f Secubit Garam: HATI PALEMBANG

N3 Terkini

Wednesday, March 20, 2013

HATI PALEMBANG

ASSALAMUALAIKUM...

Merata2 skrg ni nampak ada virus menu DAGING PALEMBANG. Pertama kali nampak Amie yg buat, pastu mula merebak di sana sinun.. Ada juga yg buat versi ayam dan K.Nor pun tak nak ketinggalan buat menu yg sangat menggoda nih.. Tapi K.Nor tak nak buat dengan daging ataupun ayam, K.Nor guna hati lembu. Sudah agak lama tak makan hati lembu, kebetulan duk mencari resipi hati yg sesuai utk dijadikan lauk pengantin masa makan beradap.. 


Masakan ni lebih kurang mcm Masak Kicap Berempah gak, cuma kelainanya ada dimasukkan santan/kerisek (K.Nor letak kerisek) dan K.Nor tambah sedikit susu cair. Apapun mmg sedap.. Mekasih kepada pemilik resipi Maria Hakim, juga ke pada Amie yg panjangkan resipi ni dan tak lupa pada Madiha@Ratna yg mana K.Nor copy resipi ni dr dapur beliau.. Izinkan K.Nor share resipi tu kat sini lak ya.. 


DAGING (HATI) PALEMBANG
sumber : AmieMadiha
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan:
700 gram daging - potong lebar dan nipis
2 batang serai - dititik
500ml santan pekat - (boleh gantikan dengan kerisik) ~ MaDiHaA tak gunakan santan tapi masukkan kerisik homemade anggaran 3 sudu besar
1 cawan kicap lemak manis Cap Kipas Udang (Habhals)
minyak
(MaDiHaA tambah 1/2 batang carrot & sebiji bawang besar yang dibelah 6)

Bahan kisar:
1 labu bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
3 cm lengkuas
15 biji cili kering

Rempah penumis:
3 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

Cara:
1. Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan kisar, bahan penumis bersama serai sehingga pecah minyak.
2. Masukkan daging dan gaul sebati. Tutup kuali dan masak dengan api sederhana sehingga keluar air daging dan biarkan seketika.
3. Masukkan kicap dan diikuti dengan santan. Biarkan masak hingga daging mula empuk.
4. Kacau sekali-sekala sehingga masak dan kuah menjadi pekat.

P/S: Menurut Kak Maria Hakem, jika tidak mahu masukkan santan, dan rajin buat kerisik, eloklah masukkan kerisik.

* K.Nor gantikan santan dgn 1/4 cawan susu cair dan 2 sudu besar kerisik
K.Nor hanya guna 1/2 cawan kicap 


13 comments:

  1. Salam kak Nor, mmg terbaek kan resepi ni...kuah dia makan cam tu aje pun sedap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam.. mmg sedap .. kuah dia mmg best :)

      Delete
  2. Palembang ni sudah merebak ke hati pulak ni Nor hahaa mesti kena try jugak sedap oooo hati kan,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. virus palembang ni mmg hebat k.noor :)

      Delete
  3. PH pun nampak ramai yang berPalembang baru-baru ni. PH pun rasa teruja nak try jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom try PH, pekena dgn nasi panas2 mmg best :)

      Delete
  4. hati palembang...
    memang menyelerakannn

    ReplyDelete
  5. Kak Nor.... tak terfikir nak masak hati Palembang! Baru teringat dalam peti sejuk tu entah berapa lama ada hati lembu! Memang sedapkan resepi Kak Maria Hakem ni... nanti Amie nak try masak hati pulak! Terima kasih banyak bago idea...

    ReplyDelete
    Replies
    1. k.nor mmg suka buat lain dr org lain.. hehe.. tp mmg sedap la buat dgn hati ni amie.. jutaan mekasih buat amie dan maria hakim tu ya.. :)

      Delete
  6. luv the tomato...terserlah ke-freshness dia!

    ReplyDelete
  7. Assalam Nor,
    dah ramai juga yang mencuba lauk ni kita tengok..kita nak tanya ni..lauk ni manis tak Nor..sebab kita tengok kicap manis 1 cawan tu...
    tanya kat mas hari tu ..dia tak jawap ler pulak...:(

    psst..terimakasih..dah selamat..petang tadi..:)
    my turn just wait ok....:)

    ReplyDelete
  8. salam syg kak nor,
    alahaiii kak nor sedapnya..nampak pekat.nampak mmg sedap..dah ramai yg cuba kan..nnt zila nk try plk..

    ReplyDelete