f Secubit Garam: hati ayam/lembu
Showing posts with label hati ayam/lembu. Show all posts
Showing posts with label hati ayam/lembu. Show all posts

Wednesday, May 15, 2013

HATI MASAK LOMPAP

ASSALAMUALAIKUM...

Hari ni tak leh pot pet panjang2.. Banyak benda nak kena settle.. sbb masih banyak benda yg belum siap. Al maklumlah.. esokkan Hari Guru..Tahun lepas tak buat apa2 pun sbb anak2 duk kat asrama, tp kali ni si anak dara siap mengorder itu ini.. ermmm... layan jer la sbb tahun ni tahun terakhir dia bersekolah kat situ. Dah nak SPM anak dara nan satu ni.. insyaallah...


KAK CEK!!! Jangan marah ek.. Nor dah derhaka kat resipi Daging Masak Lompap K.Cek yg Nor dah pernah buat dulu. Memang nak mencuba dgn hati pulak sbb nak tau ok ke tak hehe.. Alhamdulillah.. best tau K.Cek.. Tak rugi buat guna hati. dah jenis suka makan hati, buat la apa pun dgn hati, mmg best punya.. insyaallah.. < kat alam nyata pun selalu makan hati gak, sabo jer la.. :( >


Jom check resipi, bagi yg belum mencuba Daging Lompap, silakan.. insyaallah mabeles.. Kalau nak menerai dgn hati pun terpulang lah ya.. Tak ada batasan dlm masak memasak ni.. Kita yg buat dia ya.. ^__^

DAGING (Hati) MASAK LOMPAP
resepi: kak Cek
sumber :  K.Nor@SecubitGaram


BAHAN-BAHANNYA:
500 - 600 grams daging ~ k.nor gantikan dgn hati lembu
dipotong sederhana kecil...dicuci...ditoskan..
13 biji cili padi *
3 biji cili hijau *
1 biji bawang besar *
1 inci halia *
2 ulas bawang putih *
1 batang serai dititik
2 biji cili merah dipotong serong2
1 batang celery dihiris2
1 ketul chicken cube
Garam dan gula secukup rasa
1 keping asam keping
Minyak secukupnya untuk menumis
Sedikit air

CARA-CARA :
Kisar sume bahan2 yang bertanda *
Panaskan minyak...tumiskan sume bahan2 kisar dan serai...hingga naik baunya...
Masukkan daging (hati) ....kacau sebati....tutupkan kuali...kecikkan api....sekali sekala...dikacau..tambahkan air...jgn byk sgt...tutupkan kuali semula...biarkan daging empuk...
Masukkan chicken cube...garam dan gula secukup rasa....masukkan jugak asam keping...biarkan kuah agak pekat sedikit....akhir sekali masukkan hirisan cili dan celery...kacau sebati...siap dah...tutupkan api....


*tip mencuci hati utk menghilangkan bau yg tak menyenangkan :)

lumur hati yg dah dihiris dgn sedikit tepung gandum. perap seketika dan bilas hingga bersih. insyaallah hilang bau tersebut.. 


Friday, April 5, 2013

KUZI HATI ~ MALAYSIAN FOOD FEST (KELANTAN MONTH)

ASSALAMUALAIKUM....

Salam Jumaat buat semua, semoga kita semua mendapat keberkatan dan rahmat di hari mulia ni. Perbanyakkan selawat pd Nabi Muhammad s.a.w pada hari Jumaat ya.. mudah2an kita mendapat syafaatnya pada hari perhitungan nanti.. amiin...


Kebetulan dlm freezer ada sedikit hati lembu, lebihan buat HATI PALEMBANG tempohari, jadi K.Nor terfikir nak perhabiskan la.. Duk pikir2 nak masak apa dgn hati yg tak sampai 400gm ni, teringat kat lauk Kuzi Daging yg ada dlm buku 50 HIDANGAN PENAMBAT SELERA, buku masakan K.HANIELIZA. Kalau K.Liza masak guna daging, K.Nor nak derhakakan sket dgn menggunakan hati. Tak salah pun kan, kita yg masak dia..  K.Nor dah banyak gugel resipi kuzi tp K.Nor lebih tertarik nak guna resipi K.Liza ni, sbb ianya lebih mudah dan bahan2 yg digunakan agak simple dan insyaallah ada kat dapur. Sesetengah resipi kuzi lain memerlukan lebih banyak bahan utk digunakan dlm masakan kuzi. K.Nor lebih suka try resipi yg simple dan dlm blog ni pun kebanyakkannya resipi simple2 jer.. Kebanyakkan email yg K.Nor terima suka SG sbb memaparkan resipi yg mudah dan simple bahan2nya. Kalau yg cerewet ni org lain terutamanya yg baru nak belajar masak pun rasa kurang rajin dan tak berminat nak buat melainkan yg betul2 punya kerajinan lebih dan masa terluang yg lebih.. tak gitu hehe


Alhamdulillah... mmg best sungguh KUZI HATI ni.. gravy dia tu, enak sih.... 2 thumbs up tau! menjilat jari jemari.. jari kanan jer la, jari kiri nak jilat watper.. kan.. hehehhehe.. Meh la menerai resipi kuzi K.Liza ni.. insyaallah sedap tau.. Mekasih K.Liza, Nor nak kongsikan resipi kat sini ya..

Dan, bila sebut kuzi, masakan ni dtgnya dr Kelantan kan. Jadi K.Nor amik peluang utk masukkan sekali entri/masakan ni ke MALAYSIAN FOOD FEST ~ Kelantan Month yg dihoskan oleh Gert. Gert, u should try this, makan dgn nasi minyak pun best tau ^___^

KUZI (HATI) DAGING
resipi : K.Hanieliza @ 50 Hidangan Penambat Selera
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan A:
500 gm daging ~ k.nor guna hati lembu
3 sudu makan rempah kuzi
1/2 cawan sos tomato
1/2 cawan susu cair
1 cawan air
5 bj cili merah ~ dibelah 2
2 biji tomato ~ dibelah 4
1 labu bawang besar ~ dibelah 4
1/2 cawan kismis
3 sudu makan minyak masak
garam secukup rasa

Bahan B ~ dikisar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 in halia
1 cawan bawang goreng
5 biji cili merah

Cara:
Daging/hati dipotong kecil.
Gaulkan daging dgn rempah kuzi dan sos tomato.
Panaskan minyak dan tumiskan bahan B dan daging yg digaul tadi hingga wangi dan pecah minyak.
Masukkan susu cair, kismis, tomato, bawang besar dan cili merah.
Kacau rata dan biarkan sehingga pecah minyak lagi dan pekat.
Hidangkan dengan nasi minyak atau nasi putih ataupun roti.

* k.nor kurangkan bilangan cili merah (dlm bahan B) dan masukkan 1 sudu besar cili mesin.
* k.nor juga tumis dulu sedikit rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga dan bunga lawang)


Bagi yg tak ada rempah kuzi boleh cuba resipi rempah yg dibawah ni...


RESIPI REMPAH KUZI by Zaliana MyResipi

Bahan2:
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh lada hitam
6 kuntum bunga cengkih
1 inci kulit kayu manis
4 biji buah pelaga-sila buang kulit dan ambil bijinya sahaja
1 kuntum caber
2 kuntum bunga lawang

Cara:
Basuh bersih kesemua bahan didalam tapis.Kemudian goreng kering/sangai di dalam kuali.
Kisar rempah tadi dalam pengisar kering.Boleh juga ditumbuk hingga halus. Sebagai panduan berat rempah yang dapat ialah anggaran sebanyak 10 gram.

(k.nor rasa kalau tak ada caber rasanya boleh skip aje)

REMPAH KUZI by Chef Hafiza
sumber : Yatie Memories

Bahan2:
2 sudu makan ketumbar*
1 sudu makan jintan manis*
1 sudu makan jintan putih* (* di sangai dan kisar kering)
1 sudu makan serbuk lada hitam
1 btng kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
5 tangkai bunga cengkih


(k.nor rasa kesemua rempah dihendaklah disangai dan dikisar utk menghasilkan rempah kuzi.. spt yg dibuat oleh Zaliana)




"I am submitting this post to Malaysian Food Fest, Kelantan Month hosted by Gertrude of My Kitchen Snippets "



Wednesday, March 27, 2013

NASI MINYAK DAUN PUDINA & THE GANG

ASSALAMUALAIKUM...

WW WEDNESDAY ^____^


Menu 2 minggu lepas dah ni.. sori ^__^





NASI MINYAK DAUN PUDINA
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
4 cawan beras basmathi ~ direndam 1/2 jam dan toskan
5 1/2 cawan air
1/2 cawan susu cair
1 bj limau nipis
segenggam daun pudina
1 sudu besar garam kasar
pewarna hijau dan oren
1 sudu besar minyak sapi
3 sudu besar minyak

Bahan penumis:
1/2 labu bawang besar ~ dihiris nipis
1in halia ~ diketuk
2 helai daun pandan
2 in kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 kelopak bunga lawang

Cara: 
Masukkan perahan limau nipis ke dalam susu dan ketepikan.
Panaskan minyak sapi dan minyak masak dlm periuk rice cooker (masak atas dapur)
Tumiskan bahan penumis hingga wangi dan masukkan air.
Alihkan periuk ke rice cooker dan masak hingga mendidih.
Masukkan bancuhan susu tadi, garam dan beras.
Biarkan hingga kering airnya.
Buatkan lubang2 menggunakan belakang batang sudu.
Titiskan pewarna oren dan hijau dlm lubang berasingan.
Taburkan daun pudina dan tutup kembali tudung periuk.
Biarkan sehingga nasi masak
Tutup suis periuk dan biarkan 5 - 10 minit kemudian barulah digemburkan nasi.



GULAI AYAM NASI MINYAK (TRG STAIL)
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
1 ekor ayam ~ dipotong kecil
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 in halia
1 - 2  sudu besar cili mesin
3 sudu besar rempah gulai nasi minyak
1/2 cawan bawang goreng ~ diramas sedikit
5 sudu besar sos tomato
1 sudu besar kerisik
1/4 cawan susu cair
3 - 4 cawan air
2 - 3 biji ubi kentang ~ dipotong
2 helai daun pandan
sedikit gula nisan (boleh gantikan dgn gula melaka)
garam
1 sudu besar minyak sapi
minyak masak

Bahan penumis:
2 in kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 kelopak bunga lawang

Cara:
Bawang merah, bawang putih dan halia dikisar halus.
Panaskan minyak sapi dan minyak masak.
Tumis bahan penumis hingga wangi dan masukkan bahan yg dikisar tadi.
Biarkan seketika, masukkan cili mesin. Kacau.
Kemudian masukkan rempah gulai dan sedikit air. Masak hingga pecah minyak.
Masukkan bawang goreng, sos tomato, kerisik dan ayam.
Kacau hingga sebati.
Masukkan ubi kentang, air dan daun pandan.
Biarkan hingga mendidih dan masukkan susu cair, garam dan gula nisan.
Biarkan merenih sehingga ayam dan ubi kentang masak dan sehingga kepekatan kuah yg dikehendaki.
( * gulai nasi minyak trg biasanya sedikit cair)
Sedia utk dihidangkan bersama Nasi Minyak Pudina.



ACAR TIMUN
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
2 biji timun ~ dipotong panjang
1/2 batang carrot ~ hiris panjang dan halus
2 ulas bawang merah ~ dimayang
1 ulas bawang putih ~ dimayang
1/2 in halia ~ dihiris panjang dan halus
2 sudu besar cuka ~ tambah kalau tak cukup rasa masam
1 sudu besar gula ~ secukup rasa
1/4 sudu kecil garam

Cara:
Gaulkan kesemua bahan dlm satu bekas hingga rata.
Rasa acar, biar ada rasa masam dan manis sket.
Biarkan mesra baru la dihidangkan.





Wednesday, March 20, 2013

HATI PALEMBANG

ASSALAMUALAIKUM...

Merata2 skrg ni nampak ada virus menu DAGING PALEMBANG. Pertama kali nampak Amie yg buat, pastu mula merebak di sana sinun.. Ada juga yg buat versi ayam dan K.Nor pun tak nak ketinggalan buat menu yg sangat menggoda nih.. Tapi K.Nor tak nak buat dengan daging ataupun ayam, K.Nor guna hati lembu. Sudah agak lama tak makan hati lembu, kebetulan duk mencari resipi hati yg sesuai utk dijadikan lauk pengantin masa makan beradap.. 


Masakan ni lebih kurang mcm Masak Kicap Berempah gak, cuma kelainanya ada dimasukkan santan/kerisek (K.Nor letak kerisek) dan K.Nor tambah sedikit susu cair. Apapun mmg sedap.. Mekasih kepada pemilik resipi Maria Hakim, juga ke pada Amie yg panjangkan resipi ni dan tak lupa pada Madiha@Ratna yg mana K.Nor copy resipi ni dr dapur beliau.. Izinkan K.Nor share resipi tu kat sini lak ya.. 


DAGING (HATI) PALEMBANG
sumber : AmieMadiha
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan:
700 gram daging - potong lebar dan nipis
2 batang serai - dititik
500ml santan pekat - (boleh gantikan dengan kerisik) ~ MaDiHaA tak gunakan santan tapi masukkan kerisik homemade anggaran 3 sudu besar
1 cawan kicap lemak manis Cap Kipas Udang (Habhals)
minyak
(MaDiHaA tambah 1/2 batang carrot & sebiji bawang besar yang dibelah 6)

Bahan kisar:
1 labu bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
3 cm lengkuas
15 biji cili kering

Rempah penumis:
3 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

Cara:
1. Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan kisar, bahan penumis bersama serai sehingga pecah minyak.
2. Masukkan daging dan gaul sebati. Tutup kuali dan masak dengan api sederhana sehingga keluar air daging dan biarkan seketika.
3. Masukkan kicap dan diikuti dengan santan. Biarkan masak hingga daging mula empuk.
4. Kacau sekali-sekala sehingga masak dan kuah menjadi pekat.

P/S: Menurut Kak Maria Hakem, jika tidak mahu masukkan santan, dan rajin buat kerisik, eloklah masukkan kerisik.

* K.Nor gantikan santan dgn 1/4 cawan susu cair dan 2 sudu besar kerisik
K.Nor hanya guna 1/2 cawan kicap 


Friday, October 19, 2012

HATI LEMBU MASAK LEMPAP

ASSALAMUALAIKUM...

Simple bahan2, mudah dimasak dan sedap dimakan ^__^

HATI LEMBU MASAK LEMPAP
resipi : CMG@TiffinBiru

BAHAN-BAHANNYA :-)
600 gram hati lembu
1 biji bawang besar, belah 6 dan leraikan
Kicap cair secukup rasa
1 camca besar ketumbar biji*
1/2 camca teh jintan kasar*
1/2 camca teh jintan halus*
1 camca teh lada hitam biji*
Sedikit gula
2 ulas bawang putih, cincang halus
Hirisan daun sup untuk hiasan
Sedikit minyak untuk menumis

BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang serai, hiris
1/2 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup


CARA MEMBUATNYA :-)

Hati lembu dihiris nipis dan lebar2. Gaul dengan tepung gandum dan perap sekejap, kemudian cuci bersih dan toskan. Sangrai atau goreng tanpa minyak bahan2 bertanda (*) hingga harum, kemudian kisar hingga halus, gunakan kisar bahan kering. Ketepikan.
Masukkan hati lembu tadi dalam satu bekas, tambah bahan kisar halus dan rempah yang dikisar kering tadi. Masukkan sedikit garam dan gaul rata. Perap sekurang2nya 1 jam atau semalaman untuk lebih berperisa.
Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang putih cincang hingga harum. Masukkan no. 2, gaul rata dan masak hingga mendidih. Kecilkan api dan terus memasak hingga pekat. Masukkan kicap cair secukup rasa dan secubit gula. Kacau rata.
Tambah bawang besar dan gaul rata. Masak hingga bawang lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun sup sebelum dihidangkan bersama nasi panas...

Tuesday, September 4, 2012

HATI & PEDAL AYAM MASAK UNGKEP

ASSALAMUALAIKUM...

2 hari lepas tengok Cida@Denuanza tayang menu AYAM MASAK UNGKEP. Duk terbayang dah kesedapan masakan ungkep ni sbb sebelum ni K.Nor pernah try UNGKEP AYAM STYLE JAWA , dan ianya sangat menepati citarasa anak tekak K.Nor sekeluarga. Jadi bila nak masuk opis td, datang idea nak masak ungkep dgn menggunakan hati dan pedal ayam yg duk tergolek dlm singki (sementara menunggu defrost). Memang tak sia2 mencuba resipi dr Cida ni, mmg SEDAP!! Spt biasa la kan, tak edit tak sah.. K.Nor tambah sedikit\ hirisan cili padi utk menaikkan rasa masakan ni... Yer la.. lebih pedas lebih ummpphhhh!! kannnnn ^__^


Mekasih pada Cida kerana sudi berkongsi resipi yg mabeles ni.. Insyaallah akan dicuba dgn bahan lain lak spt daging atau ayam. Izinkan K.Nor share resipi tu kat sini ya.. TQ ..


HATI DAN PEDAL AYAM MASAK UNGKEP
resipi asal : AYAM MASAK UNGKEP by Cida@Denuanza

Bahan2:
10 ketul hati + pedal ayam
1 keping asam gelugur
cili merah / hijau- hiris
1 biji bwg besar- hiris
1 sudu teh serbuk ketumbar
2 sudu teh serbuk jintan manis
1 btg serai- diketuk
5 biji cili padi ~ dihiris serong (yg ni k.nor tambah)
sedikit kulit kayu manis, bunga lawang dan cengkih

Bahan2 tumbuk:
1 1/2 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 biji bwg besar
2 ulas bwg putih

Cara:
Hati dan pedal ayam direbus 1/2 masak (boleh juga digoreng jika suka)
Panaskan minyak. tumis bwg besar, kulit kayu manis, bunga lawang dan cengkih
Masukkan juga serai dan cili hiris
Biar hinga naik bau
Masukkan bahan2 tumbuk + serbuk jintan manis + serbuk ketumbar + asam gelugur
Tambahkan sedikit air dan gaul sebati
Masukkan garam dan sedikit gula jika suka
Biarkan bahan2 sedikit garing dan kering (kemudian boleh ditambah lg sedikit air jika inginkan sedikit basah)
Masukkan hati dan pedal yg digoreng tadi dan goreng hingga hati dan pedal ayam masak.
Hidangkan...

Friday, April 1, 2011

Hati/Pedal Ayam Goreng Cili Kering

ASSALAMUALAIKUM...

Sesi nak clearkan harta dalam freezer. Kebetulan nampak ada satu bekas berisi hati dan pedal ayam. Dah kering kontang idea nak masak hati ayam ni. Last2 rebus dulu kasi pejal sket hati dan pedal ayam tu. Pastu mula la mereka2 nak masak stail apa dgn hati dan pedal ayam ni. Hiris bawang merah, bawang putih dan halia sket. Pastu rasa cam nak letak cili kering la.. Hiris nipis2 cili kering dan rendam. Pastu buang biji cili yg keluar tu. Pastu selongkat esbok, jumpa daun kari.. siap! Campak jer bahan2 ni dalam kuali.. hehe


Akhirnya, terhasil satu menu.. Tapi tak tau pulak nak bg nama apa. Fikir punya fikir, bagi nama Hati Ayam Goreng Cili Kering. Tak reti la nak bg nama glamer2 sangat ni. Ok la tu kan.. Rasa? Alhamdulillah.. not bad. Dah tanya pengkritik masakan tak bergaji, dia cakap SEDAP! Laju jer bila menjawab.. Tanda sedap la tu kan.. hihi..

K.Nor suka tang cili kering dan bahan2 sampingan tu.. Sedap dimakan gitu jer dgn nasi panas.. Nak cuba? Jom tengok resipi..

HATI/PEDAL AYAM GORENG CILI KERING
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
7 - 9 ketul hati/pedal ayam
air secukupnya
5 ulas bawang merah ~ dihiris
3 ulas bawang putih ~ dihirs
1/2in halia ~ dihiris
9 biji cili kering ~ dihiris
2 tangkai daun kari
2 sudu besar kicap
sedikit garam
sedikit gula ~ jika suka
minyak

Cara:
Rebus hati ayam hingga masak. Ketepikan.
Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan masukkan bahan2 yg dihiris.
Goreng hingga wangi dan masukkan daun kari.
Masukkan kicap, garam dan sedikit gula (utk mengimbangkan rasa masakan)
Masukkan juga sedikit air. Kacau.
Goreng hingga sedikit kering,padamkan api dan hidangkan panas2.

Saturday, March 5, 2011

Hati Goreng Kunyit & Lada Hitam

Masakan hati lembu yg sangat mudah nak buat tapi sedap bg anak tekak K.Nor. Kalau nak buat dgn hati ayam pun boleh. Kalau dalam pantang, ni la masakan yg sering K.Nor buat. Mudah sgt nak sediakan, semua main humban dalam kuali. Biasanya kalau dalam pantang K.Nor akan lebihkan lada hitam dan tak letak cili merah. Minyak pun tak guna gak, perap jer semua bahan dan masukkan dalam kuali. Masak lah hingga hati tu masak dan kuah kering. Jom tengok resipi yg simple ni.


HATI GORENG KUNYIT & LADA HITAM
resipi : K.Nor@SecubitGaram

250gm hati lembu ~ dipotong
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu besar lada hitam ~ ditumbuk
2 sudu besar kicap
1/2 cawan air
sedikit garam
1 labu bawang besar ~ dipotong baji
1 biji cili merah ~ dipotong serong
sedikit minyak

Perap hati lembu bersama serbuk kunyit, lada hitam yg ditumbuk dan kicap.
Panaskan minyak dan masukkan hati lembu tadi.
Goreng seketika dan masukkan air.
Biarkan merenih dan masukkan garam.
Bila kuah hampir kering masukkan bawang besar dan cili merah.
Kacau dan goreng sekejap hingga bawang dan cili layu.
Angkat dan hidangkan.

* Tip memasak hati lembu
1. Gaul hati lembu yg dah dipotong dengan sedikit gandum bersama sedikit air.
Perap dalam 15 minit dan bilas bersih. Toskan. Ini utk menghilangkan bau hati lembu tersebut.
2. Hendaklah memasak dengan api yg sederhana jer. Biasanya hati lembu yg dimasak dgn api yg besar/kuat akan jadi keras.



Wednesday, February 16, 2011

Limpa & Hati Berempah

Assalamualaikum...

Dah lama simpan resipi Adygreatsworld ni. Pantang tengok menu berasaskan hati atau limpa, mesti nampak sedap jer sbb K.Nor mmg suka makan lauk berasaskan bahan2 ni. Kalau kat kenduri mesti cari2 hati atau limpa atau paru dlm masakan gulai daging atau daging masak merah. Tapi anak2 K.Nor sorang pun tak suka makan benda ni. Nak kata menurun selera ayah dia org tak jugak sbb cik suami pun sepesen dgn K.Nor gak yg sukakan hati/limpa/paru ni. Tiap kali kalau terasa nak makan lauk hati kena campur hati lembu ni dlm masakan lain. Tapi kena potong besar2 sket la supaya anak2 boleh bezakan yg mana hati dan yang mana daging.


Ehh dah jauh perginya ni. Jom la layan resipi Limpa Berempah dr Ady ni. Mintak izin ya Ady, K.Nor nak share resipi tu kat sini pulak..

LIMPA BEREMPAH
resipi : Adygreatsworld
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahannya:
1 kg limpa, direbus dan dibuang kulit dan lemaknya dan dipotong ikut suka ~ k.nor campur dgn hati lembu
2 sudu makan rempah kari daging
4 sudu makan kicap lemak manis
½ cawan air
Sedikit bawang goreng
Sedikit daun ketumbar
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Serbuk perasa jika suka
sedikit jus asam jawa ~ yg ni k.nor tambah
Minyak untuk menumis

Bahan untuk dikisar:
20 tangkai lada kering, dibersihkan dan rendam dengan air panas
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara:
1. Panaskan minyak didalam kuali. Masukkan bahan yang dikisar dan tumis sehingga naik bau.
2. Masukkan rempah kari daging dan juga kicap. Masukkan juga garam, gula dan serbuk perasa dan juga air.
3. Masukkan limpa dan masak selama 10 minit. Kemudian masukkan bawang goreng dan daun ketumbar. Gaul sebati selama 5 minit. Padamkan api dan siap untuk dihidang.

Sunday, November 21, 2010

Makan Hati…

Makan hati berulam jantung? Oh.. tidak.. tidak.. makan hati berulam salad jer. Yg ni lagi best dr makan hati berulam jantung. Wat sakit jiwa jer kalau duk makan hati ulam jantung, kan. Layan hati lembu lagi syok.

hati hitam manis berempah

Dengan menggunakan resipi Daging Hitam Manis Berempah, K.Nor tukar bahan utamanya iaitu kepada hati lembu. Kali ni K.Nor rebus sekejap hati lembu yg dah dipotong2 tu. Kalau tak nak rebus pun tak per, teruskan aje masukkan dlm kuali, ikut step sama cam masak versi daging. Cuma kena lebihkan sket air supaya hati tu empuk. Ingat jgn buka api kuat, nanti hati lembu jd keras.. tak syok nak makan.

hati hitam manis berempah 2

Sapa2 nak resipi sila klik SINI. Tuan rumah kurang kerajinan nak mengopipes.

Tuesday, November 16, 2010

Hati Masak Daun Limau Purut

Resipi ni K.Nor ambil kat Mesra.net lepas duk merayau2 cari resipi bagi masak hati lembu. Saja jer la mencuba resipi lain dr yg biasa duk guna. Hasilnya, not bad gak la..

hati masak daun limau purut

Resipi K.Nor masukkan kemudian ya, agak kebizian sket arini. Lagi pun ada problem masa nak amik resipi yg dah save tu.

hati masak daun limau purut 2

Ni dia resipi Hati Masak Daun Limau Purut. Mintak izin pd empunya resipi utk share resipi tu kat sini ya.. Tq

HATI MASAK DAUN LIMAU PURUT
sumber: Mesra.net

Bahan-Bahan:
½ kati hati lembu (direbus hingga empuk)
5 helai daun limau purut (dibuang tengahnya dan dikoyak-koyakkan)
6 tangkai cili kering
10 ulas bawang merah atau 4 labu bawang besar
4 ulas bawang putih 2 hiris halia (dihiris halus)
½ camca besar ketumbar
½ camca teh jintan manis
½ camca teh jintan putih
Garam dan gula secukup rasa

Cara:
Hati lembu dipotong kecil-kecil. Cili kering, bawang merah, bawang putih, halia, ketumbar, jintan manis dan jintan putih digiling hingga lumat. Panaskan sedikit minyak kemudian tumiskan bahan-bahan yang sudah digiling tadi hingga garing. Masukkan sedikit pati santan jika suka, kemudian masukkan hati dan daun limau purut. Masukkan garam dan gula secukup rasa ke dalamnya sambil digaul rata. Apabila telah kering bolehlah diangkat.


Tuesday, May 25, 2010

Hati Ayam Masak Berempah

Mari mencuba resipi baru, main campak2 jer masa masak ni. Tak tau nak masak apa dgn hati ayam ni tu yg duk campak2 bahan dlm kuali. Memang tak refer mana2 resipi lain utk masak menu ni, kut kang ada yg kata K.Nor ngaku resipi org lain pulak. Tapi kalau ada yg serupa atau lebih kurang tu mungkin secara kebetulan. Idea nak masak ni mmg datang sepontan jer..Tapi hasilnya.. alhamdulillah... sedap kat anak tekak tukang masak.



HATI AYAM MASAK BEREMPAH

6 - 8 ketul hati ayam

Bancuhkan dgn sedikit air panas utk dijadikan pes:
1 sudu besar rempah kari
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk jintan putih


2 tangkai daun kari
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar kicap
1 bj bawang besar ~ hiris bulat
1 bj cili merah ~ hiris serong * kalau nak lebih pedas boleh guna cili api
sedikit garam, gula (jika suka)
air
minyak


Masukkan hati ayam, air dan sedikit garam ke dalam periuk dan rebus sekejap. Ketepikan.
Panaskan minyak dan tumis bawang besar hingga wangi dan masukkan bahan2 yg dijadikan pes.
Goreng hingga pecah minyak. Jika terlalu pekat masukkan sedikit air (boleh guna air rebusan hati ayam)
Masukkan daun kari dan serbuk lada hitam.
Kemudian masukkan masukkan sos tomato, kicap dan sedikit gula (rasa dulu sebelum masukkan garam sebab dah masukkan garam masa proses merebus hati ayam)
Goreng sekejap dan masukkan lebihan air rebusan hati ayam td.
Masak hingga sedikit pekat dan masukkan hati ayam dan goreng sekejap.
Masukkan cili merah yg dipotong.
Gaul sebati dan bolehlah dihidangkan panas2.


## sos tomato boleh diganti dgn air asam jawa atau perahan limau nipis.

Wednesday, April 7, 2010

Hati Goreng Kunyit Pedas

Satu lagi resipi sedap dari Dayang Jack. Cara masak yg simple dan bahan2 yg digunakan pun simple gak. Tapi kali ni K.Nor tak guna hati lembu sebaliknya guna hati ayam jer sbb kebetulan ada stok kat freezer. Bagi penggemar hati lembu atau hati ayam, try la mmg best. Tambah lagi kalau makan dgn nasi panas2. Okey Dayang, cam biasa ya... nak kopipes resipi tu kat sini lak.. Mekacih ya.. :)



HATI GORENG KUNYIT PEDAS by Dayang Jack

Bahan-bahan :

  • 300 g hati lembu (dibersihkan, dipotong ikut suka dan direbus 1/2 masak. Toskan)
  • 2 ulas bwg putih(ditumbuk lumat)
  • 10-15 biji cili padi (ditumbuk lumat) - boleh tambah atau kurang (k.nor tumbuk kasar2 jer)
  • air asam jawa secukupnya
  • serbuk kunyit secukupnya
  • 1 labu bawang besar (dimayang dan digoreng sedikit)
  • garam secukup rasa
  • hirisan kacang panjang jika suka ~ tak letak sbb tak ada stok
Cara-cara :

  1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang dan cili padi sehingga garing.
  2. Masukkan hati dan sedikit air. Gaulkan rata2.
  3. Kemudian masukkan serbuk kunyit, kacang panjang, garam dan air asam jawa. Kacau lagi. (tak perlu dimasak terlalu lama)
  4. Setelah masak, gaul2kan dgn bawang yg sudah digoreng.
  5. Hidangkan panas2.

Wednesday, March 10, 2010

Pedal (& Hati) Goreng Cili Merah


Resipi ni K.Nor amik kat rumah Raidah. Kebetulan tengok dia post resipi ni terus terlintas nk buat sbb pedal dan hati ayam kebetulan ada dlm freezer. Nama resipi asal Pedal Goreng Bercili tp dah K.Nor letak gak hati ayam, jadi ada penambahan sket pada nama resipi tu. Ampun ya Raidah.. tak per kan.. hehe


PEDAL (& HATI) GORENG CILI MERAH
by Raidah

Bahan-bahan:

300g pedal ~ cuci bersih, potong 2 dan saya hiris2 jgn sampai putus

1 biji bawang besar**

3 ulas bawang putih**

1/2 inci halia**

5-8 biji cili merah/besar**
**dikisar/tumbuk kasar
1 biji bawang besar ~ dihiris
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu besar tepung jagung

Garam secukup rasa dan sedikit gula

Air

Minyak

Cara saya menyediakan:
1. Panaskan minyak. Gaulkan pedal dengan garam, serbuk kunyit dan tepung jagung. Goreng pedal hingga garing. Angkat dan toskan.

2. Dengan menggunakan minyak gorengan tadi, tumiskan bahan kisar sehingga garing.

3. Masukkan sedikit air, bawang besar, garam secukup rasa dan sedikit gula. Kacau rata.

4. Bila bawang agak layu, matikan api. Masukkan pedal yg telah digoreng tadi, gaulkan rata dgn sambal dan angkat.


**Pedal yg digoreng akan liat sedikit. Kalau tak goreng pedal pun boleh, tumiskan bahan kisar hingga garing dan masukkan pedal. Masak pedal sehingga masak.




Tuesday, February 16, 2010

Hati Lembu Masak Kicap


Sudah agak lama simpan resipi masakan hati lembu milik Dayang Jack ni. Kebetulan ke pasar tani baru2 ni beli la sedikit hati lembu, lagipun dah agak lama gak tak masak hati lembu. Bila dah ada hati lembu ni, terus aje nk masak resipi Dayang yg simple jer ni. Mudah jer masak hati ni, sedap pulak tu.. Dayang, mintak izin cam biasa ya nk kopipes resipi tu kat sini..

* bagi yg tak makan hati lembu atau yg payah nk dpt stok hati lembu boleh juga gantikan dgn hati ayam.. insyaallah rasanya tetap sedap. rebus dulu hati tu kejap sama cam rebus dulu hati lembu tu..


HATI LEMBU MASAK KICAP by Dayang Jack
Bahan-bahan :
  • 500 gm hati lembu (direbus bersama sedikit garam hingga masak dan dihiris)
  • 1 labu bawang besar*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1/2 inci halia muda*
  • 1 sudu besar cili kering kisar
  • 1 sk serbuk ketumbar
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sk air asam jawa
  • 1 sk gula
  • garam jika perlu
  • 3-4 biji cili padi (diketuk) - jika suka
  • bahan2 hirisan : cili merah dan bawang besar
Cara-cara :
  • Kisar bahan2 bertanda *. Sediakan kuali. Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan2 kisar, serbuk ketumbar dan cili kering hingga wangi.
  • Masukkan kicap pekat, sos tiram, kicap manis, cili padi dan sedikit air. Kacau lagi sehingga sebati.
  • Masukkan hati, garam(jika perlu) dan gula. Gaulkan. Kemudian, masukkan air asam jawa, cili merah dan bawang besar. Hidangkan setelah masak.

tip utk masak hati lembu..

1. utk menghilangkan bau yg kurang menyenangkan pd hati lembu, gaul hati dgn tepung gandum dan sedikit air. biarkan dlm 10 - 15 min baru la dibasuh bersih dan toskan.

2. jgn sesekali masak hati dgn api yg besar/kuat, ini menyebabkan hati tu masak secara mengejut dan menyebabkan hati tu nanti agak keras. gunakan api yg sederhana aje.

3. hati tak perlu dimasak terlalu lama spt kita masak daging, kerana hati ni tak ada urat cam daging yg menyebabkan liat bila tak cukup tempoh masak.

Friday, November 13, 2009

Hati Ayam Goreng Berempah

Salam...

Menu yg simple jer hari ni, Hati Ayam Goreng Berempah. Makan dgn nasi panas2.. Sedap..

Wednesday, June 3, 2009

Hati Masak Rempah


Ni lauk semalam ya, bukan hari ni punya. Smlm dah berderet n3, jd kena la tayang hari ni. Kalau ikutkan bila balik dr jalan2 mmg ler malassss nak main masak2, tp lawan gak ler perasaan malas tu. Masak yg simple2 jer, singgang ikan dan budu! Tu yg best kan.. Kena dgn ikan panggang dan ulam, cukup la bg K.Nor. Utk cik abe, K.Nor masak lauk hati ayam ni sbg tambahan dan utk Luqman, goreng ayam jer pun dah cukup dgn kuah singgang tu.

Ana, jgn marah ya, akak durhaka skit kat resipi ni. Sbb tak ada serbuk cili, akak guna ler cili mesin. Agaknya terlebih cili tu yg merah menyala lauk ni. Bila tengok yg Ana punya kuning jer. Tak per la, asal rasa dia sedap, kan.. K.Nor suka gak lauk ni tau Ana, makan dgn nasi panas2, tak perlu dah lauk lain. Sapa2 yg nak try boleh la amik kat rumah Ana bini Wahid ni. eh silap puan Deana laa.. hehe. ermmm MyR dari minggu lepas lg tak leh nak masuk.. apa kes ya..