f Secubit Garam: Selamat Pengantin Baru Yana

N3 Terkini

Monday, March 28, 2011

Selamat Pengantin Baru Yana

 ASSALAMUALAIKUM...

Pada hari Sabtu 26 Mac 2011, berlangsung majlis akad nikah Yana dgn Danial di rumah abg K.Nor (ayah Yana) di K.Trg ni. Alhamdulillah, majlis yg diadakan secara kecilan selamat berlangsung dalam cuaca yg panas tapi tak terik sangat. (2 hari sebelum majlis kawasan perumahan abg K.Nor ni dinaiki air termasuk rumah abg K.Nor tapi rumah abg K.Nor tak teruk sgt. Air memenuhi porch kereta dan juga ruang dapur) Acara akad nikah bermula lebih kurang pukul 11.15pg dengan dihadiri keluarga terdekat sebelah abg K.Nor dan SIL, rombongan dari sebelah pengantin lelaki (dari Batu Pahat dan Jelebu) serta jiran tetangga. Majlis hanya dibuat kecilan aje berdasarkan syarat dari pihak penganjur Gerbang Cinta yg mahukan majlis di Kuala Lumpur nanti menjadi lebih grand utk pasangan pengantin yg menjadi juara ni. Jadi tak ada lah makan beradap, bersanding dan lain2. Sekadar acara akad nikah, sarung cincin utk acara membatalkan air sembahyang dan pertukaran barang hantaran. Insyaallah Majlis Persandingan akan diadakan di Kampung Pengantin, Setapak pada minggu depan.


Kepada Yana dan Danial, Selamat Pengantin Baru dari Chu Sekeluarga.. Semoga ikatan perkahwinan ini mendapat limpahan rahmat dan keberkatan dari Allah Taala dan semoga bahagia hingga ke akhir hayat dan dikurniakan zuriat yg soleh dan solehah.. Barakallahulakuma...







19 comments:

  1. selamat pengantin baru buat buat Yana dan Danial...
    moga berbahagia hingga ke akhir hayat...
    cantik pengantin tu..sama padan...
    moga cepat2 dapat baby yer....

    patut la kak nor sibuk...anak sedara kahwin yer....
    alhamdudillah majlis berjalan dengan lancar...

    ReplyDelete
  2. Selamat Pengantin Baru wat Yana dan Danial...Semoga berkekalan ke akhir hayat...Waaah kecil2 pun meriah gak nampak...nnt Penganjur Gerbang Perkahwinan buat lg meriah la nooo...Nor dah tempah baju lip lap ke tuk majlis oleh Penaja tuh..hahahahah...

    ReplyDelete
  3. Tahniah..Yana dan pasangan..selamat pengantin baru..tak sabar nak tgk majlis yg grand plak hihihi

    ReplyDelete
  4. Subhanallah...kalu xsilap ni mcm jiran kita nih...dulu duk satu tmn ngan kita...dh besar dh si danial nih..comel pengantinnya..tahniah jd juara ;D

    ReplyDelete
  5. Sweet looking couple! My best wishes to them ;)

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah.. dah selamat diijabkabulkan...

    selamat pengantin baru buat Yana & Danial... semoga ikatan yang termeteri menjanjikan kebahagiaan berkekalan hingga ke syurga... mudah2an... Amin...

    ReplyDelete
  7. selamat pengantin baru buat yana dan suami.semoga berbahagia hingga ke syurga dan cepat2 dikurniakan penyeri rumahtangga.

    kat setapak ke kak nor penganjur nk buat grand2 tu? ooo ke KL la akak next week ye.

    tak pe kak nor.rehat rehat kan diri dulu.nanti demam tak best la nak gi KL.hehe

    ReplyDelete
  8. slmt pnganti baru...smga kekal abadi hendaknya

    ReplyDelete
  9. selamat pengantin baru buat yana n danial..semoga kekal bahagia sebagai suami isteri sehingga ke akhir hayat..semoga rumahtangga diberkati Allah selalu..

    p/s:Pasangan yang baju putih tu tetap versi pengantin lama yg comel!

    ReplyDelete
  10. heee..tahniah..slmat pangantin baru..perasaan nak kawin kian mendatang ;p semoga cepat2 dpt baby ;)

    ReplyDelete
  11. selamat pengantin baru..

    p/s cntiknye warna pink..suke tgk..=)

    ReplyDelete
  12. doa dari kami sekeluarga ..semoga pasangan yana & danial berbahgia hingga ke akhir hayat..Amiin.

    ReplyDelete
  13. Selamat penganti baru.

    K nor nak cupcake oreo tu 4 ketui.

    ReplyDelete
  14. Selamat Pengantin baru buat anak sedara K.Nor dan pasangannya. Owh, fully sponsored la erk majlis sandingnya nanti? Syok! Syok! Wah, mesti besar-besaran kan. Tak tau plak saya apa tu program Gerbang Cinta tapi apa2 pun didoakan semoga pengantin berbahagia dunia akhirat hendaknya.
    p/s: mak sedaranya pulak, dh tempah baju ikut tema ke? hehehehehe.... memandai jer saya ni..

    ReplyDelete
  15. cantiknya kaler pink.. selamat melayari bahtera perkahwinan. moga bahagia.

    ReplyDelete
  16. comeinya pengantin... semuga dipanjangkan jodoh sehingga ke akhir hayat.. amin....

    ReplyDelete
  17. Selamat Pengantin Baru buat Yana dan Danial.....kredit utk mak sedaranya yg anggun lagi tu...sukerrrrrnya tgk gambo2 k.nor...ni bukan bodek tau..benar2 kejadian...kecik molek jer k.nor ni tau...

    ReplyDelete
  18. salam...baru semalam shida baca ttg dorang kat utusan...tak sangka plak anak sedara kak nor..tahniah org yana dan danial...

    ReplyDelete