f Secubit Garam: Blueberry Finger Bun

N3 Terkini

Wednesday, April 7, 2010

Blueberry Finger Bun

Waaaaaaaahhhhhhhh... Sedap.... Lembut... dan gebuss sgt2 roti K.Nor kali ni. Happy sgt2 kerana dgn keizinanNYA dpt menghasilkan roti selembut ni. Cuma ada spoil sket tang topping blueberry tu. Terlupa nak blend sebelum masukkan dlm plastik masa nak picitkan atas doh tu. K.Nor cuba gak lenyek2 dgn rolling pin tp tak la lumat sgt. Bila picitkan atas doh mula la dia tersekat2 kat lubang.. tu yg tak cantik jer jalur blueberry filling tu.. frust gak mula2 tu sbb nampak tak comel jer. Tapi bila dah masak, dah ngap.. huh tak kisah dah... cantik ke tak cantik ke.. janji mabeles roti ku hari ni.

Sebenarnya resipi yg dihasilkan hari ni adalah combination antara beberapa resipi roti yg dah dicuba sebelum ni. Bukan niat nak menunjuk pandai mengedit resipi org lain tp sekadar nak tengok camna outcome roti yg diolah ni. Terima kasih diucapkan pd pemilik roti asal spt Ayin Yin (Coffee Bread), Bun Pandan Berkaya (resipi asal Roti Gulung Pandan Berkaya - buku Koleksi Roti) dan Bun Kentang (resipi Ros JintanManis)

Boleh dikatakan bahan2 dr resipi roti K.Nor ni kebanyakkannya K.Nor amik dr resipi Coffee Bread tp disebabkan tak nak roti yg berperisa coklat jd K.Nor tak masukkan beberapa bahan spt instant coffee dan coffee emulco. K.Nor tak guna langsung bread improver maupun softener dlm doh roti ni, semata2 bergantung pd waterroux utk menghasilkan roti yg lembut lagi gebus ni. Sukatan gula juga dikurangkan sbb penggunaan blueberry filling dan kastard yg dah manis tu.

Dari resipi Bun Pandan Berkaya yg mana resipi asalnya Roti Gulung Pandan Berkaya K.Nor ciplak kaedah membentukkan roti dan susunatur dlm loyang sebelum membakar. Serta kaedah memicit filling/kastard ke atasnya. Pastu dari resipi Bun Kentang pulak K.Nor amik resipi membuat kastard tu. Huh.... panjangnya asal usul kejadian Blueberry Finger Bun K.Nor ni ya.. tp kalau K.Nor tak citer, nanti org tuduh K.Nor sesuka hati jer ngedit resipi org lain pastu ngaku hak milik peribadi lak.. kang payah tu.. serba tak kena jadinya nanti... hehe

*kalau ada yg tak puas hati sbb K.Nor ngejas resipi org atau tak tau kat mana K.Nor ejjas sila la klik kat resipi2 yg dah dilinkkan tu.. Buat la perbandingan sendiri ya.. :)


K.Nor letak resipi ni kat sini utk menjadi rujukan K.Nor di kemudian hari. Insyaallah akan stick menggunakan resipi doh ni melainkan ingin mencuba resipi2 org lain pula. Pada sesiapa yg nak try resipi ni silakan.. insyaallah puas hati dgn hasilnya..


BLUEBERRY FINGER BUN

doh:
380gm tepung high protein (tpg roti)
3 sudu besar susu tepung
80gm gula castor
3 sudu kecil yis segera
1 bj telur A
100ml air
100gm water roux
1/2 sudu kecil garam
30gm butter
30gm shortening

topping:
blueberry filling (diblend halus)
kastard

kastard:
1 cawan susu fresh
2 sudu besar kastard
2 sudu besar gula
~~
campurkan kesemua bahan dan panaskan atas api sederhana
kacau supaya tidak berketul/hangus
masak hingga sedikit pekat
padamkan api dan biarkan sejuk baru digunakan


Kaedah 1 .. jika menggunakan BM:
  1. Masukkan bahan cecair kedalam BM spt air dan telur. Kocokkan sket dgn garfu.
  2. Masukkan kesemua bahan2 lain kecuali butter dan shortening.
  3. Pastikan gula dan yis diletakkan di penjuru berasingan dari garam ini kerana gula akan lebih mengaktifkan yis manakala garam pula mengurangkan/mematikan yis.
  4. Tekan suis on pd BM dan bila doh dah mula membentuk bulat masukkan butter dan shortening.
  5. Biarkan proses menguli hingga selesai.
  6. Utk menghasilkan doh yg lebih lembut, ulangi proses menguli utk 2 kali.
  7. Setelah selesai proses menguli, biarkan doh naik 2x ganda.
  8. Bahagikan doh kepada 20 atau 22 bj dan bulat2kan.
  9. Rehatkan lebih kurang 15 minit.
  10. Ambil sebiji doh dan canai nipis.
  11. Gulung doh dan gelek2 sket hingga doh membentuk jejari lebih kurang 4 atau 5 in panjang.
  12. Susunatur kedalam loyang pembakar yg dah disapukan butter.
  13. Buat hingga habis dan biarkan doh naik lagi 2x ganda.
  14. Spraykan sedikit air keatas doh supaya permukaan doh tak terlalu kering masa proses membakar.
  15. Picitkan blueberry filling yg dah diblend atau kastard keatas doh yg dah naik.
  16. Bakar doh dgn kepanasan oven 180 -190C lebih kurang 20 - 25 min atau sehingga masak.
  17. Sapukan sedikit butter ke atas roti yg dah dikeluarkan dr oven (utk mengilatkan permukaan roti)

Kaedah 2 .. jika menguli menggunakan tangan:
  1. Masukkan yis, sedikit gula, 2 sudu tepung dan 100ml air kedalam sebuah mangkuk. Kacau hingga sebati dan biar hingga naik dan berbuih.
  2. Masukkan tepung roti, susu tepung, garam, lebihan gula ke dalam satu bekas berasingan. Kacau2 hingga rata.
  3. Masukkan telur dan water roux. Gaul hingga sebati baru la dimasukkan bahan no1.
  4. Gaul lagi hingga hampir membentuk doh, masukkan butter dan shortening, sedikit demi sedikit. Adunan mungkin agak lembik tp teruskan menguli.
  5. Uli hingga doh menjadi kenyal dan lembut. (kalau masih terlalu lembik boleh la ditambah sedikit tepung dan uli lagi hingga lembut)
  6. Tutup bekas dgn rapat atau boleh menggunakan plastic cling supaya udara tak keluar.
  7. Biarkan doh naik 2x ganda dan boleh la teruskan dgn step no8 dan seterusnya.

## sori la ya,kaedah nampak agak panjang sbb K.Nor tak reti nak buat pendek2. Rasa cam tak complete jer kaedah buat roti kalau main pendek2. Kang nanti org yg tak pandai or tak pernah buat roti tak faham cara nk buat roti ni. Bagi yg dah biasa, dah expert dgn kerja2 buat roti, gerenti dah faham dan tak perlukan kaedah membuat tu. Semua step buat roti biasanya sama jer kalau main campak dlm BM cuma yg tak biasa jer mungkin nampak cam cerewet jer nak buat roti.

9 comments:

  1. salam nor..memang nor rajin..roti dulu akak pernah buat..tapi tak gebu..lama2 malas..rasanya orang rajin macam nor aje..yang mampu buat..

    ReplyDelete
  2. salam Kak Nor

    yat suka instructions yg panjang lebar & clear..senang untuk org cam Yat yg baru nak testing baking rroti..kemarin yat buat blueberry filling roti pun tak cantik coz the filing bergumpal ..shd have blended the berries first..tak per next time yat nak buat roti cam k nor nuat ni..nampak sedap & gebusss ..

    ReplyDelete
  3. Naperlah tertengok roti Nor ni malam hari? Meroyan rasanya nak tunggu besok... nak buat gak la....

    ReplyDelete
  4. salam kak nor,
    cantiknya roti tu kak. saya tak expert lagi. takpe panjang2 pun kak..

    ReplyDelete
  5. erna >> w'salam k.erna.. cuba la dulu.. bila menjadi mood rajin tu akan datang meluru jer hehe

    yat >> w'salam yat.. tu la yat, k.nor tak reti nk bagi instruction : masukkan semua bahan dlm Bm dan tekan on.. sbb walau guna BM, ada kaedah dia gak kan.. yis tak leh duk dekat garam, dll kalau org tak biasa buat roti, main humban semua. lain la kalau dah biasa dan expert. cuma tengok bahan jer.. yg lain2 mmg dah tau step seterusnya. harap apa k.nor post tu dpt jd panduan utk beginer nk buat roti. insyaallah

    hehe.. k.nor pun lupa nk blend dulu filling, tu yg sememeh jer ..pengajaran.. kan :)

    mamafami >> camna ma, dah buat belum? :)

    nur >> w'salam nur.. cuba la buat nur.. lama2 insyaallah expert :)

    ReplyDelete
  6. salam kak nor....shortening tue kalu takde ape yg bleh diganti ek?marjerin ke minyak sayur ke??bleh ke kak??

    ReplyDelete
  7. ct hajar >> w'salam.. boleh gak kalau nk ganti dgn majerin tp kalau gunakan kesemua butter pun tak per gak..

    ReplyDelete
  8. kak nor saye dh cube resepi bun k.nor...wala...marvelous lembut tul..tp rupe tak secantik bun k.nor la huhuhu...btw thanks 4 the recepi =)

    ReplyDelete
  9. Thnxs a lot kak nor...Insya allah Aida cuba buat yer...:)

    ReplyDelete