f Secubit Garam: DAGING MASAK MERAH ala gerai

N3 Terkini

Friday, March 1, 2013

DAGING MASAK MERAH ala gerai

ASSALAMULAIKUM...

Resipi dr perkongsian Mas Duniaku kat wall fbnya minggu lepas kut.. Terlintas nak menerai resipi Mas ni, masa duk fikir2 nak masak apa dgn daging yg duk bertapa dlm esbok. Alhamdulillah.. sedap tp mcm kebiasaan ler.. ada sket sesi menderhaka kat resipi asal. Jgn marah ya Mas.. Saja gatal tangan nak tambah itu ini.. :)


Mekasih Mas, sudi berkongsi resipi ni. K.Nor ambil kat fb Mas ni, so K.Nor tak letak link la ya.. Nanti kalau Mas dah update kat blog, insyaallah K.Nor letak balik.. :)


DAGING MASAK MERAH ala gerai
resipi : Mas@Duniaku

Bahan2:
daging lembut - hiris nipis2
(kalo nk merah, rebus dgn pewarna merah, bukan sirap ros ya)
1 sudu besar cili mesin ~ yg ni k.nor tambah
Bahan Hiris:
bwg besar - belah 4
bwg putih - cincang @ ketuk
halia - hiris
cili api / cili merah

Bahan Sos:
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
sedikit kiub ikan bilis ~ k.nor gantikan dgn 1 sudu besar sos ikan
sedikit air ~ k.nor guna air rebusan daging

Cara:
Panaskan minyak, masukkan bahan2 hiris sampai naik bau, (masukkan cili mesin, goreng hingga pecah minyak) dan masukkan daging, kacau sebentar dan masukkan semua sos.
Kemudian masukkan sedikit air, biarkan sebentar dan letakkan sedikit kiub ikan bilis, biar mendidih jap dan nampak pekat.. bolehlah diangkat.

*perasakan dgn garam dan gula mengikut citarasa masing2..


14 comments:

  1. Assalamualaikum Kak Nor,
    Terima kasih kak. Insya'Allah.. mcm nak cuba buat utk dinner mlm ni la pulak.

    P/s;
    Ambik feel konon mkn kat kedai tomyam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam shamsiah..

      sama2 kaseh.. slmt mencuba :)

      kalau ada telur dadar dgn tomyam mmg ngam la kan :)

      Delete
  2. Assalammualaikum kak

    gulp,laparnya,belum lunch lagi ;(

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam pia comel..

      pukul 5 ptg tak lunch lg? bz ek.. kena makan tu, kang perut masuk angin :)

      Delete
  3. Salam kak nor..nnti nk menerai jgk lah..hb sury suka lauk ni..:-D

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam sury... cuba jgn tak cuba :)

      Delete
  4. Sedap ni! Ala ala sweet and sour.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yep .. betul tu tp ada pedas2 sket :)

      Delete
  5. assalam kak nor...
    sorry kak lewat komen..huhuhuhu
    sibuk bebenar la kan...
    TQ yerk sudi mencuba...
    mas baru jerk update kat blog..he3

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam mas.. takper.. mekasih sudi kongsi resipi ni ya.. :)

      Delete
  6. Kak nor.. Thanx resepi ni.. Dah try da utk dinner td.. Mmg sedap.. Nyum..nyum..

    ReplyDelete