f Secubit Garam: JAPANESE COTTON ROLL

N3 Terkini

Friday, March 15, 2013

JAPANESE COTTON ROLL

ASSALAMUALAIKUM...

Salam pagi Jumaat, mudah2an kita semua dlm perlindungan dan keberkatan Allah hendaknya.. aamiin.... 


Semalam, angin rajin melanda bila duk rumah sorang2 walau kepala duk berdenyut2. K.Nor buat Fruit Tart (sbb anak dara balik cuti hujung minggu), pastu sempat buat 2 jenis kek dr satu adunan kek. Sebenarnya mmg dah plan lama nak buat roll cake utk besday cik abe, tp bila tengok resipi, perlukan loyang yg agak besar. Loyang yg selalu K.Nor guna saiz 10 x 10 jer. Ada sebiji loyang cutter yg saiz 12 x 12 tp duk dlm kotak dlm stor nun. Dah selongkar sebahagian aritu tp tak jumpa jugak.. Males ler nak selongkar habis2an.. Tak pasal2 jd satu kerja mengemas lain lak.. Last2 K.Nor gunakan gak loyang yg saiz 10 x 10 tu.. K.Nor tak tuang semua adunan dlm loyang tu, takut jd tebal sgt, tak leh nak roll atau tak cun kang.. Jadi K.Nor guna love pan yg ada dua biji tu dan bakar dlm tu. Tu yg terhasilnya 2 bj kek dr satu adunan ^__^


Alhamdulillah, sedap roll cake ni.. Lembut jer, kena pulak dgn gandingan fresh cream dan stoberi dlm tu.. Memang syok.. K.Nor amik resipi ni kat dapur Rahel. Resipi asal dr Alex Goh.. Thanks Rahel ya..

 Org Ganu kata 'deko bahang rambang' hehehhee


JAPANESE COTTON ROLL
Resepi:Alex Goh
sumber : Rahel
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan Kek:
A:
80g susu segar
80g mentega

B:
85g plain flour

C:
5 biji kuning telur

D:
5 biji putih telur
110g gula
1/4 sudu teh Cream of tartar ~ k.nor gantikan dgn 1 sudu kecil jus limau kasturi

Cara membuat:
1. Alas acuan 16x10x1-inch dengan baking paper.
2. Panaskan bahan A sehingga cair (jangan mendidih).Tambahkan bahan B dan gaul rata.
Tambahkan bahan C dan gaul hingga bercampur rata.
3. Pukul putih telur dengan kecepatan tinggi sehingga berbuih.Tambahkan cream of tartar,
gula dan putar pada kelajuan sedang sehingga soft peak.
4. Ambil 1/3 meringue,masukkan ke dalam cara no 2 dan kaup balik dengan spatula hingga
rata.Tuangkan adunan kuning telur ini ke dalam baki adunan putih telur tadi.Kaup balik
hingga rata.Tuangkan adunan ke dalam acuan.
5. Bakar pada suhu 170'C di rak tengah selama 20 minit.Setelah masak segera tanggalkan
kek dari acuan dan biarkan sejuk sepenuhnya.
6. Sapukan krim dipermukaan kek diikuti dengan potongan buah strawberry.Gulung kek
dengan kemas.

# sedikit tip utk membuat roll cake (hasil dr yg k.nor study kat beberapa blog)
- selepas keluarkan dr oven, telangkupkan kek atas redai/rack.
- kemudian tanggalkan kertas baking dan biarkan seketika.
- ambil sekeping kertas baking yg lebih besar dr saiz kek dan sapu dgn butter pd permukaannya (supaya kulit kek tak melekat pd kertas masa proses menggulung nanti)
- letakkan/terbalikkan kek atas kertas tersebut (bergantung pd keadaan sekiranya ada corak pd kek, letak bahagian bercorak td pd bahagian bawah)
- gulung kek masa kek masih suam2 dan biarkan sejuk (kaedah ni dibuat supaya nanti kek akan lebih mudah digulung dan tidak patah dan juga kek lebih cantik gulungannya..)
- potong hirisan stroberi yg akan digunakan dan sediakan cream/pukul whipping cream yg akan digunakan.
- buka gulungan kek dan letakkan cream di atasnya dan ratakan (tinggalkan lebih kurang 1" dr bahagian tepi kek)
- tabur/letakkan buah stoberi td dan gulung kek td dgn kemas (lebihan kertas kemudiannya digulung utk mengemaskan gulungan).
- simpan dlm peti ais 3 - 4 jam sebelum dipotong utk menghasilkan roll kek yg cantik dan kemas.
- SELAMAT MENCUBA ^__^



20 comments:

  1. kak nor.. bahang rambang pong comey gok napok tu... hehehe..

    hirisan kek roll kak nor nampak kemas jer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. comel guaner sgt la tu ratna.. seada2nyer jer tu hehe

      nk bg hirisan kemas, kek tu kena betul2 sejuk :)

      Delete
  2. salam kak Nor,
    apa kabar akak & family?

    nampak lembut sangat ya Japanese cotton roll tu, sedap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam dee.. lama tak nampak .. kangen sama dia :)
      alhamdulillah.. semua baik2 sj.. smoga dee disana pun sihat hendaknya ya..

      mmg lembut dan mmg sedap :)

      Delete
  3. Salam kak, org utara kata seriau nak buat swiss roll ni takut tak mjadi...tapi teringin gak nak buat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehh org ganu guna gak word tu .. seriau gak :)

      cuba la try, insyaallah menjadi.. k.nor pun bukan biasa sgt buat roll cake.. tp kali ni setelah ikut tip yg k.nor baca kat blog mana ntah, hasilnya roll cake membulat jer :)

      Delete
  4. kek roll tu salah satu peberet kita gk..nk makan mesti ikut gulung2 dia tu..hihiih

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehh lebih kurang la.. k.nor pun suka gak buka gulungan time makan hehe

      Delete
  5. bestnya tengok cake roll kak nor. Hanim x berani lagi nak buat. Tak mau ambil risiko he he he he ............

    ReplyDelete
    Replies
    1. try la hanim.. insyaallah tak susah mana pun.. ikut step dia betul2..

      Delete
  6. dah lama t'ingin nak buat kek roll ni tp xder keberanian la kak.. kat umah ni ada loyang 10x10,whipping cream pun ada...mcm nak try je ni... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. k.nor pun guna yg 10 x 10 gak lia.. stand by dgn loyang lain utk letak lebihan batter tu nanti ya...

      Delete
  7. alahai kak nor menariknya cake love tu seputih salju

    ReplyDelete
  8. cantikkkkknya kek....
    suka tengokk..

    ReplyDelete
  9. Salam kak nor. sedap nyee napokk. Alahai mekaseh bag tips menggulung. saya dah tery 2 kali glung swiss roll tapi patoh je sokmo. huhu. krim tu nampak sedap je. kak nor guna nono-dairy whipping krim ke? jenama apa eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam... cuba la.. mudah2an menjadi roll cake nour aien kali ni..

      k.nor biasa guna vivo atau rich

      Delete
  10. salam kak noor..gebunya tekstur kek roll tu..kemas je..yg pasti mesti nyum2 kan! :)

    ReplyDelete
  11. Mmmm...bestnya kalau PH boleh rasa kek nih!

    ReplyDelete
  12. puiyooooooooooooooo... sgt gojessss!! pitam!!

    ReplyDelete
  13. Ting tong!! aik sini pon komen bawah Hana gak..haha..
    bestnya dapat mkn kek roll..sllu beli jek..

    ReplyDelete