f Secubit Garam: puff
Showing posts with label puff. Show all posts
Showing posts with label puff. Show all posts

Saturday, June 11, 2011

Sosej Puff

ASSALAMUALAIKUM..

Dah pukul 11 lebih ya... Haishhh.. akhirnya berpeluang jugak hapdet entri hari ni. Ni pun sambil2 menjeling ke final game Piala FA antara Terengganu dgn Kelantan. Baru selesai berprojek sebenarnya ni.. Utk malam ni tak leh nak tayang lg hasil projek tu, insyaallah ptg esok K.Nor tayang ya..


Dah lama tak buat Sosej Puff. Kebetulan petang tadi perut masing2 berbunyi, nak godek2 rasa tak larat sbb ngantuk sungguh bila makan ubat. Sebenarnya smlm ke klinik, anak dara pulak yg demam, selsema dan batuk. Dah la esok dah nak start sekolah kan, bawak la dia ke klinik. K.Nor pun amik kesempatan mintak ubat sekali la.. Bila doc tau yg dah seminggu selsema dan batuk, dia terus bagi antibiotik. Ubat selsema ni pulak bila dimakan punya la mengantuk, tak leh nak celik mata. Ni pun dah terasa kuyu tapi bila pasukan Terengganu dpt menyumbat gol, terus segar! hehehe...


Bila dah petang baru terasa ok sket, tengok dlm freezer ada Sosej Puff ni duk membeku dlm tu. Baru teringat yg K.Nor dah siap gulung sosej tu. Cuma tunggu dibakar jer. Tapi kena defrost dulu, kena biarkan puff tu dlm keadaan suhu bilik atau lembut dulu baru bakar. Bila dah ready gulung dan frozenkan gini, tak makan masa dah kan.. Kejap jer dah boleh makan.. Alhamdulillah...

UPDATED :

Pasukan Terengganu memenangi Piala FA, menewaskan pasukan Kelantan.. Alhamdulillah.. TAHNIAH buat semua pemain Terengganu yg hebat2 dan jugak pemain Kelantan (walau sentiasa ada insiden yg tak diingini berlaku ya.. tak abis2 dgn mercun dan cahaya laser) Semoga terus hebat dan mantop permainan semua..


Thursday, February 17, 2011

Crab Stick Puff

Assalamualaikum...

Akhir2 ni mood nak mengupdate agak kureng sket ler. Ntah ke mana terbangnya en. mood itu. Sebab tu, sampai terlupa nak post entry puff ni padahal dah buat smlm lagi dah.. ehhh.. 2 malam lepas. Buat malam tu utk breakfast pg esoknya (pagi semalam) Jadi tak yah nak ngendeng la ya.. semua dah selamat 'diproses' ^___^


Kali ni puff kurang fluffy sebab pastry puff ni yg re use. Maksud K.Nor, ni lebihan/perca (hehe cam kain la pulak!) pastry puff yg dibuat projek lain. Tak la membazir bila ada lebihan kulit puff ni, kita uli dan canai semula. Cuma hasilnya tak la se cun puff yg kita guna utk mula2 tu. Tu sebab tak nak fluffy puff kali ni. Tak kisah lah, masuk mulut dan pastu masuk perut, lumat gak kan :)


K.Nor guna crab stick dan sosej ayam sbg fillingnya. Mudah kerja, cuma gulung dan kelar2 jer. Bentuk simple jer nih. Pastu layan dgn sos cili dan jalapeno cheese utk rasa yg lebih mengancam! :)


Thursday, February 10, 2011

Puff Kacang Merah

Lama tak mengepuf. Kebetulan masa ke Giant baru2 ni terpandang stok pastry puff yg baru masuk (sebelum ni dah lama kehabisan stok kat tong beku tu) terus rembat 2 paket. Senang sket bila dah ada stok pastry puff dlm freezer, time rajin boleh la menggodeknya kan..


Kali ni buat lagi yg berinti kacang merah ( mmg ada stok inti kacang merah dlm freezer sbb plan nak buat pau tak kesampaian lg tuh.. kurang rajin sungguh nak mengepau ) Pastu buat gak sket sosej puff. Yg sosej puff tak posing la sbb sama jer dgn n3 sebelum ni. Kali ni buat puff cantik jer lapis2 tu sbb K.Nor upkan lagi suhu oven. Sebelum ni K.Nor guna 190C tp kali ni K.Nor guna suhu 200C. Hasilnya puff nampak lebih fluffy dan lebih cantik. Tapi kalau guna oven yg ada kipas tentunya lagi cantik lapisan puff ni spt yg pernah Hana hasilkan dulu tu..



Saturday, January 8, 2011

Puff Lagi..

3 hari lepas Along kata dia geram tengok K.Nor tayang bermacam2 versi Puff sebelum ni. Faham2 aje la maksud tu kan, nak merasa la tu.. Jadi petang smlm si emak merajinkan diri menggodek puff yg kebetulan masih ada 2 paket dlm freezer. Kebetulan jugak inti sardin masih ada baki sket lagi dan masa duk selongkar freezer tu, ada jumpa inti kacang hitam. Teringat yg baru2 ni K.Anim pun buat puff berintikan kacang hitam. Nak try la jugak buat puff letak inti kacang hitam. Pastu keluarkan sosej 6 batang dan rebus. Ni utk buat Sosej Puff. K.Nor kalau buat puff sama cam buat roti, suka pelbagaikan hasil dan bentuk. 

Jom la tengok hasil bermain dgn puff pastry ptg smlm. Layan gambar aje ya.. semua dah selamat masuk sistem pencernaan ^_____^

 Puff Kacang Hitam

 Puff Sardin

Juga Puff Sardin


Opsss.. lupa nak snap Sosej Puff.. K.Nor buat bentuk biasa jer, gulung dan kelar2 bahagian atas tu. Alhamdulillah.. Along mmg suka makan puff2 yg K.Nor hasilkan ni. Seronok tengok dia makan lepas satu, satu puff yg masih panas2 tu.. :)


Saturday, December 11, 2010

Sosej Puff II


Menu petang ni setelah tak ada n3 di sebelah pagi, Sosej Roll. Layan gambar aje la ya sbb tuan rumah ketandusan idea nak mengomel. Tak per kan ^________^


Thursday, December 9, 2010

Flower Puff



Yer Flower Puff bukan Powerpuff Girls ...  Tu citer kartun kan kalau PPG.. Yg K.Nor tayang ni benda yg boleh dimakan hehe. Hari tu tengok Mek Jepun tayang Apple Puff dia yg cun melecun tu.. wahhh manyak cantik lorr.. Berkenan sungguh! Memang kreatif. K.Nor pun cuba la buat gak cuma takat 4 ketul ni jer hah! Makan masa sungguh nak siapkan satu2 tu. Last2 buat 4 ketul jer, pastu yg lain2 buat bodo2. Takper la 4 ketul pun jadi la sbb nak cari pengalaman buat flower puff ni. Hasilnya tak la secantik yg Hana punya sbb oven ku tarak kipas. Mmg elok sgt guna oven yg ada kipas baru fluffy jer puff tu nanti. Dlm 4 ketul Flower Puff tu, dua jer yg elok sket fluffy tp tersilap aim la pulak masa shooting. Tak perasan gi aim yg kurang fluffy. Time nak edit dan resize gambar baru la perasan. yg fluffy tu duk kat belakang. Takper la.. nampak gak sikit part yg fluffy tu kan.. heeeeeeeeee..


K.Nor letak inti sardin sbb males nak buat ini epal. Tp kan, mmg syok layan yg kecik2 gini, sekali ngap jer seketul ni. Kalau sapa2 nak tengok step by step buat Flower Puff ni, boleh tengok kat rumah HANA dan rumah CHE MAT. Kata Hana idea asal dr Sedenak nun. (Takziah buat seluruh keluarga Che Mat, semoga roh arwah abg beliau dicucuri rahmat dan dihimpunkan bersama golongan yg beriman dan beramal soleh... amin..)


Yg ni lebihan pastry puff dr Flower Puff tu. Takkan nak buang kan, sayang! Memang boleh guna smula. Uli2 biar sebati sket dan canai nipis dan boleh la guna semula. Tak la membazir kan... :)


Monday, November 22, 2010

Mari Bermain Dgn Puff Lagi.. ^___^

Masih ada stok pastry puff lagi? Apa kata kita buat versi mudah ni. Insyaallah anak2 suka ni. Eh.. bukan anak2 jer, mak bapak pun suka. Sambil layan tv atau sambil BW pun boleh.. hehe The making ni spesel utk Izah yg bertanyakan cara nak buat Chocolate Filling Puff aritu. Sambil tu K.Nor buat satu versi lain, versi roll. Sila tengok kat bawah ya.. :)

chocolate filling puff 2

puf 1 puf 2 puf 3
puf 4 puf 5 puf 6



choc roll puff
versi roll siput :)

puf 7 puf 8 puf 9
puf 10 puf 11 puf 12


Tengok gambar2 aje rasanya dah boleh faham kan Izah, tak perlu la terang satu per satu ya.. :)



Monday, November 15, 2010

Sardine Puff

Edisi ke3 puff.. Sardine Puff yg turut berada dlm list puff yg nak dibuat. Sampai gak hajat nak buat Sardin Puff ni. Bergelora jiwa tengok Sardine Puff kat rumah  Che Mat hari tu tapi masa tu tak jumpa lg puff kat Giant. Kaedah membentuk puff ni K.Nor ceduk kat rumah Che Mat dan yg satu lg tu, reka2 sendiri la.. Tak pasti la pernah tengok atau tidak kat mana2 blog lain sebelum ni yg buat stail gitu. Kalau ada mekasih sbb berkongsi idea..

Inti bg Sardine Puff ni K.Nor tak guna yg resipi Che Mat tp K.Nor guna resipi inti sardin yg kat resipi Dadar Lauk Samarinda. Memang suka dgn rasa inti sardin tu, manyak syedap! Dan K.Nor buat inti ni pun tak guna tin kecik tp sebaliknya guna 1 tin besar! Senang buat banyak2 sekali gus, balance tu simpan jer dlm freezer. Bila nak guna defrost kejap pastu teruskan la dgn projek kan...  sonang kan :) Ni pun dah ada plan nak buat projek lain dgn inti sardin tu.. agak2 apa ya.. hehehe

so nice!! :)

Friday, November 12, 2010

Bermain dgn Pastry Puff lagi..

Mesti ada yg tertunggu2 n3 berkait dgn pastry puff kan. Yer la sementara angin rajin tengah ada ni baik digodek2 kan. Kita buat eskperiman lg dgn puff ni. Kali ni buat yg simple aje. Insyaallah anak2 suka ni sbb adanya coklat dlm tu. Tambah lg bila dah fluffy tu, mesti la rangup jer. Thanks Ina dah bg tip camna nak bakar puff ni utk bg lebih fluffy.


Resipi yg K.Nor buat ni berdasarkan pd resipi Chocolate Filling Puff yg diambil kat MyR. Resipi oleh Amirah80. K.Nor tak pasti jenis puff yg dia guna sbb dia kata 1 roll pastry puff. Pastry puff Kawan lak sekeping kecik jer kan. Tapi K.Nor canai, gak sket sapukan chocolate spread atas tu dan potong. Lepas tu gulung dan letakkan atas dulang. Tak tabur pun dgn gula sebaliknya K.Nor sapu dgn kuning telur. 


Yg ni K.Nor stail layer. Lepas dicanai, potong pastry puff tu kepada 6. Sapu 3 bahagian saja dgn chocolate spread. Ambil bahagian yg tak disapu dan letakkan atas puff yg disapu coklat td tu. Angkat dan letakkan atas dulang, sapu dgn telur kuning dan baru la dibakar hingga masak. Syok ngap pastry puff cam gini. Rangup dan sedap! Selamat mencuba..


CHOCOLATE FILLING PUFF by Amyrah80 MyR

1 roll ready made pastry puff
lepa coklat/ nutela
gula icing untuk ditabur
Cara-cara

Bentangkan pastry roll dan rol sehingga nipis lebih kurang 0.5 cm
sapukan nutela ke atas pastry tersebut rata-rata
gulung memanjang hingga ke hujung dan potong rol tersebut dgn pajang 5 cm
bakar di dalam oven 15 minit sehingga perang dgn suhu gas mark 7
setelah masak ayak gula icing dan hidangkan..
SELAMAT MENCUBA...

Thursday, November 11, 2010

Sosej Puff

Salam di pagi Khamis..

Tak sangka rupanya ramai gak yg meroyan nak dptkan pastry puff Kawan tu ya, ingatkan K.Nor sorang jer.. hehe... Dan mekasih banyak2 bg mereka yg sama2 kongsi kegembiraan dgn K.Nor. Tak sangka, ingatkan benda remeh temeh gitu tak dpt sambutan rupanya hebat sekali.. Betul2 diluar jangkaan K.Nor.. Tq.. tq... love u all :)

Awal pagi td Yatie dah tayang Sardine Puff dia.. ermmmm yg tu pun sebenarnya dah ada dlm list nak buat. One by one la kan.. Banyak lg plan nak buat dgn pastry puff ni, tak per.. sabar.... sabar.. Agak2 nak kena rembat lg tak puff tu wat stok? haha...


Ni la hasil pertama bermain2 dgn benda idaman hati nih. Geram jer bila tengok Yani tayang kat rumah dia tu. Masa drive balik dr Giant smlm, ni la resipi pertama yg bakal dicuba. Kiranya resipi wajib cuba la ni. Alhamdulillah.. puas hati dpt buat ni. Semua suka, yg paling best bila tengok Luqman makan dgn berselera. Boleh la buat lagi dan lagi lepas ni tp kena buat filling yg dia suka jer la spt letak sosej cam gini.


Resipi Sosej Puff ni hasil tangan Yani. Sapa2 nak resipi boleh la gi tengok kat rumah dia di Deco Choco. Bukan tak nak kopipes kat sini tp sbb instruction dia tu bersekali dgn gambar jd tak leh nak kopipes la. Mudah aje.. Tengok aje gambar yg Yani tunjuk tu, insyaallah boleh buat. Tq Yani, akhirnya K.Nor dpt gak buat Sosej Puff yg duk idam2kan selama ni. :)


Yg ni hasil kurang memberangsang sket. Puff tu tak sempat nak fluffy kes nak cepat masak. Cik Abg dah nak ke surau masa tu. Tak per.. belajar dr pengalaman... tak leh bukak api kuat2 biar masak dgn slow & steady jer.. hehe


updated : dah dpt penjelasan dr org di sana, nun di Jepong. Puff ni perlu dibakar dlm suhu yg tinggi lebih kurang 190 - 200C (bakar lebih kurang 20min). Kena pastikan oven dah betul2 panas baru masukkan puff yg dah siap dibentuk. Ini utk menghasilkan puff yg fluffy. Tq Ina.. :)