Plan nak bg MC kat dapur tak berjaya sepenuhnya. Setakat utk lunch jer bg MC, time dinner MC ditarik balik.. hehe.. Dah banyak hari duk teringin nak buat Mihun Goreng Taucu tapi asalnya nak guna resipi Mee Hoon Goreng Taucho CMG. Dah salin resipi, simpan balik. Nak dgn tak nak buat tu sama banyak. Kes tengok dlm resipi Che Mat tu kena buat paste cili dulu.. ermmm... kurang rajin sungguh nak buat paste. Padahal bukan susah atau cerewet pun nak buat paste tu, saja jer nak malas2kan diri dr buat hehe..
Last2 petang td, dah tak pikir nak buat paste lg dah. Terus jer godek mihun ni dgn kaedah sendiri. Tumis jer rempah cam nak goreng mihun biasa2 tu, pastu tambah jer taucu dalam rempah tumis tu. Ok per.. hehe.. Tak yah susah2 nak buat paste. Kalau dah kurang rajin tu gak.. mcm2 alasan la kan.. Tak kisah lah.. Mihun Goreng Taucu pun dah siap, dah abis licin dibedal 5 beranak. Tanya dia org sedap ke tak, SEDAAAAAAP! haaa... tu dia jawapan dia org.. Kalau tak sedap takkan licin kan.. hehe
MIHUN GORENG TAUCU
resipi : K.Nor@SecubitGaram
300gm mihun ~ direndam hingga lembut dan toskan
3 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang
2 sudu besar cili mesin
1 labu bawang besar *
2 sudu besar udang kering * (diblend)
2 biji tomato ~ dihiris
3 sudu besar taucu
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap manis
2 sudu besar kicap cair
1 biji telur
sayur kobis ~ dihiris
1 1/2 cawan air
garam dan gula
minyak
Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan bawang putih.
Goreng hingga kekuningan dan masukkan cili mesin. Goreng lagi hingga cili garing.
Masukkan isi ayam dan goreng sekejap.
Masukkan bahan bawang besar dan udang kering yg diblend.
Goreng hingga kering dan pecah minyak (minyak kena guna lebih sket sbb kalau guna udang kering, biasanya udang menyerap minyak). Boleh gak masukkan sedikit air utk menghasilkan tumisan pecah minyak.
Masukkan buah tomato yg dihiris, taucu, sos tiram, kicap manis dan kicap cair. Goreng lagi hingga sedikit kering.
Masukkan telur yg dah dikocok. Biarkan seketika baru lah dikacau.
Masukkan sayur kobis dan mihun. Masukkan juga air, garam dan gula secukupnya.
Kacau2 hingga mihun sebati dgn rempah tumisan.
Masak sehingga air/kuah kering dan mihun masak.
Angkat dan hidangkan.
*hati2 nak masukkan garam sbb dah ada rasa masin dari taucu, sos tiram dan kicap cair.


Kak nor,wah xpernah buat lagi goreng mihun di letak taucu,1 kelainan yg harus di cuba nih,hehe..Btw mihun akak nmpak yummy sgt..
ReplyDeleteAsalamualaikum kak :)
ReplyDeleteade tauchu!yummy
assalammualaikum kak nor..ishh kita belum buat sarapan ni, terus nampak mengiurkan sangat2 mee hoon tu...terima kasih lah sudi mencuba..
ReplyDeleteAssalamualaikum...
ReplyDeleteSib baik kak nor bagi h/work senang. So tak jadi le berenti sekolah.
kak nor, sedapnya bekpes bihun pepagi...
ReplyDeleteterliur dah ni nengok bihun akak tu..nampak sangat sedapp la...
sedapnyer k.Nor...ptg ni leh cuba ni sbb angin nak masak xbrp ader, so msk simple2 gini okla kan?heheh
ReplyDeletezaliedana >> k.nor pernah makan mihun goreng taucu gini, tapi laaaaaaama dulu.. org lain buat.. mmg suka dgn rasa taucu dlm mihun tu.. tu yg teringin nak makan :)
ReplyDeletepia >> w'salam.. pia pun suka dgn mihun goreng taucu ya...
che mat >> w'salam che mat.. mekasih kembali :)
sam >> ish.. ish.. mana boleh berhenti skolah.. nak jadi apa nih? pandai2 jer nak berhenti ya.. dah.. jgn pikir nk berhenti.. usaha tangga kejayaan... haha
ReplyDeletemas >> alhamdulillah.. sedap kat anak tekak akak sekeluarga.. :)
zila >> try la, version akak punya simple jer.. nak yg tak simple kena guna version che mat hehe..
kemana perginya mood tu.. panggil mood tu balik ya.. :)
as slm kak nor, biasa mihun brand apa yg kak nor guna ye? sblm ni kak nor ada rekomen sardin 'PERTIMA' sy jmpa je kat Mydin terus sy sambar try satu.
ReplyDeleteleyza >> salam.. k.nor tak tetap pd satu jenis mihun jer, cuma k.nor lebih suka guna keluaran bumiputera..
ReplyDelete