f Secubit Garam: Ayam Ros Pandan

N3 Terkini

Monday, March 21, 2011

Ayam Ros Pandan

ASSALAMUALAIKUM...

Ayam Ros Pandan, resipi CMGebu. Sedap, pedas, wangi daun pandan dan daun limau... dan apa lagi ek... ermmm.. cuba sendiri baru tau.. :)


Mintak izin ya Cha Mat, nak share resipi tu kat sini pulak. Mekasih..

AYAM ROS PANDAN
resipi : CMGebu
sumber : K.Nor@SecubitGaram

BAHAN-BAHANNYA :-)
7 - 8 keping ayam (guna bahagian peha dan kepak, lagi sedap)
2 batang serai, dititik
2 helai daun limau purut
1 helai daun pandan, koyakkan dan simpul
1 cawan air
1 camca besar gula melaka
2 camca besar bawang goreng
Sedikit gula
Garam secukup rasa
1 batang kayu manis
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan.

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 biji tomato merah
7 biji cili merah
2 biji buah keras
1/2 inci halia
1/3 inci lengkuas
1 camca besar sos tomato

CARA MEMBUATNYA :-)
Ayam dibersihkan, gaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit, kemudian goreng embal2 (lembap2 jangan garing sangat). Ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus bersama serai, daun pandan, daun limau purut dan kulit kayu manis hingga wangi dan garing. Tuang air dan kacau rata. Masukkan ayam tadi, gaul dan kecikkan api, Masak hingga pekat.
Tambah gula melaka, garam secukup rasa dan bawang goreng, kacau rata dan masak sekejap lagi hingga kelihatan sedikit kering. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan dengan taburan daun bawang dan bawang goreng..

14 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum kak :)

    hmmm,wangi ;D

    bahagian ayam tu memang kegemaran Pia

    ReplyDelete
  3. as-salam kak nor,
    nampak sedap sangat ayam ni. meleleh..kak nor kasi 4 ketol ayam...hahahah....

    ReplyDelete
  4. sedappnya...
    boleh try nanti....
    nak rasa sikit boleh kak nor..he..he..

    ReplyDelete
  5. huih macam sedap nih kak nor.. cuti2 hujung minggu leh buat makan ngan nasi briyani.. fuh meleleh..

    ReplyDelete
  6. Makan dengan nasi panas, sedap ni! Mau bertambah-tambah... tambah nasi, tambah berat badan.. segalanya lah... ahaks

    ReplyDelete
  7. sampai ke sini kewangiannya..hurmmmmmm...mmmmm

    ReplyDelete
  8. Assalam nor,
    waduh ayam harum thai belum terbuat lagi dah keluar harum ros ..mana satu niii....hehe

    ReplyDelete
  9. Knor
    I loike.. melihat gambar mu tergoda diri ku ahaks

    ReplyDelete
  10. How I wish to eat your cooking one day! This chicken makes me go gaga kak!!!

    ReplyDelete
  11. yelah kak nor..gambo2 shantik sangatlah! berapa kali kita telan air liur bila datang sini...tengok roti gulun kat bawah tu lagi lah...haiii ...verangan2 dulu

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum ...

    pia >> akak tak guna part peha aje, campur2 :)

    ady >> 4 ketul? wahhh.. banyak tu, 3 cukup la ya..hehehe

    mas >> sikit jer kan, meh akak cubitkan utk mas.. nganga mulut tau :)

    ReplyDelete
  13. nadja >> dgn nasi minyak, nasi tomato pun sedap gak ni nadja :)

    mamafami >> wahh lama tak nampak mama.. betul tu ma,semua tambah.. tu yg tak tahan huhu

    sue >> idung sue cap apa? kuat benor sampai ke Mukah bau wangi ayam ni ya.. hehe

    ReplyDelete
  14. ayu >> wahhh dah bertambah list ayam tu ya.. cpt buat :)

    rima >> sorang lg singaporean yg suka ayam pedas2 ya.. hehe

    love >> love mmg antu ayam kan.. sedap ni love, wangi jer bau :)

    mokwo >> verangan tak kena charge satu sen pun mokwo.. no hal nak verangan berjam2 pun.. tp at least kenyang gak kan, duk telan banyak air liur tu.. hihi

    ReplyDelete