f Secubit Garam: Hati Goreng Kunyit & Lada Hitam

N3 Terkini

Saturday, March 5, 2011

Hati Goreng Kunyit & Lada Hitam

Masakan hati lembu yg sangat mudah nak buat tapi sedap bg anak tekak K.Nor. Kalau nak buat dgn hati ayam pun boleh. Kalau dalam pantang, ni la masakan yg sering K.Nor buat. Mudah sgt nak sediakan, semua main humban dalam kuali. Biasanya kalau dalam pantang K.Nor akan lebihkan lada hitam dan tak letak cili merah. Minyak pun tak guna gak, perap jer semua bahan dan masukkan dalam kuali. Masak lah hingga hati tu masak dan kuah kering. Jom tengok resipi yg simple ni.


HATI GORENG KUNYIT & LADA HITAM
resipi : K.Nor@SecubitGaram

250gm hati lembu ~ dipotong
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu besar lada hitam ~ ditumbuk
2 sudu besar kicap
1/2 cawan air
sedikit garam
1 labu bawang besar ~ dipotong baji
1 biji cili merah ~ dipotong serong
sedikit minyak

Perap hati lembu bersama serbuk kunyit, lada hitam yg ditumbuk dan kicap.
Panaskan minyak dan masukkan hati lembu tadi.
Goreng seketika dan masukkan air.
Biarkan merenih dan masukkan garam.
Bila kuah hampir kering masukkan bawang besar dan cili merah.
Kacau dan goreng sekejap hingga bawang dan cili layu.
Angkat dan hidangkan.

* Tip memasak hati lembu
1. Gaul hati lembu yg dah dipotong dengan sedikit gandum bersama sedikit air.
Perap dalam 15 minit dan bilas bersih. Toskan. Ini utk menghilangkan bau hati lembu tersebut.
2. Hendaklah memasak dengan api yg sederhana jer. Biasanya hati lembu yg dimasak dgn api yg besar/kuat akan jadi keras.



13 comments:

  1. K.Nor...lapola pulak tengok lauk ni...nak sikit...he he

    ReplyDelete
  2. k.nor--
    dari pagi daku tak makan lagi...diet nie..
    wah..bila melihat hati lembu digoreng kunyit lada hitam...
    terus meleleq....

    lapo..

    ReplyDelete
  3. kak nor, mas tengok jer hati lembu tu sebab mas tak makan...
    tapi kan..nampak sedapp la..he..he..
    ambik bau jer la..

    ReplyDelete
  4. kita makan gak tp bisa beli siap masakla.....hihi,,,ada cara rupanya nak masak tu ye....

    ReplyDelete
  5. knor mmg sedapkan masak camni,kalau dlm pantang mau tambah nasik heheheh ,saya suka jugak letak jintan @ rempah sup

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum...
    Rasanyasemua bahan ada kat dalam peti ais tu. Tapi masa cam takde je. Huaahhhh simpan dulu h/work ni.

    ReplyDelete
  7. as-salam...

    td p jamuan, ada satu menu gulai umbuk kelapa sawit kot...kak nor penah mkn? biasenyee tengok gulai nangka...

    kak nor leh komen kt n3 liza ^__^, sajee nk tengok pendapat akak...

    ReplyDelete
  8. assalam kak Nor....wah ini memang my fav ni...kalau dpt ratah gitu pun sodap...suka mkn hati tapi tak bagus dimkn selalu kan.

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum Nor..

    Hati goreng kunyit dan lada hitam ni mesti sedappp! Ni juga fav Lin..

    ReplyDelete
  10. wahh hati lembu..my feveret..lama dah x makan...tibe2 teringat ka mak kite la pulak..klau die masak hati nih memang sedappp....

    ReplyDelete
  11. cik cek >> ermmm tak makan lg ke? nak offer pun dah abis cek :)

    ayu >> ayu dah slim melim pun nak diet gak ke? tak yah la diet ayu, kang tinggal sekeping hehe

    mas >> mmg sedap bg penggemar hati lembu mas.. sayang lak mas tak makan.. sedap tau :)

    ana >> yep, kalau silap masak, hati jd keras kejung :)

    mimi >> haaa tu la kalau dlm pantang, mmg berselera benor bila makan lauk gini.. cukup dgn nasi putih panas dan ulam..best :)

    ReplyDelete
  12. sam >> w' salam.. sibuk sgt ke minggu ni sam :)

    liza >> salam liza, k.nor mmg tak reti makan umbut kelapa ni, tak kira la kelapa nyior ke , kelapa sawit ke.. hehe.. tp bg yg suka mmg sedap kan

    dah komen dah.. :)

    nieza >> salam ..sama la kita nieza, akak mmg suka ratah jer lauk gini.. sedap kan :)


    lin >> w'salam.. yep, simple dan sedap kan lin :)

    ReplyDelete
  13. sedapnya kak nor...yumyum...

    ReplyDelete