f Secubit Garam: Apple Crumble

N3 Terkini

Tuesday, March 15, 2011

Apple Crumble

ASSALAMUALAIKUM...

Ni lah dia dessert yg K.Nor buat smlm sebagai hidangan utk abg K.Nor dan familinya. Dah beberapa hari beli apple dan plannya hanya nak buat Apple Crumble ni la.. Duk KIV manjang.. last2 kebetulan ada tetamu yg nak dtg rumah, terus teringat kat cik apple yg duk bertapa hampir seminggu dlm esbok.


Mudah dan kejap jer nak buat dessert ni sebenarnya. Bahan2 sampingan lain mmg dah tersedia ada kat dapur. Lagi la senang kerja kan. Panaskan oven, gris mangkuk/bekas yg nak digunakan, pastu potong apple tu. (K.Nor tak buang kulit apple tu, saja jer tak nak buang) Susun aturkan apple dlm mangkuk dan tabur campuran gula perang dan serbuk kulit kayu manis. Buat 3 layer dan last sekali atas tu tabur dgn adunan crumble (campuran tepung, butter dan gula). Anak sdara K.Nor yg tulun aturkan apple dlm bekas tu.. Pastu bakar lebih kurang 1/2 jam, siap! Sambil menunggu Apple Crumble siap dibakar, godek sekejap sos kastard tu. Tak sampai 1 jam, dah siap satu dessert yg sedap! Tambah sedap bila dimakan bersama aiskrim.. Memang yummy!


Resipi Apple Crumble ni K.Nor amik kat rumah AlongRoz. Mokwo rasanya dah ulangkali buat kan.. Mintak izin ya Along, Nor nak c&p resipi tu kat sini sbg rujukan di lain waktu.. Mekasih :)

APPLE CRUMBLE
By: Roz@HomeKreation

Size: 6"x9" casserole
BAHAN2:
3 biji Epa Fuji - kupas kulit & hiris
3 sb Gula Perang*
1 st Serbuk Kayu Manis* (* campur)
75g Tepung
40g Mentega
1 sb Gula

SOS KASTAD:
250ml Susu Segar
1 sb Gula
1 sb Tepung Kastad
1/2 st Esen Vanilla

CARA2:
1. Gris bekas kaserol and susun hirisan epal.
Tabur 1 sb gula campuran kayu manis.
Susun lagi hirisan epal & ulangi sehingga 3 lapis.
2. Campur tepung & mentega seperti serbuk roti.
Campurkan gula & tabur ke atas hirisan epal.
3. Bakar 180C selama 30 minit.
4. Campur rata kesemua bahan sos kastad.
Masak dgn microwave 4-5 minit, kacau setiap seminit. (k.nor masak cara double boiler)
5. Hidangkan Apple Crumble dgn sos kastad & aiskrim vanilla.

9 comments:

  1. kt sini klu bt ni mmg laku..sedap kan kak..lg bnyk crumble dia lg sedap! :p~

    ReplyDelete
  2. haah mokwo berulang kali berangan nak buat, tapi tak buat2 lagi...asyik makan org lain buat jerr..sedap lah orang lain buat..mokwo ingat nak buat resepi dayang punya sebb ianya dekat2 dgn ape yg mokwo makan hari tuh!
    in the mean time, ceduk kak nor punya dulu..hooray!!

    ReplyDelete
  3. del >> yep.. mmg sedap! :)

    mokwo >> aikkk rasanya bukan kat blog mokwo aritu duk buat ulang2 kali? dah kero mata ni kut.. buat la mokwo.. mudah sgt2 ni.. kejap jer dah siap, dah boleh makan.. :)

    ReplyDelete
  4. sedap nih...teringat plak dah berhari2 anak saya mintak buatkan tp masih tk terbuat buat jugak

    ReplyDelete
  5. Kak nor,kat crumble dia tuh yg sedap kan kak,sempat lagi akak godek dessert yer,kalu sy tetamu duk ada maunya gelabah sakan,ngee..

    ReplyDelete
  6. mesti sedap ni.. masam2 manis...

    p/s: mari c&p resepi kerabu ikan aye... hehe.. tq kak nor!

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Nor...

    Sedapppnya!

    ReplyDelete
  8. zarin >> yep, sedap dan mudah sgt2 nak buat kan :)

    zaliedana >> kena cool la.. relek2.. jgn gaduh2.. insyaallah.. boleh jer buat tu :)

    lin >> w'salam lin..

    sori la lin, nak offer pun dah abis :)

    teratai >> suruh fatihah buat k.ga.. insyaallah dia boleh :)

    ReplyDelete