f Secubit Garam: MASAK LEMAK JANTUNG PISANG

N3 Terkini

Tuesday, February 19, 2013

MASAK LEMAK JANTUNG PISANG

ASSALAMUALAIKUM...

Baru perasan dah 3 entri berturut duk tayang kek jer kan.. Selalunya K.Nor lebih suka tayang menu yg berbeza. Kalau hari ni menu lauk pauk, esok menu dessert, pastu selang dgn snack atau roti.. gitu la.. memang lebih suka main selang2 menu gitu, nampak lah ada kepelbagaian sket. Tapi nak buat camana, dah post kan.. sesekaliiiiiiii jer kut.. :)

Kita balik ke menu hari ni.. Menu kampung yg dimasak semalam ni mmg mabeles sungguh. Kiranya complete set ler, siap dgn pelakon2 tambahan yg membangkit selera. Dah lama benor tak makan sambal belacan tp bila pekena menu gini, ku lupakan jururawat yg bakal dtg melawat. Garu hidung pun garu la, tak kisah dah.. Sedap punya pasal.. 



Dua hari lepas dapat lg 3 biji jantung pisang, pemberian jiran baik hati. Sehari sebelum tu dia datang dgn isterinya K.Nor sempat tanya, ada lg tak jantung pisang? Pa Ngah tu mmg ada kebun pisang, dia dan isterinya tak makan jantung pisang.. angin katanya. Dia ckp, ada.. nanti bawak lagi.. Kombang hati den dengar hehee... Keesokkannya dtg ler Pak Ngah ni bawak 3 bj jantung pisang yg baru potong kat pokok. Alhamdulillah.. rezeki kan.. Terus K.Nor sms org Kuantan, sbb aritu dia pesan suruh 'lontar' jantung pisang kalau dpt lagi.. Kita tanya dia, nak sebiji ke dua, dia jawab 3! Mau ketiga2 sekali tu, tamak betul makcik ni! .... haaa.. nanti ku lontarkan.. hehe.. Ni la untungnya duk kampung kan.. dpt pulak jiran baik hati.. Alhamdulillah.. Org berbudi kita berbahasa kan.. :)

Dalam kepala dan plan nak buat masak lemak dgn jantung pisang ni,  kebetulan pulak Sheila letak link entri MASAK LEMAK JANTUNG PISANG, dari blog HanaMemories. Terus K.Nor ke dapur Hana dan kopipes resipi tu. Males dah nak reka2 resipi lain.. copycat yg dia dah.. senang kerja. Alhamdulillah.. mmg sedap jantung pisang dimasak lemak gini, kena pulak dgn adanya gandingan yg mantop.. Tak toleh kiri kanan dah masa ngap.. Mekasih Sheila dan mek Hana resipinya ya.. dpt tak jantung pisang akak lontar semalam, ke tersesat tang kelain lak hehe

Tak seberapa nampak pelakon2 tambahan tu..
Ada ikan selayang goreng, ikan kering/masin goreng, sambal belacan dan tak lupa ulam kacang botol dan ulam raja
Pastu ada Ayam Masak Kicap Pedas utk Along & Naim ^__^
MASAK LEMAK JANTUNG PISANG
resipi : hanamemories.blogspot.com
sumber: K.Nor@SecubitGaram

Bahan2 :
1 biji jantung pisang
*3 biji bawang merah
*2 ulas bawang putih
*sejemput ikan bilis kopek
*10-15 biji cili padi - bergantung kepedasan masing2
1 kotak santan KARA
2 kotak air biasa (guna kotak santan )
garam dan perisa@gula secukup rasa

Cara-cara
Rebus jantung pisang dengan sedikit garam hingga lembut. (Cucuk dengan garfu utk pastikan jantung pisang sudah lembut ). Toskan dan perah kemudian hiris-hiris. Ketepikan.
Tumbuk bahan *. Satukan ke dalam periuk bahan tumbuk, santan dan juga air.Kacau supaya santan tidak pecah.
Masukkan jantung pisang, garam dan perisa@gula secukup rasa.
Didihkan. Hidangkan dengan nasi putih hangat dan lauk sampingan.

12 comments:

  1. Assalamualaikum Kak Nor..Sedap gak klu ada sambal belacan dan ikan selar kuning goreng...

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam nenie.. mmg ada sambal belacan tp k.nor goreng ikan selayang.. ikan yg segar, dr jeti chendering.. mmg fresh sungguh! best :)

      Delete
  2. Assalamualaikum kak Nor...mmg sdp, nak pulak lawan sama sambal belacan/budu..ada pulak ikan masin/pekasam mmg menyegat....cantik jantung pisang bahagian dlm tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam sheila.. bestkan menu jantung pisang ni.. menu yg serupa tapi tak sama kita smlm kan.. hehe

      Delete
  3. sedapnya kak...lama tak makan jantung pisang ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu k.nor tak pandai/pernah makan masakan jantung pisang.. skrg sejak duk kg ni, terasa rugi pulak sbb tak makan dr dulu2.. sedap sungguh nak2 bila dibuat kerabu.. :)

      Delete
  4. PH selalu ketawa bila baca N3 Nor. Very the lucu lah! Bila lah orang nak lontar jantung pisang kat rumah PH. Takde chance langsung!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok.. give me yr add.. nanti bila pak ngah tu bg lagi, nor lontar kat rumah PH lak.. tp kalau duk rumah tingkat2.. rasanya tak sampai dapur u kut.. takut tersesat masuk dapur rumah lain.. hehehe

      Delete
  5. eeeeeeeeeeeeee nyampah!!! huh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. muahahhahahaah... masuk gak makcik kuantan ni ya.. dpt tak jantung yg akak lontar tu? kena kepala dania tak? hehehe

      Delete
  6. Nak tanya jantung pisang apa2 pun boleh guna ker? atau lain pisang lain rasa jantung nyer? aduh..malu ler bertanya ni, selalu makan tapi tak biasa masak sendiri

    ReplyDelete
  7. Sedapnyeee...malam ni masak jantung pisang la

    ReplyDelete