f Secubit Garam: Buttermilk Berry Muffins

N3 Terkini

Tuesday, March 22, 2011

Buttermilk Berry Muffins

ASSALAMUALAIKUM...

Buttermilk Berry Muffin, resipi hasil dr menggoogle.. Sedap? Mesti lah.. kan sarat dgn buah tu.. K.Nor letak potongan strawberry dan blueberry, buah lebihan masa buat Fruit Pastry Cake aritu. Opss.... sebelum terlupa, buat muffin ni minggu lepas ya... Gambar terperam dlm folder, lupa nak post. So tak yah ngendeng ya.. semua dah licin.. ^__^


Cam biasa K.Nor edit sket tang sukatan gula, so jd lah manis2 buah jer muffin ni. Kalau yg nak mencuba tu, jenis suka manis2 boleh guna sukatan asal ya..


BUTTERMILK BERRY MUFFINS
source : JoyOfBaking
source : K.Nor@SecubitGaram


Bahan:
2 1/2 cawan (325gm) tepung serbaguna ~ k.nor guna tepung gandum
3/4 cawan (150gm) gula castor ~ k.nor letak 2/3 cawan
2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bicarbonat
1/4 sudu teh garam
parutan kulit dr sebiji oren/lemon (orange/lemon zest)
1 biji telur A
3/4 cawan (180ml) buttermilk*
2/3 cawan (160ml) minyak bunga/sayur
1 sudu teh vanila
1 1/2 - 2 cawan buah berries segar (blueberry, raspberry atau blackberry)

Cara:
Panaskan oven 190C.
Dalam sebuah mangkuk, masukkan bahan2 basah : telur, buttermilk, minyak dan vanila. Gaul sebati.
Dalam mangkuk yg lebih besar, campurkan tepung, baking powder, soda bikarbonat (semua sekali diayak), garam dan orange zest. Gaul sebati dan masukkan buah berries ke dalamnya. (kalau guna strawberry hendaklah dipotong kecil terlebih dahulu)
Kemudian masukkan adunan basah ke dalam adunan kering.
Dengan menggunakan spatula, gaul adunan hingga sebati tp jgn overmix. (muffin biasanya tak boleh terlebih gaul nanti jd keras)
Masukkan ke dalam muffin cup dgn menggunakan sudu atau icecream scoop.
Bakar lebih kurang 20 minit atau sehingga masak.
Ayakkan gula icing ke atas muffin (yg ni K.Nor skip)

* buttermilk:
samada beli yg readymade atau boleh hasilkan sendiri
1 cawan susu fresh + 1 sudu besar cuka/lemon jus
kacau2 sedikit dan biarkan selama 10 - 15min.
sedia utk digunakan.


6 comments:

  1. Assalamualaikum....emmmm...nampak sedap tu nor... :-)

    ReplyDelete
  2. aduyaii..
    best betui tengok mafin..giler bayang kejap.ah nak memapin gak lah..buang gian.hahaa

    kak norr..sihat ke?

    ReplyDelete
  3. cantik, menarik dan tertarik tengok mapin kak nor ni...
    muffin cup tu cantik la..mas mencari2 gak kat kedai bahan2 kek..tak de lak corak mcm kak nor tu....frust ni...

    ReplyDelete
  4. uih tangkap leleh nih.. nak cuba juga lah... tapi tk tau bila nya dengan anak2 menyepah nih.. hahhhaha kang ader yang termasuk dalam oven.. ehehe

    ReplyDelete
  5. salam kak nor - sedap sgt...dh cuba buat tp tak letak byk buah...bila nak buat macarons pulak :) kak nor kan sifu pada semua blogger :)

    ReplyDelete
  6. cik cek >> w'salam.. alhamdulillah sedap

    izah >> slmt memampin.. ermm jiwa jer kurang sihat :(

    mas >> rasanya kat BWY banyak mas

    nadja >> ishh nadja, tak baik cakap gitu.. ayat ibu doa tau.. hehe.. mintak selisih semua tu ya.. cuba la bila free ya.. :)

    lina >> owhh dah buat ya.. sedap? alhamdulillah.. jgn ler sebut sifu pd semua blogger.. silap tu.. k.nor ni masih banyak yg tak tau, yg perlu belajar dr blogger2 lain.. insyaallah akan sentiasa belajar andai diizinkan Allah.. sama2 kita belajar ya.. :)

    macarons? tak buat kut.. k.nor ni kalah dgn benda manis2.. cukup lah cuci mata dgn macarons yg org lain buat :)

    ReplyDelete