f Secubit Garam: Kuih Bakar Pisang

N3 Terkini

Saturday, April 3, 2010

Kuih Bakar Pisang


Dah ramai yg cuba resipi Kuih Bakar Pisang oleh Cikgu Zana ni kan.. Dan rasanya semua puas hati dgn keenakkan kuih bakar ni. Sekali ngap ada rasa cam makan jemput pisang pun ya gak. Memang sedap tambah lagi bila K.Nor masukkan choc. rice kedalam adunan dan taburkan bijan sebelum lakukan proses membakar. Wangi semerbak dgn bau pisang dan bijan. Dari satu adunan dpt 4 bj kuih bakar dlm bentuk bunga pecah 8 yg kecik ni. Semua suka akan kuih bakar ni terutamanya si anak dara. Insyaallah boleh dibuat lagi lepas. Tapi cam biasa la K.Nor mmg tak suka sgt kuih yg manis2 jd K.Nor dah kurangkan sukatan gula yg dimasukkan. Tambah lagi K.Nor letak choc rice yg pasti akan memberikan rasa manis tambahan pd kuih bakar ni. Gabungan antara pisang dn coklat semestinya best kan.. Apa pun terpulang pd citarasa masing2 ya dan kena ingat gak kalau guna pisang yg masak ranum kena la kurangkan sukatan gula tu sbb nanti double manis lak kang...


close-up sket..

Mintak izin ya Zana nk panjang2kan resipi tu kat sini pulak utk dikongsikan dgn org lain. Tq ya..

KUIH BAKAR PISANG by Zana


Bahan2
1 sisir pisang masak ( 10 - 13 biji).. di lenyek kasar .. ~ k.nor guna 7bj pisang berangan
1 cwn tepung*
3/4 cwn gula*~ k.nor letak 4sb gula aje sbb letak choc rice
1 cwn santan*
1 cwn susu sejat/cair*
1 biji telur*
2 sudu besar butter*
5sb choc rice ~ optional... ni k.nor saja2 letak

Cara2
1. Blender semua bahan*
2. Tuang adunan ke dalam mangkuk berisi pisang lenyek dan di gaul rata.
3. Masukkan ke dalam loyang yang telah dilenser dengan butter
4. Bakar 180C selama 1 jam.. or lebih untuk dapatkan kerak yang hebat.
5. Sejukkan.. baru di potong.. masuk peti ais lagi bestt


2 comments:

  1. Ok...kita nak cari pisang sekarang jugak. nak cari pisang, nak cari pisang...tengoklah, sama ada makan terus pisang tu,,,atau jadi kuih...tunggu.

    ReplyDelete
  2. gerau >> cari jgn tak cari.. simpankan sesikat utk buat kuih sedap dan mudah ni.. k.nor tunggu gerau buat tau.. pastu jgn lupa hantar sini 1/2 loyang hihihi

    ReplyDelete