f Secubit Garam: Jeruk Pauh ~ updated

Friday, March 11, 2011

Jeruk Pauh ~ updated

ASSALAMUALAIKUM...

Salam Jumaat buat semua... Dah breakfast? Kalau dah tak per la ya, K.Nor nak tayang menu bukan brekafast ni. Memang tak leh wat breakfast benda2 gini, kang tak pasal2 kerap masuk toilet hehe...

Musim buah pauh kembali lagi. Kalau sebelah Trg ni org panggil buah ni buah pauh. Ada yg panggil buah pelam (singkatan dr buah mempelam). Kalau sebelah pantai barat atau negeri2 lain biasanya panggil buah mangga kan. Paling seronok bila tiba musim buah pauh ni, ialah dapat buat jeruk pauh a.k.a jeruk mangga muda. Kalau dapat yg masih muda dan empulur dalam masih lembut, senang nak buat potong mangga ni. Hasil jeruk pun lebih cantik dan sedap dimakan tanpa empulurnya tu.


Anak2 dan cik abg K.Nor (kecuali Luqman) mmg antu dgn Jeruk Pauh versi putih gini dari versi pedas. Tiap kali buat mmg banyak, tak leh buat sikit2. Jenuh nak memprosesnya tp tang makan tu... ermmm 2 hari jer abis licin... Kalau dulu2 sorang2 jer la K.Nor duk proses tp skrg ni alhamdulillah.. anak2 dah besar dan boleh bantu. Naim selalunya amik part kopek kulit buah dan Aisyah tukang hiris nipis2. Part belah dua buah dan yang lain2 K.Nor yg buat.. Alhamdulillah.. gotong royong bawak berkat .. hihih

Kali ni terajin sket nak amik The Making.... So layan gambar2 ni ya... Resipi akan di update kemudian.. Tukang masak dah lewat ni, kang tak sempat hero2 nak makan sebelum solat Jumaat..

UPDATED:

Resipi Jeruk Pauh @Mangga Muda K.Nor ni adalah resipi yg tak letak 'ibu' atau pengawet atau bahan kimia. Kalau yg dijual dlm botol2 tu, yg kebiasaannya dr Thailand, biasanya dicampur bahan yg dpt buat jeruk kita tahan lama tanpa duk dlm esbok. Biasanya bila kita makan rasa cam rasa asid atau kesan perit tekak bila makan sikit maupun banyak. Yg K.Nor buat ni mmg betul2 asli, tanpa pengawet atau biasanya org Tganu sebut 'ibu' jeruk. Insyaallah kalau buat dan simpan dlm esbok akan tahan lama gak la. Tu kalau tak makan, kalau makan, gerenti tak sampai 2 hari dah abis licin hehe.. Setakat yg K.Nor duk buat bertahun2 dah dgn cara K.Nor ni, tak pernah lg duk lama dlm esbok. Paling kurang masuk hari ke 4 dah tinggal bekas kosong. Biasanya K.Nor buat dlm 2 - 3kg buah mangga muda. Bagi yg nak resipi Jeruk Pauh/Mangga versi pedas boleh rujuk pada resipi Jeruk Kundang, cuma tukarkan aje buah kundang kepada buah pauh/mangga muda ya..

JERUK PAUH/MANGGA MUDA
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
2kg buah pauh/mangga muda
5 sudu besar garam kasar
3 cawan gula
6 cawan air
air utk merendam hirisan mangga

Cara:
Kopek kulit buah mangga dan kemudian belah dua.
Buang biji dalamnya dan hiris nipis buah tersebut. Jgn terlalu nipis nanti jeruk yg dihasilkan lembik dan tak rangup (anggaran dlm 1/2 cm). Buat sampai habis.
Basuh buah mangga yg dah dihiris tadi dan masukkan kedalam sebuah bekas/besen yg besar.
Isikan air menutupi paras buah mangga dan masukkan garam. Kacau.
Biarkan lebih kurang 24 jam sambil sesekali dikacau. (tak perlu letak dlm peti ais)
Bila buah mangga dah bertukar kekuningan, bilas bersih dan toskan.
Masak gula bersama 6 cawan air hingga mendidih dan gula larut. Sejukkan.
Bila air gula dah sejuk, tuangkan ke dalam bekas berisi hirisan mangga. Kacau sebati.
Masukkan kedalam peti ais dan biarkan selama 12 - 24 jam. Lagi lama lagi mesra mangga dgn air gula.
Hendaklah sesekali keluarkan dan kacau agar air gula sebati dgn hiraisan mangga.
Kalau nak kuah lebih, boleh lebihkan air dan gula masa memasak air gula.
Andainya jeruk kurang manis bolehlah ditambah gula dgn cara menaburkan gula secukupnya atas jeruk dan simpan balik dalam peti ais. Insyaallah gula akan larut dan jangan lupa utk mengacaunya .
Jeruk ni sedap dimakan sejuk.

*Memang makan masa sket nak hasilkan jeruk ni tp insyaallah berbaloi-baloi ^___^
* untuk menghasilkan jeruk yg rangup boleh juga dimasukkan sedikit air kapur dlm air rendaman (bersama garam)