f Secubit Garam: GULAI LEMAK JANTUNG PISANG & KERANG

N3 Terkini

Wednesday, February 27, 2013

GULAI LEMAK JANTUNG PISANG & KERANG

ASSALAMUALAIKUM...

Sesi menghabiskan jantung pisang pemberian jiran tempohari. Masakan ni dah dibuat minggu lepas tp hari ni baru berkesempatan dimasukkan ke blog atas sebab2 yg tak dapat dielakkan.. fuh.. skima ayat.. :)


Mekasih pd AlongRoz yg berkongsi resipi Gulai Lemak Jantung Pisang & Kerang. Mulanya plan nak buat masak lemak cili api dgn jantung pisang ke3 aritu tu.. Tapi teringat yg Along ada post resipi ni dua hari sebelumnya. Bila tengok resipi, semua bahan2 ada (kecuali santan ler), jadi K.Nor terasa nak menerai resipi Along ni. Alhamdulillah.. memang sedap masakan kampung gini. Pekena dgn ikan kering, ulam dan tak ketinggalan sambal belacan.. perghhhh.. syok abis... :)


Along, izinkan Nor kopipes resipi tu kat sini lak ya.. Tq :)


GULAI LEMAK JANTUNG PISANG & KERANG
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
1 biji Jantung Pisang - di rebus separuh masak & di hiris
3 bj Bwg Merah*
Cili Padi* (*ditumbuk)
1 st Serbuk Kunyit
1/2 cwn Kerang
1/2 periuk Santan
1 btg Serai - ketuk
1 helai Daun Kunyit
1 keping Asam Keping
Garam

Cara2:
1. Masukkan kesemua bahan ke dlm periuk & kacau sehingga mendidih & jantung masak sepenuh nya.
2. Hidangkan dgn nasi putih dan lauk sampingan yg lain.


17 comments:

  1. Dah lama tak makan gulai jantung pisang ni... berselera pulak saya tengok kak nor... tayangan yg menggoda I U ... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg sgt2 nak menggoda org lain dgn masakan sedap ni yatie hehe

      Delete
  2. Salam kak nor...skima ayat baik punya...:-D
    Pehhh klu dpt mkn menu gini sskli skla mau bertambah nasi...ngencessss...

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam.. tu la.. lepas taip baru perasan.. skima abis heheh

      Delete
  3. ni compom tak cukup sepinggan..kikikiki

    ReplyDelete
  4. sesekali pekena lauk2 kmpung cmni mmg best kan kak nor..nak2 time hujan cmni...

    ReplyDelete
  5. ingatkan jantung pisang ni buat ulam jer..upanya boleh masak lemak...nanti leh cuba..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba cari kat label jantung pisang.. dah ada pelbagai resipi dari jantung pisang yg k.nor dah cuba buat .. try la :)

      Delete
  6. Nor, masakan macam ni amat menyelerakan. Nasi dua pinggan boleh beres! Ish..tengah berdiet cakap macam tu pulak hee..hee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhaa.. tutup jer blog, jgn blogwalking.. baru leh slim balik.. hehe

      Delete
  7. Replies
    1. iyerrrrrrrrrrrrrrrr mmg sedap nih :)

      Delete
  8. Assalam Nor, jantung pisang kita bila ada blog baru pandai makan kalau dulu2..ada aku kisah..hehe..sedap jantung pisang buat masak lemak ni..goreng pedas pun sedap juga, cicah air asam pun sedap, kerabu pun sedap..eh macam2 boleh buat dgn jantung pisangkan..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam..

      sama la ayu.. rasanya baru sebulan dua ni nor pandai makan jantung pisang tau.. kesian kan.. haha

      satu lg tu yg sedap ayu, cicah budu hehehee

      Delete
  9. sedap nya,,,dah lama tak makan gulai jantung pisang,,jd kepingin,, tp susah nak dapag jantung pisang kat singapura,,

    ReplyDelete