f Secubit Garam: CISTAT Ooooooo CISTAT...

N3 Terkini

Monday, March 18, 2013

CISTAT Ooooooo CISTAT...

ASSALAMUALAIKUM...

ALHAMDULILAH... akhirnya termakbul gak hajat nak buat cistat... punya la berzaman duk peram hajat, peram resipi tokey cistat ni. Beli acuan pun dan berzamang kirong org Tganu kata.. Sib baik tak hilang jer acuan hehehe.. Sebelum ni K.Nor dah buat FRUIT TART, dek tempahan yg diterima. Agaknya kalau si penempah tu tak menempah FT, entah bila la boleh menerai. Maklum ler.. nak buat tart2 ni, memerlukan kerajinan yg tahap melampau. Punya la banyak step nak buat kan. Memang la tak susah mana (terutamanya bg yg dah expert buat mcm Ita tu hehe) cuma bila nak memulakan tu, mmg mood melayang2 sungguh. Tapi bila dah buat, wahhh manyak syok woo... Sampaikan keesokkan harinya K.Nor buat satu adunan lg, saja standby shellnya tu siap2 tunggu anak dara balik bercuti hujung minggu utk buat cistat.. 


Alhamdulillah, hari Sabtu baru2 ni sempat ler K.Nor buat cistat ni. Anak dara apa lagi, keseronokkan sgt ler dpt makan cistat dan bawak balik ke asrama gak tu. Hari tu masa K.Nor buatkan Fruit Tart utk dia masa balik2 rumah, bukan main lg dia duk ngap. Memang dia pun penggemar tart2 nih.. Si emak pun gemar gak cuma tang nak membuat tu jer.. yg kurang gemar.. Makan sapa tak gemar kan.. hehehe


Gini lah rupa cistat org yg pertama kali belajar buat. Lorekan pun tak berapa nak menjadi dan kemas tu.. Tangan masih tak konsisten melorek.. Mudah2an lepas ni akan lebih baik lg.. Mekasih Ita, atas tunjuk ajar yg diberikan. Mekasih gak pd geng2 sekutu rapat kat Ladypower.. luv u all ^__^


Sapa2 yg nak mencuba, silakan.. Guna resipi tokey cistat dr Johor ni, yg sedikit pun tak kehekut ilmunya. Semoga ilmu dan kebekatan sentiasa bertambah buat dirinya dan juga yg baik2 hati menolong K.Nor tempohari..

TART CRUST/SHELL 
resipi : Azita
sumber : K.Nor

Bahan-bahan :

170gm marjerin
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara :
Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
Bakar pada suhu 170oC sehingga masak.
Nota :
Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.


CREAM CHEESE FILLING 

Bahan-bahan :
250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

Cara-cara :
Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
Masukkan filling ke dalam kulit tat.
Tuang cream cheese ke atasnya. Bakar selama 5 minit pada suhu 170oC. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.
Filling :
Blueberry, strawberry, kiwi, oren, dll.


Credit gambo buat AZITA (amik dgn izin ni ya...  tq so much dear )

Cara-cara ( rujuk gambar ) :
Tart crust yang sedia untuk dibakar.
Tart crust yang telah siap dibakar dan disusun ke dalam loyang untuk proses seterusnya.
Isikan filling ke dasar crust. Lebih banyak filling..lebih sedap!
Picitkan adunan cream cheese filling ke atas filling tadi.
Untuk melorek, ambil sedikit adunan cream cheese dan titikkan dengan beberapa titik pewarna.
Kacau rata2 hingga mendapat warna yang diinginkan.
Dengan menggunakan pencungkil gigi, buat garis kecil2 di bahagian tepi.
Bilangan garis2 kecil tersebut mengikut citarasa sendiri (lebih banyak lebih cantik...)
Kemudian dengan menggunakan bahagian yang tajam, tarik daripada atas ke bawah untuk mendapatkan bentuk tersebut.
Bakar selama 5 minit. Siap!!!


Tips untuk dapatkan cistat yang gebu dan montok(mengikut pengalaman saya...) juga dr Azita :

Jangan simpan cream cheese di tempat sejukbeku (frozen).
Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
Isi adunan cream cheese ke dalam piping bag untuk memudahkan proses mengisi adunan ke dalam crust.
Picitkan adunan hingga penuh...hingga sampai ke bahagian sisi crust.


32 comments:

  1. ya Allah... bilalah sy nak dapat seru buat cistat ni kak nor.... sy pun dah berzaman simpan hajat nak buat.. tp sampai le ni tak terbuat2 lagi.. mmg sgt ohsem.... tp bak kata kak nor.. nak buat ni mmg kena ada kerajinan yg melampau...
    kesian kat acuan tat sy dah lama tertapa... gamaknya dah beranak pinak dlm gerobok tu.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu.. ramai jugak rupanya yg duk peram acuan dlm gobok kan.. heheh.. kena buat ratna.. k.nor dah tiup virus nih.. jom buat.. mula2 jer rasa remeh.. tp bila dah buat, ralit la pulak hehe

      Delete
  2. assalamualaikum kak nor..
    amboiii cistat montok2 belaka... geram tengok... dah lama tak cuba wat cistat.. nak try panggil mood gak untuk buat lepas ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam nani, hehe tak la montok sgt.. nak kena improve lg tu.. meh la mengetat, shok jer hehe

      Delete
  3. Assalammualaikum akak syg

    gojers nya cis tart dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam pia comel.. alaa.. k.nor pestaim baru buat ni pia.. jauh sgt lg dari gojes tu :)

      Delete
  4. Banyak sedap wooo....bole pos ke sabah ka?..hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yer la tu.. dia dah tokey nak yg k.nor lak.. hehe

      Delete
  5. alahai Nor nampak nya hari ni menu kita sama lah cistat ni mmg budak2 kat sini pun bukan main suka lagi tengok cistat makan cistat cuma mama nya kadang2 kurang rajin sikit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la k.noor kan.. tp k.nor buat lg cun.. nor buat ni pun sbb anak dara ada balik, kalau tak mmg tak buat :)

      Delete
  6. fullamak...cun nye cistat kak nor... sedap tuuuu

    ReplyDelete
  7. Wah kak nor..saje nk kasi ct makin tkeliur ni....lani pantang tgk org post tart..terus berair mulut ni..mitak sepinggan dgn akak je lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pinggan jer boleh bg.. sbb dah abes :)

      Delete
  8. Ya allah..teruja sgt nk mencuba.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom cuba, ikut resipi, ikut step dia betul2.. insyaallah menjadi :)

      Delete
  9. ohohoiiiiiiiiiiiiiiii.............................nak 10 ketul..poslaju paling laju k

    ReplyDelete
    Replies
    1. bgtau pos laju apa yg paling laju.. hehehe

      Delete
  10. uhhhhhh sgt jeles kak nor...dahla comeyyy zila suka makan jugak...

    ReplyDelete
  11. alololo cantik comei cistart akak tu...
    seronok kan buat cheese tart...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaa pestaim buat ni mas, mana la boleh lawan tokey cistat mcm mas kan.. :)

      Delete
  12. lamanya dah tak buat cistat.. pg ni kawan opis bawak tart coklat letak kacang atas tu sedappnya...

    ReplyDelete
  13. salam kak nor

    lama dok buka kotok komen, cistat punyee pasal rase nak komen gok ^_^

    seeedaappnyeee...

    ReplyDelete
  14. Sebelum ni ade makang cup cake naim bwk g sekolah mtaq pc . Sokmo kalau naim nk g sekolah pesan kt dia suruh bwk. Hehe,, best2=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo nik ni kawan naim la ya.. mmg dia selalu suruh makcik buat kek/cupcake bila dia nak balik ke asrama.. jd nik la yg selalu pesan kat dia ya :)

      Delete