f Secubit Garam: ROTI BUNGA BERINTI KACANG MERAH & the making..

N3 Terkini

Wednesday, February 6, 2013

ROTI BUNGA BERINTI KACANG MERAH & the making..

ASSALAMUALAIKUM..

Lama tak buat adegan 'the making ... ' kan.. Bila kerajinan datang dgn mood yg meninggi, baru la rajin buat the making atau step by step ni.. Tambah lg bila mood cameraman pun elok , boleh la bodek mintak dia shoot step by step tu.. hehe 

Kali ni K.Nor nak kongsikan cara2 membentuk ROTI BUNGA BERINTI KACANG MERAH yg masih menggunakan resipi roti kegemaran K.Nor BASIC DOUGH. Tapi kaedah membentuk tu, idea dtgnya dr satu page di fb, iaitu page BUKU RESEPI. Banyak info, tip dan idea yg boleh kita dpt dr page ni.. mmg bermanafaat... Sila la selongkar album gambar kat page tu dan lihat sendiri kelebihan yg terdapat di situ. Mekasih pd admin BUKU RESEPI yg sentiasa post pelbagai info dan ilmu yg berguna di page tu.. Kalau nak order buku masakan pun boleh, mmg dia menjual secara online.. (promote baekkk punya nih.. hehehe.. )
huhu.. roti ku terireng.. 

Idea membentuk Roti Bunga Berinti Kacang Merah ni dtgnya dr SINI, tp K.Nor tak ikut spt dlm gambar tu, yg menggunakan inti cincangan kekacang sbg intinya. Sebaliknya K.Nor guna inti kacang merah sbb my Che Abe penggemar roti berintikan kacang merah..

Ok jom layan the making of ROTI BUNGA BERINTI KACANG MERAH (K.Nor gunakan separuh dr doh yg dihasilkan menggunakan resipi BASIC DOUGH dibawah).  Semoga memberi semangat pd yg nak mencuba bila lihat pd gambar2 step by step ni..  Selamat mencuba :)

Click to enlarge

BASIC DOUGH 
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
380gm tepung high protein (tpg roti)
3 sudu besar susu tepung
80gm gula castor
3 sudu kecil yis segera
1 bj telur A ~ dikocok sket dgn garfu
100ml air
100gm water roux*
1/2 sudu kecil garam
30gm butter
30gm shortening

Cara:
Masukkan bahan air, telur dan water roux ke dalam bread maker (BM) dan lepas tu masukkan bahan2 kering spt tepung dan susu tepung.
Letakkan gula dan yis di satu penjuru manakala garam di penjuru yg lain.
Tekan suis on pd BM dan setkan pd mode dough.
Tekan start dan biarkan ia menguli utk seketika.
Bila dah membentuk sebiji doh boleh la dimasukkan butter dan shortening.
Biarkan sehingga proses menguli selesai.
Biarkan ia naik hingga 2x ganda atau BM berbunyi menandakan proses sudah tamat.
Boleh la dibentukkan doh td mengikut citarasa anda.

#kalau nak doh yg lebih lembut dan gebu boleh la diulang proses menguli tu sekali lagi.


WATER ROUX*  : (menggunakan kaedah 1:5 .. 1 utk tepung, 5 utk air.. )
30gm tepung gandum
150ml air

Masukkan dlm kuali/pan dan panaskan dgn api sederhana.
Hendaklah sentiasa dikacau supaya tak berketul.
Kacau hingga pekat dan padamkan api ( dlm 2 minit jer)
Bila sejuk masukkan dlm bekas bertutup dan simpan dlm peti ais sehingga nak digunakan.
Keluarkan dr peti ais, biarkan hingga pd suhu bilik baru lah digunakan.


27 comments:

  1. wahhh.. best best! tq utk the making of tu...

    ReplyDelete
  2. Salaam Nor...

    Nampak Nor buat roti, berlari mama datang sini. Dah lama gak tak buat roti dan dah lama gak tak on laptop! Makanya... dah lama la juga tak update blog. Apalaaaa nak jadi dengan mama ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam ma..

      uishh tercungap2 berlari ya ma..bukan ke ma terbang dgn penyapu ajaib hehe

      mama ni pantang nor post entri roti kan.. hehe.. lorr kesian BM tu dingin dia ma, blog pun dingin gak tu.. dah.. gi panaskan balik :)

      Delete
  3. Nor, cantiklah macam bunga. PH belum berani lagi buat roti. Ini pun baru je eksperimen buat cookies. Manalah tahu ada perkembangan pada tahun ni boleh lah cuba-cuba main dengan dough roti :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. not so perfect la PH.. kelopaknya tu tak berapa cun dan terlama sket dlm oven dah jd ireng2 gitu :)

      try la main2 dgn doh roti lak.. nanti bila dah jadi.. mmg syok meroti tau.. mcm buat kek chiffon gak.. jd berhantu kalau dah pandai meroti.. asyik nak meroti jer.. sbb kita boleh shape dia macam2.. hasilnya tu yg buat kita excited :)

      Delete
  4. assalam
    Bestnya roti bunga kacang merah ni..yum2..
    suka makan tapi malas betul nak meroti sbb xde bread maker

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam.. tak semestinya tak ada BM tak leh meroti.. k.nor dulu selalu buat roti walau tanpa BM. bila cik abe tengok kerajinan meroti tu, dia hadiahkan BM utk k.nor.. tp ikhlas k.nor cakap, roti yg kita uli byhand lagi sedap dr by BM.. tp doh kena betul2 lembut dan gebu la..

      nak uli by hand ni tak susah.. cuma kena tau tekniknya aje.. insyaallah tak melenguhkan tangan.. :)

      Delete
  5. fuyoooo. comelnya roti tu, thnx Kak Nor share cara buat roti tu..

    ReplyDelete
  6. Salam. LUpa dah macamana nak bentuk roti. berkurun tak buat. terimakasih ni macam refresh balik skill.. salam ukhuwah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam juga dr k.nor..

      alhamdulillah.. kalau apa yg k.nor post ni boleh memberi manafaat buat yg lain :)

      Delete
  7. Assalam Nor,
    wah..mood meroti sudah lama hilang entah kemana..kucari bawah katil tak ada..dalam storeroom pun tak ada juga...kalau nak buat tunggu time betul2 tak ada kerja dan time anak2 tak payah kena pekik suruh buat homework..hehehe....cantik nor roti tu..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam..

      wahhh ibu ayu dtg ler.. lama menyepi buk hehe

      kemana la mood tu menghilang ayu? tertinggal kat jepun ke? hehe

      Delete
  8. Replies
    1. alaa yati, k.nor dpt ilham dr org lain gak :)

      Delete
  9. besnye kak nor roti tu..gebu dan cantik kejadian nye

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg best zila.. tambah lak cik abe k.nor mmg suka roti kacang merah :)

      Delete
  10. Assalamualaikum Kak Ummi Cayang...
    rindu serindu rindunyaa....
    Meroti pulak dia....sedapnya...bila nak ajar Lin bab2 meroti ni pulak...hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam.. lin, salah masuk rumah ke ni? hehe

      Delete
  11. memang bahagia kalau tengok roti menjadi!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah.. gitu la kira2nya nencik .. tp yg lebih membahagiakan bila anak2 makan dgn berselera :)

      Delete
  12. sedapnye....jom g blog kite http://vitaminuntuksihatcantik.blogspot.com/

    ReplyDelete
  13. Gigih selongkar dapur k.nor cr roti bumga

    ReplyDelete