f Secubit Garam: Ayam Goreng Rempah Madu

N3 Terkini

Tuesday, March 29, 2011

Ayam Goreng Rempah Madu

ASSALAMUALAIKUM...

Bersiaran lewat hari ni.. Mood menghapdet masih belum pulih hehe.. Meh layan Ayam Goreng Rempah Madu, resipi teruna Sedenak nun. Ayam ni K.Nor gandingkan dgn nasi ayam. Dah selalu sgt duk tayang nasi ayam, jadi tayang menu ayam goreng ni ajer la ya..


Halal ya Che Mat, K.Nor nak panjang2kan resipi tu kat sini pulak.. Syok meratah ayam ni, tak makan nasi pun.. :)


AYAM GORENG REMPAH MADU
resipi : CMGebu
sumber : K.Nor@SecubitGaram

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam, kerat 4 bahagian, buang kulit*
1 biji lemon, perah jusnya*
1 camca besar garam*(*diperap 20 minit, cuci dan toskan)
2 camca besar madu
2 camca besar kicap pekat
Garam secukup rasa
2-3 camca besar tepung beras

BAHAN KISAR HALUS :-)
2 camca besar ketumbar
1 camca teh jintan kasar
1 camca teh jintan halus
3 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
2 batang serai, hiris halus
2 biji buah keras
1/2 camca teh lada hitam
3 camca besar santan pekat (atau susu sejat)

CARA MEMBUATNYA :-)
Ayam direbus selama 15 minit. Tos dan sejukkan, stok ayam disimpan untuk kegunaan kemudian nanti. Ayam tadi letak dalam satu bekas.
Satukan madu, kicap dan bahan kisar halus pada ayam, lumur rata dan tambah garam secukup rasa. Perap semalam 12 jam dalam peti sejuk.
Panaskan minyak untuk goreng terendam. Tabur tepung beras pada ayam tadi., gaul rata dan goreng hingga ayam masak dan bahagian luar kuning keemasan. Angkat dan sejukkan. Potong ikut saiz yang anda kehendaki, boleh hidangkan bersama nasi ayam, sambal, dan supnya....

8 comments:

  1. kak nor, sihat??? pekena ayam nih ngan nasik ayam best nih...dah agak lama tak buat nasi ayam!!!

    ReplyDelete
  2. pss kak nor, kata nak simpan tuuu..hehe..
    kak nor tak makan nasi, saya ni kan mmg perut org kampung yang tak mcm kampung.ye la org kampung kerja penuh kudrat habis sgala tenaga kan, saya neh mana ler nak buang tenaga sangat, tapi nasi musti makan.huhuhu...
    sedap nampak ayam tu tengok aje bebhan dah tahu kesudahannya.sah sah wangi.aloo buah keras lupa nak beli lagi..adehh

    ReplyDelete
  3. saya pun buat nasi ayam aritu... hehe...

    psssttt.. kak nor.. jemput mkn timun betik bersantan! penoh makan dok?

    ReplyDelete
  4. wahhh..sedappnya..
    nak 4 ketoi kak ayam tu..he..he..

    ReplyDelete
  5. wahh.. byknyer bahan perap. mesti sedap nih.

    ReplyDelete
  6. Salam Nor...
    Mesti sedap nih coz bahan2 perap bnyk :P

    ReplyDelete
  7. Wow...ayam tu mcm memanggil2 nama love la kak!!! Aduiiii tak tahan...kecurrrr! My son tgk semcm je kat I..."why r u drooling at the phone Ma?" hehehee..

    ReplyDelete
  8. mengiurkan sungguh...lama cari resepi ni...TQ kak

    ReplyDelete