f Secubit Garam: Mihun Rebus Ala Kampung

N3 Terkini

Monday, March 7, 2011

Mihun Rebus Ala Kampung

Ada sapa2 berpuasa arini? Meh kita berbuka sama2 dgn Mihun Rebus Ala Kampung yg juga nama glamernya Mihun Chalong. Chalong adalah panggilan bagi homemade fishball. Kalau org Tganu suka buat fishball menggunakan ikan selayang. Kalau nak buat mihun ni dan rasa kurang rajin nak perisi ikan selayang, boleh juga guna ikan tenggiri tapi fishball yg menggunakan ikan tenggiri tak sesedap/semanis fishball ikan selayang.


Tak mau cakap banyak, nak gi siapkan air lak ni. Jom tengok resipi Mihun Rebus Ala Kampung ya..

MIHUN REBUS ALA KAMPUNG
resipi : K.Nor@SecubitGaram

1 bungkus mihun - celurkan sekejap & toskan
300gm isi ayam
* 300gm isi ikan selayang/tenggiri
* 1sk tepung jagung
* 1/2 sk garam
* 1sk serbuk lada hitam
3 ulas bawang putih - diketuk
telur (ikut suka letak berapapun/ikut bilangan org yg nak makan)
2 - 3sb lada hitam - ditumbuk
1 kiub pati ayam
2 liter air
sayur sawi, taugeh, carrot, jagung muda dan tomato
daun saderi

#utk lada kicap:
5 biji lada merah (kalau yg suka pedas bolehlah guna cili api)
5sb kicap manis
4 sb cuka

Mihun yg dah dicelur hendaklah direndam sekejap dalam air sejuk biasa. Ini adalah supaya ia tidak melekat antara satu sama lain nanti. Setelah itu toskan.
Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bawang putih hingga kekuningan dan masukkan lada hitam yg ditumbuk. Kacau sekejap hingga naik bau dan masukkan isi ayam. Kacau..
Masukkan air kedalam periuk dan masukkan garam dan kiub pati ayam. Sementara ia mendidih kita buat bebola ikan.
Utk buat bebola ikan*, ambil isi ikan (buangkan semua tulang dan jugak kulit ikan). Utk kerja lebih senang bolehlah guna ikan tenggiri. Saya lebih suka guna ikan selayang kerana isinya lebih manis jd kuah mi ini akan lebih sedap.
Tumbuk isi ikan hingga lumat, lepas tu barulah gaul sebati dengan tepung jagung, sebuk lada hitam dan garam.
Bila kuah mi sudah mendidih, gentelkan isi ikan tadi menjadi bebola (sebesar guli) dan masukkan kedalam periuk. Buatlah hingga habis dan tunggu kuah mendidih semula.Bebola ikan akan naik terapung bila ia masak.
Masukkan telur satu persatu tp jgn kacau biar ia masak lama sikit supaya telur tak pecah dan masukkan gula sebagai penambah perisa.
Masukkan sayur2an yg telah dipotong kecuali tomato. Biarkan sebentar barulah dimasukkan tomato dan bolehlah padamkan api. Ini supaya tomato tak lembik sangat.
Utk membuat lada kicap, hiris lada merah nipis2 dan gaulkan dengan kicap manis dan cuka. Lada kicap ni lah yg akan menambah keenakan mi rebus ini
Utk menghidang, masukkan mihun kedalam mangkuk dan cedukkan kuah bersama sayur2an, bebola ikan, ayam dan sebiji telur keatasnya. Taburkan daun saderi yg dihiris halus.. dan hidangkan bersama lada kicap...
Mi ni juga rasanya sesuai utk org dalam pantang juga kot.. sbb banyak guna lada hitam..

* juga sangat sedap kalau dimakan dgn sambal kicap



20 comments:

  1. Salam kak Nor

    memula kita ingatkan mee rebus yg biasa (fr the title) rupanya lain...tapi kak, tetap berselera arr...esp ada tu sambal kicap!! fuhhhh power arrr!

    ReplyDelete
  2. Salam Kak Nor...sedapnya tengok..saya tak puasa hari ni, kalau puasa..mau saya termimpi-mimpi malam ni...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum tuan rumah.

    Bestnyer kak, Tun masuk dalam list ehhh..mekasih

    ReplyDelete
  4. oo,ingat 1 calong rm1..2 calong rm2 :))) erm,ada kena mengena ngan chalong kat thai ke kak...tpkan kak..apa2 pun sambal kicap tuh yg kecur tgk :p~

    ReplyDelete
  5. salam nor.puasa ya..ni akak bawak rendang siam buat nor buka posa nanti.
    eh!telur tu lawo lah nor.hehe

    ReplyDelete
  6. sedapnya mihun sup tu....rajin akak buat fish ball tu yer...btw selamat berbuka puasa yer kak...:)

    ReplyDelete
  7. kak Nor.. sy ni ganu celup agaknyer, pesal xpernah mkn nih.. huhu..
    maybe sbb abah mmg x mkn kedai kot, so mkn apa yg mama msk kt umah je. mama xpernah masak nih, jakun je xtau kewujudan mee nih. hihi.. nnti blk ganu sy nk gi cari kt pasar malam. mesti ada, kn =)

    ReplyDelete
  8. k.nor..geng suka mee mai nii..simpan semangkuk tau..;)

    ReplyDelete
  9. Kak Nor.. kalau sesuai utk org dlm pantang sure saya nak bwt lah, insyaAllah ..sy tegah menunggu hari nak besalin ni..nnt leh lah suruh suami cari kan bhn2nya...TQ kak Nor...sssatu resepi yg anak...yg x dlm pantang pun boleh join sekali

    ReplyDelete
  10. oo bebola ikan..ingt daging tadi..uisshh best ni hirup sup yg bahan asas gini...sedap..pure gitu kan..

    ReplyDelete
  11. wah.........
    daku pula rasa ala2 kekampungan..
    mee rebus kampung yang berwarna putih..
    k.nor ayu simpan yer resepi nie..nak try if ada ikan selayang

    dah berbuka kan?

    ReplyDelete
  12. yat >> ni mihun rebus yg kekampungan style la yat, guna ikan.. org ganu kan mana boleh lari dr penggunaan ikan.. hehe

    haaa... pekena dgn sambal kicap tu yg sedap yat :)

    antan >> salam... hehe sampai termimpi2 tu, jgn sampai meleleh air liur tengah tidur dh la ya.. hihi

    tun >> w'salam tun.. silakan :)

    ReplyDelete
  13. del >> ehh tak ada kut.. mmg kat ganu ni org dulu2 panggil gitu utk homemade fishball :)

    k.anim >> salam k.anim.. alhamdulillah.. kena simpan la rendang tu dlm esbok, panaskan utk lunch esok sbb mlm ni semua ngadap mihun rebus belaka ni.. tq2 ..

    telur tu, kalau kita masukkan dlm kuah yg sedang mendidih, pastu jgn kacau.. biarkan sampai dia mengeras baru la dpt shape gitu :)

    noor masri >> beres!!! nak chalong lebih tak? hehe

    ReplyDelete
  14. nieza >> mmg kena rajinkan kalau nak makan mihun gini, sbb kalau guna fishball readymade kat kedai tu tak best sbb dah ilang manis air ikan tu kan.. sbb tu kuah mihun ni sedap dihirup :)

    mekasih nieza.. dah selamat berbuka dah :)

    tun >> rasanya mee gini jarang jual kat kedai.. ni mee org dulu2.. selalu guna isi ikan dr ayam.. mungkin sbb mak tun tak pernah makan tu yg dia tak pernah buat kut :)

    rasanya kat pasar malam tak ada kut

    ReplyDelete
  15. pia >> buat apa simpan, meh la makan skrg ni :)

    sheila >> boleh sgt2.. utk sheila, letak lebih lada hitam dlm mangkuk masa nak makan tu, biar panas sket badan. rasanya elok guna ikan tenggiri la kalau utk org dlm pantang ya.

    ReplyDelete
  16. izah >> cuba sekali buat mihun yg letak bebola ikan homemade gini, rasanya lg sedap kalau guna daging tau.. hehe

    sbb tu k.nor bg nama ala kg, sbb bahan2 yg org kg biasanya mudah nak dpt :)

    ayu >> silakan ayu.. try la buat, makan dgn sambal kicap tu mmg sedap.. kalau time demam makan mihun rebus gini mmg sangat2 menyelerakan, pastu kejap lg kebah la demam sbb badan berpeluh2 kes lada hitam tu.. :)

    ReplyDelete
  17. sy puasa...:)
    alaa terlambat bukak blog akak...huhu
    xper la..nak tgk jugakk hehe

    ReplyDelete
  18. salam akak....

    kalu buka blog awai leh gok buke pose ngan meerebus ^__^

    ReplyDelete
  19. mungelily >> laaa.. apasal lambat dtg, kalau tak boleh buka puasa sama2 :)

    liza >> salam liza, sorang lg ya.. tkper.. lain kali lak ya :)

    ReplyDelete