f Secubit Garam: Hati Goreng Kunyit Pedas

N3 Terkini

Wednesday, April 7, 2010

Hati Goreng Kunyit Pedas

Satu lagi resipi sedap dari Dayang Jack. Cara masak yg simple dan bahan2 yg digunakan pun simple gak. Tapi kali ni K.Nor tak guna hati lembu sebaliknya guna hati ayam jer sbb kebetulan ada stok kat freezer. Bagi penggemar hati lembu atau hati ayam, try la mmg best. Tambah lagi kalau makan dgn nasi panas2. Okey Dayang, cam biasa ya... nak kopipes resipi tu kat sini lak.. Mekacih ya.. :)



HATI GORENG KUNYIT PEDAS by Dayang Jack

Bahan-bahan :

  • 300 g hati lembu (dibersihkan, dipotong ikut suka dan direbus 1/2 masak. Toskan)
  • 2 ulas bwg putih(ditumbuk lumat)
  • 10-15 biji cili padi (ditumbuk lumat) - boleh tambah atau kurang (k.nor tumbuk kasar2 jer)
  • air asam jawa secukupnya
  • serbuk kunyit secukupnya
  • 1 labu bawang besar (dimayang dan digoreng sedikit)
  • garam secukup rasa
  • hirisan kacang panjang jika suka ~ tak letak sbb tak ada stok
Cara-cara :

  1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang dan cili padi sehingga garing.
  2. Masukkan hati dan sedikit air. Gaulkan rata2.
  3. Kemudian masukkan serbuk kunyit, kacang panjang, garam dan air asam jawa. Kacau lagi. (tak perlu dimasak terlalu lama)
  4. Setelah masak, gaul2kan dgn bawang yg sudah digoreng.
  5. Hidangkan panas2.

2 comments:

  1. sama2 kak cayang oii...aik, takkan mekacih jer,...dyg punya semangkuk mana??...hihik...walaupun tgh xde selera ni kak, tp kan rasa2 kalau akak buatkan dyg hati berkunyit ni, maybe dyg leh makan sb aroma kunyitnya itu boleh tahan gak... membangkitkan selera. anyway, thanks yer kak. missed uu!!!

    ReplyDelete
  2. dayang > olololo.. syian dia.. meh amik ni, makan dgn nasi panas2 mesti dtg balik selera dayang ya.. miss u 2 3 4... :)

    ReplyDelete