f Secubit Garam: Mari Melabur...

Monday, March 7, 2011

Mari Melabur...

ASALAMUALAIKUM...

Di sini K.Nor amik kesempatan utk menguarkan satu berita yg bakal memberi pulangan atau keuntungan besar bagi mereka yg ingin menambah kekayaan. Bukan kekayaan di dunia maksud K.Nor tapi kekayaan atau bekalan utk kehidupan kita di alam akhirat, alam yg pasti kita tempuhi satu masa nanti.

gambar dr blog Liza

K.Nor dpt info ni dr Liza@Cun09, yg mana sebuah surau bakal didirikan di Kg Losong Panglima Perang, Kuala Terengganu. Kerja2 menimbun tanah dah pun selamat dijalankan dan skrg sdg dlm proses membuat longkang. Sukacitanya lah andai teman2 blogger atau kepada pengunjung SecubitGaram dapat sama2 merebut peluang membeli saham dlm pembinaan surau ni. Ikhlaskan diri kita semua utk mencabut sedikit dr duit simpanan atau duit belanja harian atau duit dapur utk sama2 membeli saham yg bakal memberi pulangan besar buat kita di akhirat nanti. Kalau nak bagi banyak lagi bagus kan, lagi banyak saham yg dilaburkan lagi tinggi pulangan dari Allah nanti.. insyaallah.. Boleh juga melabur atas nama kedua org tua kita dan andai ada di antara org tua kita yg dah pergi terlebih dahulu, hadiahkan ganjaran tersebut mereka..insyaallah akan sampai kepada mereka nanti..

Bagi para lelaki yg merokok tu, kalau selama ni hari2 duk labur kat tokey rokok, apa kata amik peluang ni melabur pulak kat syarikat Allah ni. Kalau lah yg ada niat nak berhenti merokok tu, panjatkan lah doa mohon keberkatan atas duit yg disalurkan agar Allah mengizinkan utk anda berhenti terus. Allah amat berkuasa atas tiap2 sesuatu, mudah2an doa anda dimakbulkan.. Bagi blogger yg baru/bakal dpt rezeki dr Nuff/Innity, jom la laburkan sedikit dr hasil blogging tu. Insyaallah duit yg kita dapat tu, akan lebih berkat dan mudah2an Allah gandakan lagi rezeki kita nanti. Apakata uar2kan juga pada teman sepejabat/kenalan maupun keluarga/sdara mara supaya dia org pun boleh turut sama membeli saham akhirat ni, kan.. :)

Tapak surau di Kg Losong Panglima Perang, K.Trg.

Dah terbuka hati nak melabur dalam saham ni? Alhamdulillah.. jgn tangguh2 ya.. Ni no acc yg perlu digunakan utk penyaluran duit pelaburan saham tu.. RHB Islamic Bank Berhad 21306160003093 Insyaallah, setiap duit yg disalurkan akan digunakan sepenuhnya dlm pembinaan surau ni. Kalau ada yg bermurah hati nak salurkan bahan2 binaan atau apa2 sumbangan berbentuk material spt alatan letrik dan sebagainya boleh lah berhubung dgn Liza (dgn meninggalkan komen di blog beliau di SINI) Mari lah kita sama2 membeli saham utk menjadi bekalan kita walau saham ini tiada sijil, tiada pengesahan bertulis.. insyaallah keuntungannya akan kita perolehi seperti mana yg dah dijanjikan Allah (dgn syarat, hendaklah kita ikhlas dan tidak riak dgn amal yg kita lakukan ni) Semoga setiap pelaburan anda akan mendapat ganjaran dan keberkatan dlm kehidupan di dunia dan di akhirat.. amiiin....