f Secubit Garam: NASI LOBAK MERAH

N3 Terkini

Friday, April 2, 2010

NASI LOBAK MERAH

Nasi Lobak Merah, resipi yg diambil kat rumah Ayu S'pore yg terror masak2 dan baking2 tuh.. Sedap nasi ni.. wangi jer bau dia. Sebagai pengiring pada nasi ni K.Nor masak Opor Ayam Merah dan Acar Mentah. Lupa la pulak nak snap gambar Opor Ayam Merah tu. Sapa2 nak cuba Opor Ayam Merah ni boleh la tengok kat sini ya..



NASI LOBAK MERAH
Sources:-From Aini Salim@ resipi ceria keluarga

1kg beras beriani
6 biji lada hijau dipecah2
1 sudu teh jintan halus-ditumbuk kasar2-(saya gunakan serbuk aje)
1 cawan minyak kacang ~ k.nor guna minyak bunga
1 sudu besar minyak sapi
3 batang lobak diparut
300g buah tomato dipotong halus
*6 biji bawang putih ditumbuk halus
*2cm halia ditumbuk halus
2 biji bawang besar dihirs
4cm kayu manis
3 biji buah pelaga
3 biji bunga cengkeh
garam


Sukat air 1, 100ml lalu ketepikan dulu. Beras dicuci lalu toskan, gaul dengan lobak parut. Panaskan minyak sapi dan minyak kacang. Tumiskan bawang besar, bahan2 tumbuk*, lada hijau dan jintan. Kacau sampai garing, lalu masukkan tomato, buah pelaga, kayu manis, bunga cengkeh dan air. Bila mendidih, masukkan beras dan garam, masaklah hingga tanak-(saya masukkan kedalam rice cooker dan masak seperti biasa).



##
K.Nor masak 1/2 jer dari sukatan kat atas (500gm beras basmathi)
K.Nor guna sebanyak 2 cawan carrot yg dah disagat


5 comments:

  1. ya allha..! cam tahu2 jer kan? tahu x nor, tadi pagi dah nak masak dah nasi carrot ni tau, pas tu cam ner boleh x mnjadi, postpon esoklah sbb esok x koje. nengok tu.., blh samer kan..? esok kita lak masak nasi ni! carrot dah 2-3 hari beli asyik x mnjadi jer nor.., busy sakan..!

    ReplyDelete
  2. ..nmpk cam sedap je kak, leh tiru nih nnt kalo free.

    ReplyDelete
  3. nor..akak belum pernah makan nasi carot ni..betul2 sedap ke..rasa teringin nak cuba..

    ReplyDelete
  4. Salam,
    Alahai, nasi carot Nor, dah habis baru ayu datang ni..heheh lambat sehari ler..bukan apa, kita kayuh basikal nak sampaikan Terengganu ..hehe..nak book budget airlines, semua dah habis, sebab semalam kan holiday kat spore ni..(Good Friday)..Apa2 pun thanks for trying ya Nor..

    Oh Yes, Nor, puji kita sampai melambung kebumbung rumah flat ni!!..tak ada teror nya lah!!..Nor, lagi expert nak dikatakan..Ayu lagi look up dengan Nor tau!!.. :-)

    ReplyDelete
  5. alahai..soriiii .. lama baru balas komen..

    am >> camna, dah menjadi belum nasi carrot nih? nak p makan ni :)

    khai >> try la buat, mudah jer tu..k.nor suka makan saja tanpa lauk.. dah sedap kat anak tekak akak

    k.erna >> try la kak.. mmg sedap dan kena dgn selera nor.. mudah2an kena gak dgn selera k.erna

    ayu >> tq to ayu too sbb share resipi ni.. mmg best tau..

    ehh.. sakit tak kepala tu terhantuk bumbung rumah hehehe.. apa tak betul nya.. mmg ayu terror masak.. nor lagi admire ayu.. sbb mcm2 masakan dan kuih muih yg ayu duk buat.. semua menggoda jer

    ReplyDelete