ASSALAMUALAIKUM...
Bila tengok Dayang post kek ni kat fb, punya la tergoda. Nak buat tp sapa yg nak perabiskan. Yg ada kat rumah cuma 3 beranak. Nak tak nak kena tunggu anak2 balik (esp. si anak dara, kalau dia balik pasti dia suka kek gini dan dia akan bawak balik ke asrama, so si emak tak la pulun banyak2 sgt... dah bambam sgt dah ni.. tak leh nak ngap kek bercheese ni banyak2.. kena berhemah sket nak makan tu hehehe) tambah lagi masa Dayang post tu, tak ada stok cream cheese dlm esbok. Baru jer digunakan utk buat kek lain.
Bila dah beli cheese, K.Nor study ler resipi. ermmmm.... guna 500gm rupanya.. haishhh beli cheese seketul jer (250gm) .. Duk pikir lg, banyaknyer lemak2 tepu yg bakal ku ternak nanti. Yg sedia ada ni dah la liat nak cair (sejak duk kampung ni, dah tak briskwalking lagi dah.. sedih betul :( So K.Nor plan nak ejjas@derhaka sket kat resipi. Nak buat dgn seketul jer cheese tu, so buat 1 layer jer dah la part cheese tu.. Tak per la, tak sama dgn resipi asal pun. Lagipun, 250gm cheese tu dah ok rasanya.
Akhirnya, terhasil lah KEK COKLAT KEJU KUKUS, versi derhaka sket ya Dayang. Jgn marah ya.. Kek ni tetap sedap meskipun buat 1 lapis jer part cheese tu. Kalau buat 2 lapis, lagi lerrrrrrrr teramat sedap. So terpulang pd citarasa masing2 ya, nak buat versi asal maupun versi edit mcm yg K.Nor buat ni ... Mekasih Dayang, izinkan K.Nor berkongsi resipi satu dari versi kek lapis Sarawak ni kat blog K.Nor utk perkongsian bersama yg lain2 ya.. ^__^
KEK COKLAT KEJU KUKUS
resepi : DayangJack
sumber : K.Nor@SecubitGaram
Bahan-bahan : loyang 8x8x3
Lapisan Coklat :
170g tepung serbaguna/tepung gandum (diayak)
170g mentega / salted butter (pada suhu bilik) - DJ menggunakan mentega jenama Farmcows
3 biji telur gred B
220g gula kastor
45 g serbuk koko - dibancuh dengan 150ml air suam
1 sudu kecil esen vanilla
Lapisan Keju : ~ k.nor buat 1/2 dr adunan ni
600g krim keju (pada suhu bilik)
2 biji telur
120g gula kastor
1 sudu kecil jus lemon/jus oren/esen vanilla
4 sudu makan tepung gandum
Cara membuat :
Lapisan Coklat :
Putar mentega bersama gula hingga kembang dan berkrim dengan kelajuan maksima. Kemudian masukkan telur satu demi satu sambil diputar dengan kelajuan perlahan.
Masukkan pula esen vanilla dan putar lagi.
Masukkan bancuhan koko tadi dan putar lagi hingga rata.
Akhir sekali masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau rata dengan spatula. Setelah itu, putar dengan pengadun selama 20 saat sahaja. Ketepikan.
Lapisan Keju :
Putar krim keju hingga hancur. Kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit sambil diputar hingga berkrim.
Masukkan telur satu demi satu. Putar lagi hingga rata.
Masukkan jus lemon/jus oren atau esen vanilla. Putar lagi.
Akhir sekali masukkan tepung. Putar hingga sebati.
Cara mengukus :
Pastikan air kukusan panas dengan api perlahan. Sediakan loyang dan sapukan dengan mentega.
Adunan coklat dan adunan keju hendaklah dibahagi dua bahagian sama rata. Mula-mula tuangkan lapisan coklat ke dalam loyang dan kukus selama lebih kurang 20 minit. (penutup loyang hendaklah dibalut dengan tuala bersih supaya air kukusan tidak menitik ke dalam loyang). Loyang tidak perlu ditutup dengan kertas foil atau plastik.
Kemudian tuangkan pula adunan keju dan ratakan. Kukus lagi selama 20 minit.
Setelah itu, masukkan pula adunan coklat. Ulangi proses hingga habis kesemuanya. Seterusnya boleh juga ditambahkan lagi masa mengukus selama 10-15 minit.
Setelah masak, tutupkan api. Biarkan kek sejuk sebelum dikeluarkan dari loyang.
Putar krim keju hingga hancur. Kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit sambil diputar hingga berkrim.
Masukkan telur satu demi satu. Putar lagi hingga rata.
Masukkan jus lemon/jus oren atau esen vanilla. Putar lagi.
Akhir sekali masukkan tepung. Putar hingga sebati.
Cara mengukus :
Pastikan air kukusan panas dengan api perlahan. Sediakan loyang dan sapukan dengan mentega.
Adunan coklat dan adunan keju hendaklah dibahagi dua bahagian sama rata. Mula-mula tuangkan lapisan coklat ke dalam loyang dan kukus selama lebih kurang 20 minit. (penutup loyang hendaklah dibalut dengan tuala bersih supaya air kukusan tidak menitik ke dalam loyang). Loyang tidak perlu ditutup dengan kertas foil atau plastik.
Kemudian tuangkan pula adunan keju dan ratakan. Kukus lagi selama 20 minit.
Setelah itu, masukkan pula adunan coklat. Ulangi proses hingga habis kesemuanya. Seterusnya boleh juga ditambahkan lagi masa mengukus selama 10-15 minit.
Setelah masak, tutupkan api. Biarkan kek sejuk sebelum dikeluarkan dari loyang.
** Perlu diingatkan kek ini TIDAK menggunakan serbuk penaik atau soda bikarbonat. Harap maklum.


Mmmm... I didn't know we can steam the cheesecake. This looks so pretty and yummy!
ReplyDeleteann, this ia one kind of Sarawak layer cake as Dayang told me earlier.. Do give a try, u won't regret it :)
Deletekalau koko tu tukar dgn milo blh x??
Deletebesss nya...
ReplyDeletetenkiu bebanyakkkk ...
YW :)
Deletekak nor!!! kita nak cuba buat laah!! nak guna resepi kak nor ni yaa... waaahhh marbelesnya nampak!! =D
ReplyDeleteni resipi dayang ya kella.. mmg sedap! recommended! :)
DeleteNk cubelahhh resepi nih.....adoi menggoda org tgh poseee
ReplyDeleteowhh kalau puasa mmg la sgt2 tergoda kan saba :)
DeleteHakakkkk...Menci tau. Saja buat orang terliur...
ReplyDeletetak per.. lepas ngap, doublekan eksesais ya... hehe
DeleteNampak gebu je kek ni kak nor.....i got stok cream cheese...nak cuba...tks for sharing
ReplyDeletesilakan... mmg sedap ni GK :)
DeleteKak Nor bagi sepotong... sedap tu :D
ReplyDeletekak nor kalo buat kek rupa paras kek kak nor sgt gojes n menyelerakan!meleleh air liur tgk!hehe
ReplyDeleteBest nye chocolate cheesecake! PH teringin sangat tapi oooppp!!!! stop! stop! Diet dulu, jangan tergoda!
ReplyDeletesedapnya!!! bile la sampai seru nak membaking kek nih.. tapi memang ku tergoda dengan kek nih.. thanks kak nor sharing ya..
ReplyDeleteHi I'm Ana from Fooduel.com. It is a site in which users vote recipes
ReplyDeletefrom 1 to 10.
There is a ranking of the best recipes and a profile with your voted recipes. Each recipe has a link to the blog which belongs the recipe. This way you will get traffic to your blog
It's easy, fast and fun. The best Photo recipes will be here.
I invite you to enter, add your blog and upload a recipe with a nice photo.
We would love that you participate with some recipe like this.Look Amazing!
Regards
http://www.Fooduel.com
Wahhh...gurih nikmat....
ReplyDeleteKak nor, nk tnya..kalo pakai telur gred A nk buh bape bji ye? Sbb kat uma ni ade dah telur gred A..
ReplyDeletecuba letak 2 1/2 bj utk adunan kek
DeleteAssalam..k nor, krim keju tu guna jenama apa yer..
ReplyDeletew'salam.. boleh guna jenis Philadelphia Cream Cheese atau tatura
Deletemksh k nor..xsabar nak cuba..
Deletesalam kaknor... bleh ke klu letak topping atasnye.. letak ganache?
ReplyDeletew'salam.. insyaallah boleh.. tak ada masalah.. pendapat k.nor, lagi la bertambah enak tu bila ada ganache :)
Delete