f Secubit Garam: Brownies Mudah

Thursday, March 17, 2011

Brownies Mudah

Memang mudah sangat2 nak buat brownies ni. Sukat bahan2 yg diperlukan pastu adun atau mix dgn handwisk. Kejap jer dah boleh masuk oven. Sambil masak lunch tadi dah siap 1 loyang brownies ni. Brownies ni K.Nor buatkan sebagai bekalan utk Aisyah ke kem di Batu Rakit tadi. Alhamdulillah, sedap tp sedikit pahit. Rasanya kalau nak buat lagi kena kurangkan sket sukatan serbuk koko.


Resipi amik kat rumah Hana dan pernah nampak K.Anim pun dah buat brownies ni. Mekasih Ina dan tuan empunya resipi yg mana dia dah share kat MyResipi..


BROWNIES MUDAH
sumber asal : wssary@myresipi.com
source : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
6 sb serbuk koko
1/4 cawan mentega cair
1 cawan gula- hana buh 1/3cwn gula putih, 2/3cwn gula perang
1/2 sk vanilla
1/4 sk garam
1/3 cawan tepung gandum
2 butir telur
1 cawan kekacang - optional

Cara-cara
Panaskan oven suhu 160-170 darjah celcius.Taburkan sedikit tepung dalam loyang empatsegi berukuran 18cm - hana sapu loyang dengan butter
Masukkan mentega cair,koko,gula,vanilla,garam,tepung dan telur ke dalam mangkuk.
Gaul sebati. Masukkan kekacang jika mahu.
Masukkan adunan dalam loyang dan bakar lebih kurang 25-30min.

*yg K.Nor buat:
gula perang : 2/3 cawan
gula castor : 1/4 cawan