam tumisan utk memastikan ubi kentang td masak.
Masukkan isi ikan, serbuk lada hitam, garam dan gula secukup rasa.
Masak hingga ubi kentang masak dan inti menjadi sedikit kering
Masukkan jus limau nipis dan kacau rata dan padamkan api.
Biarkan sejuk dan bolehlah digunakan.

*Lebihan inti yg digunakan hendaklah dimasukkan dlm bekas bertutup dan simpan dlm freezer. Ini boleh memudahkan kerja bila nak gunakan di lain waktu.
** Inti sardin ni boleh digunakan sebagai inti karipap, Baked Sandwich, sebagai inti dadar berlauk, cara berlauk, pendekkata mmg boleh digunakan dlm mcm2 kuih lain, terpulang pd kreativiti masing2 ya..



Wednesday, July 20, 2011

Cream Horn Rolls ~ The Making ...

ASSALAMUALAIKUM..

Maaflah ya, kalau ikutkan mmg niat nak letak The Making ni semalam lagi dah.. Tapi dek kepenatan, kepala yg dah berdenyut, tekak dah start perit sekaligus hidung dah mula sok sek sok sek.. terpaksa KIV dulu nak masukkan gambar2 the making ni.. Ni pun kepala rasa berdenyut sebelah jer, hidung pun tak ok, tekak pun masih perit.. huhu.. tak perlah.. ujian dr Dia gak kan..

Ok.. meh layan The Making of Creamhorn Rolls. Bila duk pilih gambar nak edit, rupanya ada tertinggal sedikit step, iaitu part menggulung dan susunatur dalam loyang lepas proses menggulung. Maaf sgt.. termiss part tu.. Harap2 dpt fahamlah kaedah menggulung tu camna. Sebolehnya jgn ditarik doh masa menggulung, nanti doh menjadi cam berurat, tak gelembung. Bila berurat tu rolls kita jd tak cantik sket la.. leper jer.. So cuba jgn tarik, gulung mould horn tu sambil doh terikut gulung, membelit horn.

Gentel doh lebih kurang 3x ganda panjang horn

Start melilit doh pd horn (jarakkan lebih kurang 1" dr hujung yg tajam)

Lilit doh pd horn dgn cara memusingkan horn (JANGAN belit sambil menarik doh tu, nanti doh jd leper dan tak gelembung) Kalau nak membeli doh pd horn, belit cara berhati2 tanpa menarik doh ya.. Kemudian kemaskan hujung biar, bercantum dgn doh ditepinya supaya tak terbukak bila dlm proses doh mengembang tau masa proses membakar. *BAKAR SEKALI DGN HORN YA.. Tak perlu sapu apa2 pd horn tu, insyaallah selepas keluarkan dr oven, biarkan dlm 1 - 2 minit, tarik jer horn dr roti yg dah siap dibakar.. insyaallah mudah jer keluar. Kalau melekat pun sket2 jer.. tak perlu sapu apa2 spt tepung atau butter pd horn.

*gambar yg K.Nor miss utk shoot
Letakkan bahagian hujung doh yg dibelit tu bahagian bawah horn supaya doh tu nanti tidak terbuka atau terlucut dr gulungan/horn. Pastu letak atas tray yg dialaskan baking paper dgn keadaan hujung doh td duk bahagian bawah. Ni utk memastikan supaya doh tu nanti tak terlucut atau tercabut dr gulungan. (harap faham dgn penjelasan ni, nak explain pun payah gak sebenarnya ni.. hehe)

Rolls yg dah siap dibakar (cuba tengok roll yg dibahagian atas kiri tu, hujung tu terbukak sket kan.. tu masa doh dlm proses mengembang, ia terlucut dr gulungan bila tak letak dgn betul atau tak kemaskan dgn betul. Doh akan bergerak masa dlm proses mengembang tu, jadi sila jarakkan antara satu sama lain doh yg dah siap digulung/dibelit. (ni 1st time gak tau buat horn rolls ni. tu yg tak berapa elok kejadiannya:)

Setelah roll sejuk, baru lah dipaipkan filling, cream atau sebagainya ke dalamnya dgn menggunakan piping bag utk memudahkan proses memasukkan cream. (nak letak buttercream atau whipped cream pun boleh)

Paipkan sampai ke hujung

Siap! Bolehlah ditaburkan manik2 gula, choc rice atau apa aje yg disukai..


Sunday, December 12, 2010

Sosej Puff II ~ The Making..

N3 menunaikan hajat Mamazieza dan K.Erna yg nak tengok the making of Sosej Puff II yg K.Nor post smlm. Sori la ya Ma dan K.Erna, lambat sket post. Kebizian melanda yg ntah apa2 dicampur dgn perubahan "musim" hehe...


Ok, jom layan the making ni ya.. harap2 Mama dan K.Erna atau yg lain2 faham kaedah nak buat Sosej Puff II ni. Kaedah ni boleh digunapakai utk Roti Sosej gak yg pernah tayang dulu. Klik kat SINI ya..

 Canai sket puff dan letakkan sosej (yg dah direbus dan ditoskan).
Gulung dan sapukan kuning telur kat bahagian hujung pastry puff dan gulung kemas bahagian hujung tu.
Potong spt dlm gambar (jgn sampai putus)

 Tolak ke tepi selang seli hingga habis dan kemaskan kedudukan sosej puff tu.
Letakkan atas dulang dan sapukan kuning telur atas pastry dan boleh la dibakar dlm oven 200C lebih kurang 20 - 25min.



Monday, November 22, 2010

Mari Bermain Dgn Puff Lagi.. ^___^

Masih ada stok pastry puff lagi? Apa kata kita buat versi mudah ni. Insyaallah anak2 suka ni. Eh.. bukan anak2 jer, mak bapak pun suka. Sambil layan tv atau sambil BW pun boleh.. hehe The making ni spesel utk Izah yg bertanyakan cara nak buat Chocolate Filling Puff aritu. Sambil tu K.Nor buat satu versi lain, versi roll. Sila tengok kat bawah ya.. :)

chocolate filling puff 2

puf 1 puf 2 puf 3
puf 4 puf 5 puf 6



choc roll puff
versi roll siput :)

puf 7 puf 8 puf 9
puf 10 puf 11 puf 12


Tengok gambar2 aje rasanya dah boleh faham kan Izah, tak perlu la terang satu per satu ya.. :)